BAB 10

14 3 0
                                    

BAB 10

HARI ini merupakan penghulu segala hari. Hari Jumaat. Kelas terakhir tamat pada pukul 2:00 petang. Namun, disebabkan kami bakal cuti raya, Puan Naimah melepaskan kami awal. Katanya, beri peluang pada siapa nak balik. Tak silap aku, ramai yang pulang ke kampung halaman petang ini dengan menaiki pengangkutan awam. Pasti banyak perkara perlu diuruskan.

Waktu kelas tadi, sudah banyak kumpulan menghantarkan tugasan. Walaupun deadline selepas raya nanti, kebanyakan pelajar tak mahu ambil risiko tangguhan kerana perlu ulang kaji untuk peperiksaan. Hanya tinggal beberapa kumpulan saja yang belum menghantar. Salah satu kumpulan itu adalah ... kumpulan aku.

Semua pelan sudah terjunam dalam gaung. Sedangkan, awal-awal lagi kami rancang untuk hantar tugasan sebelum cuti raya.

Aku tak mampu nak mengeluh dah. Malas nak fikir. Harapnya Adira dan Raihan sedar diri dan cepat-cepat menyiapkan sebelum tarikh hantar. Bahagian aku dan Hanan sudah lama siap. Rujukan serta lampiran juga kami yang buat. Memang hanya tinggal bahagian Raihan dan Adira sahaja.

"Jom, Flora." Emma mencuitku sambil bangun dari tempat duduk. Pelajar-pelajar lain sudah berpusu-pusu keluar. Aku menurut, beriringan bersama Emma ke muka pintu.

Kelas hampir kosong. Hanya tinggal Puan Naimah yang sedang mengemas barang-barangnya di atas meja. Apabila tiba di muka pintu, aku menoleh ke belakang. Melihat pemandangan di dalam kelas.

Justeru mataku tertumpu pada seseorang. Berkemeja biru gelap dengan seluar slack hitam. Sedang elok bersandar pada tempat duduknya. Tiada tanda-tanda dia mahu bangun. Bila matanya melihat aku, barulah dia bangkit dan bergerak ke meja pensyarah di hadapan. Kelihatan bibirnya terkumat-kamit kepada Puan Naimah tapi aku tak dapat menangkap percakapannya oleh kerana jarak antara kami.

Puan Naimah pula tekun mendengar.

Aku mengerutkan dahi.

Hanan ... apa yang kau rancangkan?

***

AKU akan bertolak ke rumah selepas waktu asar nanti. Sekarang baru pukul 3:30 petang. Aku masih sibuk mengemas beg pakaian. Tak banyak barang yang mahu dibawa pun. Pakaian kotor saja yang banyak. Nak basuh di rumah. Lebih mudah sebab pakai mesin basuh. Bukan malas nak basuh pakai tangan ya! Aku tak ada masa.

Apabila teringatkan sesuatu, aku bergerak ke luar bilik tidur. Pintu bilik Lili dan Najihah aku ketuk. Ada orang ke tidak ya? Rasanya Lili tak balik lagi sebab kelas hari Jumaatnya sampai pukul 4:00 petang.

Najihah pula, ada tak?

"Sekejap!" Sayup-sayup suara halus dari dalam menjawab.

Oh, ada! Baguslah!

"Jihah, aku nak suruh kau simpan kunci je nanti. Emma balik lepas maghrib nanti tapi kunci bilik dekat aku." Aku berkata dari balik pintu yang tertutup.

Emma telah keluar dengan rakan-rakannya. Mahu membeli-belah sekali gus buka puasa bersama. Gadis itu akan balik ke kampung halamannya besok pagi. Masalahnya, minah tu tak pernah nak simpan kunci bilik. Kunci bilik tidur kami, aku saja yang pegang.

Seketika pintu bilik dibuka. Terpapar wajah Najihah yang sedang tersenyum nipis. Namun, ada sesuatu yang membuatkan aku pelik. Bawah matanya sembap dan ada kesan air mata. Hujung hidung dan bibirnya merah juga.

"Najihah, kau menangis ke?" Hampir terjerit aku bertanya. Risau bila melihatkan Najihah menangis tiba-tiba. Walaupun dia dah mengeringkan segala air mata, aku masih dapat melihat ada kesan tangisan di pipinya.

"Tak adalah ..." jawabnya ringkas. "Mana kunci kau?"

Aku meghulurkan kunci pada Najihah.

"Seriuslah? Kalau kau ada masalah, bagi tahu aku. Jangan pendam gitu. Kau ada masalah study ke? Ataupun ada orang buat kau sakit hati?" Aku cuba mengorek. Lagipun, sekarang nak dekat cuti raya. Manalah tahu Najihah sebenarnya ada masalah tak dapat balik beraya ke. Mahu aku heret dia balik ke rumah aku petang nanti.

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now