Farid mengetuai serangan hendap ke asrama terbiar manakala Han dan unit bantuan lain ke lokasi gudang terbiar. Ini last chance, kalau dua dua salah tekaan , mungkin dunia selepas ini tidak sama seperti biasa.
Semua unit standby, hanya menunggu arahan. Tanpa melengahkan masa Farid mengarahkan masuk ke dalam asrama.
Perlahan lahan semua mengikut arahan. Tujuan cuma satu 'rescue hostage !'
Unit berpecah ke tiga pasukan, satu pasukan satu tingkat asrama.
"Clear"
"Clear"
"Clear"
Kecewa Farid dengar All Clear. Farid meminta unit berkumpul di luar. Farid melihat jam di tangan. Kalau nak ke lokasi seterusnya kemungkinan sampai tapi dah terlambat.
'Ah lantaklah asal sampai'
Tanpa berfikir panjang, Farid mengarahkan semua unit ikut dia ke lokasi seterusnya. Dalam masa yang sama Farid memerhati setiap anggota, cuba mengesan siapa mata mata Taufiq sebenarnya.
📄
Unit pasukan Han sampai ke lokasi. Mereka ambush dari belakang. Terdapat dua gudang satu di bahagian kiri, satu di bahagian kanan. Han mengarahkan berpecah kepada dua. Sepertinya terlihat ada aktiviti di dalam gudang.
Atas arahan Han masing masing mengambil posisi dan melakukan serangan hendap. Namun tak semudah itu kerana kedua gudang dikawal ketat. Maka terjadilah kejadian tembak menembak.
Dengar sahaja bunyi tembakan, Taufiq segera naik ke atas mendapatkan Is.
"F**k polis !"
Taufiq menarik Is lalu mengacukan pistol ke kepala Is, dan merangkul Is dari belakang.
"Jalan !"
Taufiq menjadikan Is sebagai pertahanan if anything happen. Aileen cuba berjuang dapatkan Is namun ditendang Taufiq.
Taufiq mengeheret Is dengan pistol dikepala. Dia cuba untuk keluar dari gudang. Tembak menembak nonstop dari tadi.
Gudang yang dimasuki Han akhirnya clear. 4 lelaki berbadan sasa sudah tumpas. Han dengan tangkas mencari setiap sudut berharap nampak wajah Is. Atas bawah, setiap pintu dibuka, namun tidak kelihatan.
Is mendengar bunyi tembakan berasa yakin yang kemungkinan besar mereka akan selamat. Tapi sebelum tu kena fikir nak lepaskan diri dari Taufiq dulu. Is cemas, 'aku kena buat something before dia boleh terlepas!'
Lalu Is mengigit tangan Taufiq sekuat hati. Genggaman dilepaskan. Is cuba merebut pistol ditangan Taufiq. Tapi tak semudah itu.
Berebut sekuat hati ! Walaupun Is memang dah tak ada tenaga tapi dia tahu dia kena all out kali ni je !! Pistol yang direbut tercampak agak jauh.
Kedua nya cuba mendapatkan pistol. Tarik menarik, tolak menolak. Taufiq menendang Is dibahagian perut. Memang pedih, jauh kebelakang Is terjatuh. Taufiq cepat cepat mengambil pistol lalu dihala pada Is. Is sempat bangun, tapi ..... kedengaran dua tembakan dilepaskan.
"Suspect down!" Salah seorang anggota memaklumkan.
"All clear !"
"Hostage found !"
Berlari Han ke gudang sebelah. Hanya Is dalam fikiran. Tapi hatinya rasa kurang senang.
Semua anggota menunjukkan kepada Han dimana keberadaan Is. Sampai sahaja di tempat yang dituju, Han rasa seakan sesak nafas setelah melihat Is terbaring terkujur badan dengan penuh darah di lantai. Di hujung sedikit Taufiq meraung kesakitan, juga dipenuhi darah di lantai.
Kaki menjadi lemah, air mata bergenang. Dunia seakan bergerak perlahan. Han rebahkan diri disisi Is,lalu merangkul kepala Is dan diletakkan di atas pehanya. Ditampar tampar pipi namun mata Is tertutup rapat. Air mata laju turun membasahi pipi.
"Isss !!!!! Bangun sayang !!! Awak janji takkan tinggalkan saya !!! Pleaseeee !!!"
Sekuat hati Han menjerit. Menangis meraung sekuat nya sambil memeluk dan mengusap kepala Is. Mengigil tangan Han.
"Ya allahh !!!!"
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.