PROLOG II

24 3 0
                                    

PROLOG II

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PROLOG II

"TAK nak turun ke bawah?"

Geleng.

"Flora ..."

Flora membisu. Langsung tak memandang ke arah ibunya yang sedang berdiri di muka pintu. Dalam keadaan kaki yang berlunjur, bersama belakang badan yang disandarkan ke kepala katil, Flora melirik ke bawah melalui tingkap yang separuh terbuka. Leka dia mengikut gerak langkah beberapa orang di halaman luas sana.

"Menyesal tak sudah nanti kalau kamu tak pergi jumpa dia, Flora."

"... Dah tak ada apa yang hendak dikesalkan lagilah, ibu. Dia sendiri yang buat pilihan."

Puan Fitrah mengeluh. Tahu akan kedegilan anak sulungnya. Jika katanya tidak, maka tidaklah ia. Enggan mengganggu Flora lagi, Puan Fitrah meminta diri. Dia mahu turun ke halaman rumah untuk menghantar pemergian. Sempat dia mengerling ke bilik tidur Flora, mengharapkan anaknya itu berubah hati.

Flora masih tak berganjak. Merenung dan terus merenung ... sehinggalah gerangan yang sedang meletakkan bagasinya ke dalam bonet kereta mendongak ke atas. Tepat ke arah tingkap bilik tidur Flora yang terbentang luas. Flora melekapkan tapak tangannya ke atas permukaan jendela. Melihat si dia yang kini dipisahkan dengan jarak beberapa meter.

Lama mereka bertentangan mata.

"Jangan naik." Flora berkata dengan bibir yang bergetar tatkala dia melihat Hanan ingin menapak ke rumahnya. Dia pasti lelaki itu berniat hendak berjumpa. Tetapi Flora enggan. Kerana dia tahu betapa sakitnya perpisahan. Justeru apabila perpisahan itu disekalikan dengan ungkapan selamat tinggal, Flora rasa itulah penamat hubungan.

Flora tak mahu ia menjadi sebuah kenyataan.

Perpisahan ini, akan dia pastikan bersifat sementara.

Hanan berhenti melangkah. Patuh dengan permintaan tersebut. Dia kembali menatap Flora yang berada di tepi jendela. Bibir Hanan bergerak tanpa suara, tetapi Flora masih dapat menangkap apa yang diperkatakannya.

"Aku sayang kau."

Flora menahan getar di hati.

Kalau benar sayang, kau tak akan pergi!

***

TBC

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now