BAB 19

26 4 0
                                    

BAB 19

"ADA pameran lukisan besok. Flora nak pergi tak?"

"Pameran lukisan?"

Nurin angguk.

"Di Esthetica Story Gallery. Pukul 10:00 pagi. Akak tak kerja besok, jadi kita boleh spend time berdua!" ujarnya teruja.

"Akak tak terlibat dengan pameran tu ke?"

"Nope. Kebetulan aje ada pameran during my business trip. Akak ingatkan nak rehat besok tapi dah alang-alang, kan? Flora pun jarang pergi pameran lukisan."

"Bukan jarang, kak. Tak pernah langsung."

"Eh, ya ke? Akak tak pernah bawa Flora sebelum ni?" Nurin menaikkan alis. Berfikir sendiri. "Bukan dulu pernah pergi ke? Di Galeri Prism Art?"

"Taklah ... kan Flora ada hal last minute waktu itu. Kakak bawa Felisha dengan Maisarah je." Usah ditanyalah hal apa. Itu kisah beberapa tahun sudah. Zaman dia masih bujang. Waktu itu, memang dia ada berjanji untuk ke pameran lukisan atas ajakan Nurin. Tapi di saat-saat akhir, pensyarahnya dengan selamba adakan kuiz mengejut.

Hangat hati punya hal, jenis carutan yang keluar dari mulut Flora waktu itu boleh dijadikan sebuah buku. Panjang berjela. Sudahlah waktu cuti pula tu. Dia pula tertinggal komputer riba di rumah sewa. Tersangatlah tak munasabah untuk berulang-alik semata-mata hendak mengambil komputer riba seketul itu.

Sudahnya, terpaksalah dia minta Hanan pinjamkan komputer ribanya. Namun, disebabkan mereka berdua dalam kelas yang sama untuk subjek tersebut, haruslah Hanan perlu menjawab kuiz itu juga. Menggelabah lelaki itu gara-gara mahu menyelesaikan soalan secepat mungkin supaya Flora boleh jawab kuiz pula.

Habis terkeluar skil menembak Hanan sewaktu menjawab. Semuanya dia hentam. Tapi mungkin Hanan sempat baca Bismillah kut sebelum menjawab kuiz mengejut itu, markah yang dia dapat boleh tahan tinggi juga.

Flora tersenyum sendiri. Rindu pula zaman belajarnya dulu. Walau tertekan dengan perangai pensyarah dan freeriders projek berkumpulan, dia tetap gembira.

Siapa sangka semua itu bakal diragut daripadanya sekelip mata? Hanya satu malam yang memutarkan segalanya. Kalau pada waktu itu hidupnya berada di atas, setelah malam itu, dia terjunam jatuh ke bawah. Seperti roda Ferris yang sering kali bergerak. Sememangnya hidup juga punya putaran yang takdirnya tak mampu kita elak.

"Ha'ah la! Tak apa, esok kita tour satu galeri!"

"Alright!" Flora teruja. Memang dia teringin hendak melawat galeri lukisan sedari dulu tapi tak berpeluang.

"But Hanan will also be there. Is that okay with you?" Pertanyaan Nurin itu terus mematikan senyuman Flora.

"Eh? Kenapa?"

"Art studio tempat Hanan bekerja terlibat dengan pameran tu."

"Hanan bekerja di art studio?"

"Iya. Dia pelukis. Just like me."

Membulat mata Flora.

"Hanan melukis?!" Terkejut. Flora tahu Hanan mahir melukis. Salah satu bakat yang mengalir dalam darah keluarga Hanan. Tapi Flora tak pernah menyangkakan Hanan bakal mengikut jejak langkah kakak sulungnya itu.

Nampaknya, bukan kehidupan dia saja yang berubah 180 darjah. Kehidupan Hanan juga begitu.

"Tak naklah ikut!" Flora masih tak mahu bersua dengan Hanan sejujurnya. Kisah pagi tadi membuatkan dia ragu-ragu.

"Lah, kenapa pula? Flora masih bergaduh dengan Hanan? Bukan dia ada datang pagi tadi untuk minta maaf?"

Oh, Nurin tahu rupanya.

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now