BAB 44

20 5 0
                                    

BAB 44

"HAMPIR sebulan balik ke Malaysia, baru hari ini kau datang jumpa aku?" Bibir dimuncungkan sedepa. Tak puas hati.

"Tak payah nak buat mulut macam itulah. Buruk tahu tak?"

"Eleh, muka buruk ni jugalah yang jadi partner in crime kau dulu." Poket belakang seluar diraba. Dia mengeluarkan sekotak rokok dan pemetik api. Diletakkan sebatang ke dalam mulut sebelum kotak itu dihulurkan kepada Hanan.

"Tak nak." Hanan menolak sambil menggeleng kecil.

"Sebatang pun tak nak?"

"Aku dah berhenti merokok la ..." Hanan memberitahu. Dah lama dia berhenti. Hampir tiga tahun. Dulu pun, dia bukannya perokok tegar. Seminggu dua tiga batang sahaja. Itupun hanya dilakukan di rumah sewa ataupun di luar. Memang tidaklah dia berani bawa balik rumah. Mahu kena ligan dengan mamanya.

Tapi rasanya Puan Meeya tahu saja Hanan merokok. Bau yang melekat pada baju bukannya sesenang itu ditanggalkan. Namun, entah kenapa mamanya tak pernah menegur.

"Kau pun patut berhenti tau. Tak elok untuk kesihatan. Senang dapat kanser," tambah Hanan lagi. Ambil peluang menyampaikan pesanan khidmat masyarakat.

"No worries la. Aku tak akan sakit semudah itu."

"Yakinnya ..." Hanan menyindir.

"Of course. I'm always lucky, remember?"

"Suka hati kaulah, Luck." Hanan malas nak melayan lebih-lebih. Makin menjadi-jadi sahabatnya angkat bakul sendiri nanti.

"So, how's life?" Luck menyoal diselang dengan hembusan asap kelabu. Berkepuk-kepuk naik ke ruang udara.

"Better than before. Cumanya aku bercadang untuk berpindah semula ke Malaysia."

"For good?"

"Yup. Isteri dan keluarga aku ada di sini. Buat apa aku terus menetap di London, kan?"

"Itulah. Keluarga kau sihat ke?"

"Alhamdulillah, sihat."

"Adik kau masih single lagi, kan?"

Hanan menjeling tajam. Gurau kasar nampak?

"Kau jangan macam-macam eh, Luck!"

Luck tergelak lucu, "Alah, bang ... kasi chance la."

"Siapa abang kau?!"

"Bakal abang ipar." Luck sengih lebar, memperlihatkan lesung pipit di kedua belah pipi. Mata dikelipkan beberapa kali.

"Jangan harap. Perangai pun tak semenggah, ada hati nak jadi adik ipar aku."

"Iyalah, siapalah kita ni?" Buat-buat merajuk. Berjauh hati. Mengharapkan Hanan bakal mengasihaninya.

Hanan bo-layan. Tak tergugat.

Luck kembali pada topik utama, "Jadi, kenapa datang jumpa aku ni? Aku tak rasa kau sekadar nak lepaskan rindu je. Kalau rindu, kita tak jumpa di sini. Kita check-in hotel terus."

"Jijiklah sial. Pergi mampus." Hanan menyepak kaki Luck yang sedang ketawa terbahak-bahak. Dari dulu perangai tak berubah.

"Dah tu? Mesti ada benda kau nak cerita, kan?" Luck menyoal dengan tawa yang masih tersisa. Tidak mahu mengusik lagi. Risau kaki Hanan itu naik ke perutnya pula. Bukannya dia tak pernah kena. Hanan kalau dah mula naik kaki tangan, mahu lebam badan Luck kena lanyak.

"Perempuan tu datang jumpa keluarga kami. Dia minta maaf atas kejadian empat tahun lepas." Hanan memberitahu tanpa menyebutkan nama. Dia tahu Luck faham.

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now