BAB 39

18 4 0
                                    

BAB 39

SETIBANYA di Purrfect Staycation, Flora terus meluru masuk ke dalam pejabat persendiriannya. Gara-gara bergegas ke KLIA kelmarin, dia meninggalkan komputer ribanya di situ. Maka, masih terletak elok di atas meja itu, komputer riba yang tak diusik sesiapa dalam keadaan terbuka dengan skrin yang bergelap.

Flora mengeluh mengenangkan kecuaian sendiri. Kalau iya pun gelabah kelmarin, sepatutnya dia berkemaslah sedikit. Ini sudah rupa tongkang pecah keadaan atas mejanya. Fail yang terbuka, bersama timbunan dokumen yang tidak berasing. Dengan pantas Flora melipat skrin komputer riba lalu dia masukkan ke dalam beg. Kertas-kertas disusun elok supaya sedap mata memandang. Pen yang digunakan tempoh hari, kembali diletak ke dalam tempatnya.

Berpuas hati dengan hasil kerja yang ala kadar, Flora melangkah keluar bersama beg komputer riba.

"Cik Flora? Saya ingatkan Cik Flora tak masuk hari ini." Inara yang kebetulan lalu di situ datang menegur.

"Saya datang ambil laptop."

"Oh ..."

"You all dah makan ke?" Saja Flora menyoal alang-alang jam menunjukkan pukul 12:00 tengah hari. Kebiasaannya, staf-staf akan makan tengah hari pada jam-jam segitu.

"Ah, baru sudah. Tadi Widyan belanja kami makan nasi berlauk. Cik Flora cuti sampai bila?"

"Esok atau lusa. Tak pasti lagi. Saya ada hal keluarga nak diuruskan dua tiga hari ni. Tak apalah, saya percayakan awak semua untuk jaga hotel sementara saya tak ada. Bukan tak biasa, kan? Sebulan saya tak ada dulu elok je, kan?

Inara sengih. Angguk beberapa kali.

"Saya kena balik ni. Anything happens, you can inform me," tambah Flora lagi.

"Okey!" Inara membuat tanda OK menggunakan jari. "Oh ya, Cik Flora ... err, saja nak tanya."

"Tanya apa?" Flora tak jadi melangkah.

"Hari tu ... Encik Taufiq datang tau."

"Dia datang? Hantar Coco ke?"

"Ha'ah. Dia sembang apa entah dengan Felisha dekat kaunter waktu tu, tapi dia ada tanya saya something tentang Cik Flora," maklum Inara dengan muka serius.

"Tanya apa?"

"Encik Taufiq tu tanya, Cik Flora dah kahwin ke? Katanya, Felisha cakap Cik Flora dah kahwin. Iya ke?"

Flora terkebil-kebil. Dalam banyak-banyak topik perbualan, dia tak sangka pertanyaan itu yang bakal dipersoalkan. Si Felisha ni ... kenapa sembang hal peribadi dengan pelanggan? Flora hampir tepuk dahi.

"Betul la tu. Saya dah empat tahun kahwin." Flora mengeyakan saja. Perkahwinannya bukan disorok, cuma dia tak suka berceritakan hal peribadi. Tetapi kalau stafnya bertanya, tak salah pun kalau dia menjawab jujur. Seperti yang dikatakan tadi, ia bukan sesuatu yang sengaja disorok.

Hanya staf-staf di situ tak tahu kerana tiada siapa pernah bertanya. Bila tiada siapa bertanya, Flora pula bukan jenis bercerita, maka ia tak sengaja menjadi rahsia.

"Empat—" Inara hampir tersedak. Terbatuk-batuk dia cuba meredakan perit tekak.

"Are you okay, Inara?" tanya Flora risau.

"Okey ... okey. Liur saya salah masuk kerongkong. Tapi, Cik Flora ... kenapa tak pernah bagi tahu? Saya ingatkan ... no, kami semua ingatkan Cik Flora bujang. Paling-paling pun, ada boyfriend la sebab tak mungkin orang secantik Cik Flora masih available, kan? Tapi tak expect Cik Flora ada suami."

"Awak semua yang buat spekulasi sendiri. Tiada siapa pernah tanya saya." Flora jongket bahu. Memulangkan kesalahan. Secara teknikalnya, dia tak menipu. Cuma tak beritahu aje. Staf-staf dia yang cecah kesimpulan sendiri.

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now