BAB 41

16 4 0
                                    

BAB 41

"DAH makan?"

"Hmm."

"Ira ..."

"Ira dah makanlah. Abang ngah tak payahlah bising."

Taufiq menghela nafas lelah. Masih tak baik lagi emosi adiknya itu rupanya. Taufiq melabuhkan duduk di atas sofa berangkai tiga itu. Bertentangan dengan Adira yang juga sedang duduk selesa.

"Aku jumpa Emma beberapa hari lepas." Taufiq memulakan topik perbualan.

Adira senyap tetapi mata menjeling ke arah Taufiq.

"Bila kau nak minta maaf pada Flora?"

"Flora ... Flora ... tak habis-habis. Abang ngah memang sukakan Flora sangat ke?" Naik muak Adira mendengarkan sebaris nama itu. Setiap kali Taufiq sebutkan nama Flora, Adira rasa dirinya bagai diejek. Seperti ditujah-tujah dengan dosa silamnya terhadap Flora dulu.

"Iya, suka ... tapi sia-sia. Flora dah berkahwin."

"Dia dah kahwin? Dengan siapa? Hanan ke?" Adira meraut kening.

"Ha'ah. Dengan lelaki yang kau beri dadah sama macam Flora, sebelum kau kurung mereka dalam bilik hotel dan panggil jabatan agama, kan?" Taufiq menyindir datar. Sengaja mahu melihat reaksi adiknya. Seperti yang dia sangka, tubuh Adira kejung.

"... Emma bagi tahu abang ngah?" tanya Adira teragak-agak. Mata bergetar. Bagaimana lagi abangnya mampu mendapat maklumat selain daripada Emma? Atau mungkin ... dia tanya sendiri kepada Flora? Adira resah. Tak kesah dari mana pun Taufiq tahu, ia tetap tak mengubah bahawa Adira sedang menahan malu.

Malu akan kesilapan silamnya.

"So, it's true ... Kau memang aniaya orang. Adira, apa kau buat ni?!"

Adira pandang Taufiq yang sedang mengatur nafas. Abangnya itu sedang mencerlung garang. Marah dengan khabar yang baru disahkan bahawa Adira pernah berlaku kejam pada seseorang. Seketika, terjentik dalam hati Adira untuk menyinis. Entah kenapa ... dia merasakan kemarahan Taufiq bukan kerana Adira berbuat salah suatu ketika dahulu, tetapi kerana Adira berbuat salah pada Flora. Agaknya, jika Adira menganiaya orang lain empat tahun lalu, adakah Taufiq akan memberikan reaksi yang serupa?

Adira tak rasa begitu ... kerana dia tahu, dia pernah lihat, dia pernah hadap, Taufiq yang hanya memandang, melihat, menatap tanpa berbuat apa-apa saat Adira berada di juram paling dalam. Taufiq tak pernah beri reaksi sebegini sekali. Semua itu bukan atas dasar simpati. Tetapi kerana orang yang menjadi mangsa merupakan wanita yang dia cintai.

Adira menarik nafas dalam-dalam. Tangan disilangkan ke dada. Kepala berpusing ke kiri. Selagi boleh dia mengalihkan pacuan mata daripada bertentang dengan iris gelap abangnya. Enggan menjawab apa-apa.

"Adira, aku tanya ni."

"Abang ngah dah tahu, kan? Nak tanya apa lagi?"

"Jelaskan kenapa kau buat macam itu," ujar Taufiq tegas.

"Simple. Sebab dia orang berdua, Ira gagal dan pointer drop teruk."

"Hanya itu?"

Adira angguk. Masih tidak memandang Taufiq.

"Kau menipu. Tak mungkin hanya sebab itu."

"Suka hatilah nak percaya atau tidak." Adira jongket bahu. Endah tak endah yang sengaja diolok-olokkan buat menutup pelbagai rasa.

Taufiq mengetap rahang.

"You know what ... memang patut kau kena tangkap basah dulu dengan entah jantan mana. Memang patut kau terikat dalam perkahwinan toksik tu! You were right, Adira. At this point, apa yang kau lalui bukan ujian tapi balasan."

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now