BAB 28

19 4 0
                                    

BAB 28

"KENAPA dari tadi asyik melekat aje ni? Ada cita-cita nak bertukar jadi belangkas ke?"

"Biarlah ... esok kau dah nak balik ke Malaysia." Hanan beralasan. Tubuh Flora makin ditarik dalam pelukan erat. Bagai tak mahu dilepaskan walau sesaat.

Flora mengeluh perlahan. Melihatkan Hanan saat ini mengingatkan dia pada si Bubu. Kucing oren itu pun suka menempel pada Salmah.

"Siapa suruh tak mahu ikut balik? Kalau kau ikut aku dan Kak Nurin besok, hari-hari boleh menempel macam ni."

Hanan angkat muka, "Apa kata kalau kau yang tak payah balik ke Malaysia? Duduk je dekat sini dengan aku."

"Tak mahulah ..." Flora menolak. Sudah beberapa kali mereka membincangkan hal yang satu ini. Dan setiap kali bertukar kata, jawapan Flora tetap sama.

"Kalau ... aku arahkan juga?"

Flora senyap. Kalau begitu kehendaknya, semestinya Flora tiada pilihan. Mana mungkin dia ingkar arahan suaminya. Tak fasal-fasal malaikat melaknat setiap langkah yang dia ambil. Satu kerja pula hendak menampung dosa langkah yang berjarak berbatu-batu itu.

"Is that what you want? Be honest."

Hanan menggeleng.

"The choice is yours. Aku izinkan kau buat pilihan. Sama seperti sebelum ini." Malah, sejak awal perkahwinan mereka lagi, Hanan mengizinkan Flora membuat keputusan sendiri. Mahu ke mana-mana pun, dia izinkan. Dia tak mahu mengikat Flora. Lebih tepatnya, dia rasa tak layak untuk menghalang Flora melakukan apa-apa.

Sekarang juga sama.

"Aku mahu pulang ke Malaysia."

"Kalau macam itu, baliklah. Tapi malam ni, jangan complain bila aku nak peluk cium kau puas-puas. Tak kesah la macam belangkas ke, macam tenggiling ke ..."

Flora tersenyum tipis.

"Suka hati kaulah. Aku nak tidur. Mengantuk." Selimut tebal ditarik. Flora mengurangkan jarak. Selesa berada dalam dakapan Hanan. Sedar tak sedar, mata kuyunya tertutup rapat. Fikiran kosong menjejak alam luar sedar.

Lelap.

Hanan hanya melihat wajah tenang isterinya yang dibuai lena. Deruan nafas halus itu bagaikan melodi di telinganya. Hanan rasa aman buat seketika.

Bibir dirapatkan ke ubun-ubun. Hanan mengucup lembut. Melepaskan segala rasa rindu yang bakal mendatang. Ini malam terakhir mereka sebelum Flora pulang semula ke Malaysia.

Hanan terdiam.

Pulang ke Malaysia, huh ...

Dia memang merancang untuk pulang dalam masa terdekat. Urusan pernikahan kakak keduanya itu masih perlu diselesaikan. Dia juga tak boleh tinggalkan Flora terkontang-kanting sebegitu. Jika mahu melakukan hubungan jarak jauh sekalipun, Hanan harus kembali ke Malaysia sekali-sekala. Takkanlah setiap kali mahu bertemu, Flora yang harus terbang ke London?

Tapi ...

Hanan mengeluh lemah. Matanya dipejam erat.

Dia tak yakin kepulangannya bakal dialu-alukan oleh mamanya. Walaupun Flora mengatakan yang mama sudah memaafkan dia, Hanan masih ragu-ragu. Dia lebih kenal mamanya. Tak mungkin wanita itu dengan mudahnya memaafkan Hanan setelah apa yang dia katakan empat tahun lalu.

Hanan resah.

Dia tak rasa dia mampu pulang ke pangkuan keluarganya.

***

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now