BAB 11

20 3 0
                                    

BAB 11

CUTI semester telah tiba!

Aku telah menjawab peperiksaan dengan jayanya. Berjaya keluar dewan awal sebab soalan susah nak mampus! Semuanya aku hentam dan ada beberapa soalan aku tinggal kosong. Biarlah! Aku malas nak fikir.

Hari ini pula, kami buat makan-makan antara dua buah keluarga. Ibu kata majlis sambut cucu. Aunty Meeya kata majlis doa selamat atas kelahiran. Semuanya gembira sebab Salmah dan Bubu timang anak. Tapi itu semua alasan semata. Keluarga kami memang suka makan. Sebab itu, ibu dan Aunty Meeya rancang sesama mereka nak buat barbeque. Lepas tu, gunakan alasan buat majlis doa selamat untuk sambut cucu.

Aneh-aneh sungguh perangai dua buah keluarga ni.

Semua ahli keluarga kami hadir hari ini. Adik Hanan; Fareesya yang duduk di asrama, kena heret balik. Kakak sulung Hanan; Kak Nurin dan suaminya, Abang Airis pun kena paksa balik juga.

Mujurlah rumah kami jauh dari orang lain dan punya halaman luas. Memang kami gunakan sebaik mungkin.

"Kek ke? Besarnya!" Aku melopong apabila melihat Kak Nurin bawa sebuah kotak kek besar ke ruang tamu. Wanita itu memegang kotak itu dari paras perutnya, dan ketinggian kotak itu mencecah ke dagu.

"Iya!" ujarnya ceria sambil meletakkan kotak itu ke atas meja. Kemudian, dia membuka kotak kek tersebut.

Aku mendekat, mahu melihat dengan lebih jelas.

"Cantik!" Serentak aku dan Hanan memuji.

Sebuah kek dua tingkat. Paling atas sekali, ada replika kucing persis Bubu dan Salmah.

"Ini kek kahwin ke apa? Extranya!" pujiku sambil mengeluarkan telefon. Mahu merakam dan mengambil gambar.

"Flora rasa ini extra? Just wait until you get married. Kakak akan sponsor kek untuk majlis kahwin Flora nanti. Then we can talk about being extra."

"Seriuslah? Janji, janji?!" Aku angkat jari kelengkeng. Rezeki jangan ditolak! Kalau dapat tawaran seperti itu, tekad aku untuk tidak berkahwin sampai kiamat pun boleh punah.

"Iya, janji. Pernah ke akak tipu?"

"Eee, sayang lebih!" Aku terus memaut lengannya.

"Girlfriend pun tak ada, nak kahwin apanya kau tu?" Hanan menyampuk sekali gus menyindir aku.

"Apa kau cakap? Girlfriend?!" Nak kena dia ni! Tak habis-habis lagi Hanan menegakkan agenda Flora Humairah bernafsu sesama jenis.

Hanan senyum senget. Jelas hendak mengenakan aku.

"Hanan, pergi beli ais." Kak Nurin menukar nada. Dengan suara vetonya, dia memberi arahan kepada Hanan. Padan muka. Siapa suruh buli aku depan kakak dia? Dia tak tahu ke adik-beradik dan mama dia selalu berpihak pada aku?

"Alah ... tak cukup ke ais dalam peti sejuk tu?"

"Cukup tapi aku tak nak kau duduk dekat sini. Berambus lekas." Kak Nurin buat isyarat guna tangan. Menghalau Hanan.

Hanan menjuih. Kemudian, dia beredar ke hujung sana. Mendekati anak saudaranya yang sedang bermain bersama-sama Maisarah dan Felisha. Nak mengganggu ketenteraman mereka pula agaknya.

"How's your study?" Kak Nurin memulakan sesi soal jawab bersamaku.

"Bolehlah ..."

"Susah ke law?"

"Susah jugalah. Kadang-kadang rasa macam nak give up tapi kena tahanlah. Flora kan nak jadi peguam dari kecil lagi ..."

"That's great. Hanan on the other hand ... katanya nak drop course. Tapi mama tak bagi. Tak tahulah apa cita-cita budak tu ..."

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now