BAB 38

20 4 0
                                    

BAB 38

"DIA keguguran."

Taufiq terpana. Berita yang baru dikhabarkan doktor wanita itu menyentak tangkai hatinya. Semerta jiwa dihambat kesal. Benar ajal maut itu ketentuan Tuhan, tetapi Taufiq tetap terkilan.

"Adik saya boleh terima pelawat ke sekarang?" Akhirnya, itu yang mampu Taufiq lontarkan.

"Iya, boleh. Tapi jangan ramai-ramai sangat. Emosi dia mungkin tak stabil untuk bertemu ramai orang serentak."

Taufiq mengangguk faham. Itu tak menjadi masalah kerana hanya dia seorang yang melawat Adira. Lantas, Taufiq menolak pintu wad persendirian yang menempatkan adiknya. Di atas sebuah katil bercadar putih, kelihatan seorang wanita sedang duduk termenung menghadap tingkap yang tidak berselindung langsir.

Suasana bilik itu cerah dengan hamparan sinar suria dari luar jendela. Tetapi mengapa ia terlihat begitu suram pada pandangan Taufiq?

"Ira ..."

Adira tidak menyahut. Malah, memandang ke arah Taufiq pun dia enggan. Lebih tertarik melihat keindahan pemandangan di luar. Pergerakan awan yang seperti ombak, serta burung-burung berterbangan, membuatkan dia leka dalam tatapan. Adira hanyut dalam kesunyian dunia ciptaannya sendiri.

"Adira," seru Taufiq lagi.

"Abang ngah buat apa datang sini?"

"Aku datang untuk melawat kau. Tahu tak betapa risaunya bila aku dapat call daripada hospital tadi?"

"Tak perlu risaulah. Jatuh je pun. Bukannya mati." Adira menjawab selamba. Pandangan dikalih. Tidak lagi menghadap tingkap tetapi wajah Taufiq yang kerisauan.

"Kau tak mati tapi anak kau ..."

Adira memejam mata rapat-rapat. Bibirnya mengukir garis sinis. Tangan meraup rambut ke belakang seraya bibir mengeluarkan tawa kecil. Adira mentertawakan nasib sendiri.

"Tak apa. Ira bukannya nak anak ni pun."

"Ira." Keras suara Taufiq.

"Ira pernah cakap yang Ira tak mahu kandungkan anak ini. Hari ini, Tuhan tarik dia daripada Ira. Sama macam empat tahun lepas ... semuanya berbalik semula kepada Ira. Kenapa agaknya? Kenapa malang semuanya menimpa Ira?"

"Ira, tak baik cakap macam itu. Apa yang terjadi semuanya ujian Allah," nada Taufiq bertukar lembut. Tidak setegang tadi. Ada biasan memujuk buat adiknya yang sedang bertarung dengan emosi.

"Tak, bukan ujian tapi balasan. Balasan atas perbuatan Ira."

"Ira ..." Tak terkata Taufiq dibuatnya.

Hening.

"Kau perlukan rehat. Dah beritahu ibu?" Taufiq mengubah alur perbualan.

"Beritahu ibu apa?"

"Yang kau masuk hospital?"

"Dan biarkan ibu mengamuk sebab Ira menyusahkan abang ngah di sini? Tak payah!" Rahangnya lenguh menahan ketapan gigi. Kenapa Taufiq tak pernah faham posisi Adira? Abangnya itu suka melakukan hal melulu dan sia-sia.

"Ira ..."

"Kenapa abang ngah suka sangat beritahu ibu tentang Ira? Dia tak pedulilah!"

"Ibu berhak tahu tentang cucu dia."

"No. Ini bukan cucu dia. Ini anak Ira. Anak yang dah mati. Dan semua itu ... tak ada kaitan dengan ibu. Sejak dia paksa Ira untuk kahwin dengan jantan tak guna itu, ibu tak ada hak nak pertikaikan apa yang Ira buat. Ira bukan tanggungjawab dia lagi." Adira menempelak.

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now