BAB 34

18 4 0
                                    

BAB 34

"AWAK kenal adik saya?" Taufiq menyoal. Terkejut saat Emma menegur adik dia. Siap sebutkan nama penuh lagi.

"Kami satu universiti dulu. Dia sama jurusan dengan saya." Emma tersenyum manis sebeum kembali menyambung kata.

"... dengan Flora juga kan, Adira?" Ayat terakhir Emma bernada datar. Mahu melihatkan reaksi wanita yang senyap bagaikan patung itu.

Mendengarkan nama Flora daripada kotak suara Emma membuatkan Adira pegun. Otot wajahnya tegang. Kejung.

"Lah, iya ke? Tak sangka adik saya kenal awak dan Cik Flora." Taufiq tak pernah terfikir bahawa hubungannya dengan Flora lebih dekat daripada yang dia sangka. Sewaktu dia mendapat tahu Emma merupakan sahabat Flora, Taufiq sangkakan dunia itu sangat kecil. Namun, lagi bertambah-tambah sangkaannya tatkala adik sendiri punya kaitan dengan wanita tersebut.

"Kan saya dah kata dunia ni kecil ..." Emma menyinis dengan biasan senyuman. Tatapan mata polos melirik ke arah Adira.

"Betul. Saya—"

"Abang ngah, Ira sakit kepala la ... Jom balik." Adira mencantas. Pelipis kepalanya dipicit dengan mata yang hampir terpejam. Kening bertaut menandakan dia sedang menahan sakit.

Taufiq terpinga-pinga saat Adira memotong percakapannya. Wajah si adik ditenung lama. Risau kalau-kalau alahannya kembali mengunjung. Namun, apabila dia melihat Adira yang sedang merenung tajam ke arah Emma, giliran Taufiq yang berkerut dahi.

Emma pula tersenyum biasa. Langsung tidak terkesan.

"Cik Qhadijah Fatimah." Suara staf klinik yang memanggil dari kaunter dispensari menggamit perhatian Emma.

"Saya ambil ubat dululah. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Oh ya, Taufiq ... nanti kalau nak lunch sama-sama, text je saya tau. Kita ajak Flora sekali."

"Okey, boleh."

"Adira pun joinlah sekali nanti ya ... kita dah lama tak sembang-sembang. Kau pun dah lama tak jumpa Flora juga. Mesti ada banyak benda kau nak 'cerita' pada dia, kan?" ujar Emma sambil melambai kecil. Langkahnya dibuka untuk ke kaunter dispensari. Wajah Adira yang sedang merenungnya langsung tak dia endah.

Semestinya, Emma juga sama sekali tak peduli akan sensasi yang mencucuk belakangnya gara-gara tatapan tajam itu.

***

"MACAM mana abang ngah boleh kenal Emma?" Adira menyoal saat mereka menghampiri kereta Taufiq yang berada di kotak parkir tidak jauh dari bangunan klinik.

"Terjumpa waktu kita ke mahkamah dulu. Aku terdouble park belakang kereta dia."

"Flora pula? Macam mana boleh kenal dengan Flora?"

Taufiq tersenyum simpul. Belakang lehernya diusap janggal. Sukar untuk dia mengaku pada si adik. "Ingat tak aku ada sebut tentang seorang perempuan ni ... yang aku suka tu. Dia pemilik hotel kucing yang selalu Coco duduk bila aku balik ke kampung."

"Maksudnya, Flora la perempuan yang abang ngah suka tu?" Adira menjeling tajam. Berderau darahnya saat melihat ekspresi malu-malu abangnya, secara tak langsung mengeyakan telahannya. Dada yang kian sesak setelah bersua muka dengan Emma tadi, makin terasa sempit. Adira bagaikan sukar untuk bernafas. Libang-libu dibuatnya.

"Iya. Aku tak tahu pula kau kenal dia, Ira. Kalau aku tahu, dah lama ..."

"Dah lama apa? Dah lama abang ngah suruh Ira kenalkan kau berdua? Atau nak Ira tolong abang tackle dia? Sudahlah, lupakan saja niat tu. Macam tak ada perempuan lain ..."

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now