BAB 22

23 5 0
                                    

BAB 22

"KENAPA suka masak sedap-sedap bila Flora tak ada kat rumah?" Rasa hendak meradang dibuatnya. Lagi tambah sakit hati apabila Felisha dan ibunya menghamburkan tawa mengejek. Terhibur melihat si sulung itu dengan wajah yang cemberut.

"Eee, ibu ni!" Makin panjang rengekannya. Bengkak hati Flora melihat skrin komputer riba yang sedang memaparkan panggilan video itu.

"Kak, ikan fresh ni tau. Ibu siap upgrade lagi resepi air asam dia. Memang padu wa cakap lu," ujar Felisha sambil menyuapkan ikan bakar ke dalam mulut.

"Miau!" Salmah pun tumpang sekaki mengejek dia. Siap kunyah-kunyah isi putih ikan itu.

"Sudahlah! Malas nak layan."

"Eleh, merajuklah tu. Hati tisu." Felisha jelirkan lidah.

"Bila kamu balik, Flora?" Puan Fitrah menyoal. Ditolak Felisha ke tepi. Menyuruh anak daranya itu berganjak dari situ.

"29 hari bulan," jawab Flora. Mata masih melihat ke arah Felisha yang sedang mengunyah. Terliur dibuatnya.

"Oh, ada lagi dua minggu. Buat apa je hari ni?"

"Tak ada apa sangat. Tadi Flora pergi pameran lukisan. Lepas tu, terus balik lepas makan tengah hari." Disebabkan hujan, semua aktiviti tergendala. Sudahnya, dia buat keputusan untuk pulang dan berehat saja di rumah sambil menonton televisyen.

"Seronok nampaknya. Duduk terus je la di London tu, kak. Biar aku jadi tauke hotel kucing tu." Felisha menyampuk. Terkekeh dia ketawa membayangkan hotel kucing milik Flora jatuh ke tangannya.

"Kalau aku betul-betul duduk di sini, macam mana?"

Felisha senyum senget.

"Boleh aje. Tukarkan dulu nama pemilik bisnes kau tu."

"No, I'm serious. Kalau aku betul-betul pindah ke sini?"

Kali ini Felisha diam. Sedar yang kakaknya tidak lagi bergurau. Dia disapa kekeliruan. Kenapa tiba-tiba bercakap soal pindah pula ni? Seronok sangat ke di London itu sehinggakan kakaknya mahu menetap terus?

"Kau biar betul, kak?"

"Tanya je. Manalah tahu ada rezeki untuk bertukar tempat. Kita kan memang digalakkan berhijrah, tengok tempat orang ... Boleh tak, ibu?" Flora alihkan soalan pada Puan Fitrah pula. Mahu menguji.

"Minta izin Hanan dulu."

"Kalau Hanan beri izin?"

Lebih tepatnya, Hanan sendiri yang meminta dia berhijrah terus ke London. Namun, hal itu tidak dijelaskan dahulu kepada ibu dan adiknya. Flora masih tak membuka mulut tentang keberadaan Hanan.

"Suka hati. Kalau Hanan beri kebenaran, ibu tak kesah. Kamu bukan budak kecil lagi." Puan Fitrah berkata ikhlas.

"Kak, kau serius ke ni? Aku tak nak pun hotel kucing tu. Tak payahlah pindah!" Felisha bina ayat sedih. Termuncung-muncung bibirnya. Tak sangka pula gurauannya selama ini diambil serius oleh Flora.

"Tak adalah. Gurau aje." Buat masa ini. Akan datang, Flora sendiri tak pasti.

Sekarang ni, dia hanya perlu berserah pada aturan Tuhan. Apakah Hanan akan menyerah dan menurut kata Flora, atau Flora yang menyerah dan menurut kata Hanan.

"Tak nampak macam bergurau pun!" bidas Felisha.

"Miau!" Salmah turut menyampuk.

"Ah, Salmah! Kau tak payah nak berdrama. Aku tahu kau tunggu masa je nak aku berambus, kan?" Flora mengecilkan mata. Jeling Salmah melalui skrin komputer.

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now