Is termenung jauh dalam kereta. Tengah fikir nak buat report ke tak. Perasaan bercampur. Perlahan lahan Is turun dari kereta, menuju ke depan pintu balai polis. Kakinya berhenti melangkah. Otak masih tak dapat buat keputusan. Lama berfikir, tiba tiba disapa
"Cik? Tunggu orang ke? Atau ada urusan kat dalam?"
Suara tersebut mengejutkan Is. Seorang inspektor berbadan tegap.
"Ermmmm tak"
"Habistu? Boleh saya tolong ke?"
"Errrrmmmmmmm" Is tersengeh
"Tak ada apa apa, sorry" Is cepat cepat berlari ayam masuk kereta.📄
Baru sahaja 2 3 langkah Is masuk rumah, terus ada yang memanggil.
"Is sini" Is mengambil tempat mengadap Dato' Iskandar.
"Pergi mana?"
"Is pergi jumpa Arman je" buat buat muka nak merajuk sebab dah tahu kena bebel panjang japgi.
"Kan papa dah pesan jangan drive sorang. Kenapa tak bagitahu awal nak keluar"
"Dah pagi tadi papa dah awal awal keluar dengan Pak Mat. Tengok haaa Danny pun tak ada keluar dengan kawan dia. Lagipun Is dah balik ni kan"
"Yela, next time bagitahu dulu. Papa tak marah cuma risau je"
"Betul ni tak marah?" Is tersenyum nakal. Papa angkat kening tanda ye.
"Kalau macam tu, petang ni Is nak keluar lagi !"
"Nak ikut !!" Dah boleh agak suara siapa dari belakang menyampuk.
"Haa elok, bawak Lisa sekali, boleh temankan"
"Akak nak g mana? Nak ikut !"
"Boleh tapi duit minta ngan papa. Duit minyak sekali"
Is ketawa kecil sambil berjalan menuju ke tangga tingkat atas.
📄
"Tenggcuu Kak Is bawak g shopping and makan makan"
"Ehh no! Ganti balik eh. Minta duit dengan papa" masing masing membalas buat muka annoying.
"Tapiii kita nak g mana ni kak?"
"Ikut je tuan puteri, dah kenyang kan? Diam je"
Is masuk parking balai polis.
"Eh akak buat apa datang sini?"
"Asal cuak sangat ni ? U ada buat salah eyy? Akak nak jumpa kawan la. U tunggu dalam kereta tau. Kejappppp je"
Sekali lagi Is berhenti langkah depan pintu balai.
"Eh cik ni yang siang tadi kan?"
Bulat mata Is tengok abang polis yang sama. 'Alamak, dia ni lagi' kebetulan ada pegawai polis lain yang lalu, inspektor tadi menyapa dengan penuh hormat.
'Sudah aku nak cakap apa ni ?' Is memerah otak secepat mungkin nak bagi alasan. Dalam ramai ramai anggota polis lalu, ada yang terhenti langkah.
"Ni bukan anak arwah Datuk Warith ke? Issabella kan?" Tegur seorang pegawai yang agak berumur. Ketua mereka mungkin.
"Yee. Tuan kenal saya ke?"
"Arwah selalu je cerita pasal anak dia dulu. Saya ada masa pengebumian arwah haritu"
"Oh yeke. Maaf tuan saya tak perasan"
"Buat apa datang sini? Ada masalah ke?"
"Ehh takk. Ni haa jumpa kawan. Ni Tuan Essahann" laju Is pandang nametag abang polis tadi. Harap betul la cara sebut nama nya.
"Oh korang berdua kawan. Eh okaylah saya ada hal. Saya balik dulu. Kita jumpa kemudian ye"
"Baik tuan" serentak Is dengan Inspektor Eshan. Berlalunya tuan polis tadi, Is tersengeh sengeh pandang Inspektor Eshan. Eshan mengangkat muka tanda 'apa?' . Is mampu membalas dengan senyuman je. Sambil buat buat garu kepala yang tak gatal.
"Cik nak apa sebenarnya?"
"Sayaaa..saya..haa saya nak tanya kes kawan saya je"
"Kes apa?"
""Tak apalah tuan saya balik dulu. Sorry"
"Cik !!" Eshan menghulurkan tangan.
"Apa tuan? Saya tak ambil apa apa"
"Bagi handphone"
"Eh kenapa pula? Saya tak buat salah pun"
"Bagi dulu"
Is perlahan lahan menghulurkan handphone dengan muka risau. Di tengoknya abang polis duk tekan tekan.
"Nah, nombor saya. Nampak macam susah sangat nak cakap kat sini. Bila bila ready boleh call atau wasap saya"
Barulah Is tersenyum. Ingatkan apa la tadi.
"Baik tuan !! Hehe terima kasih tuan"
Is berjalan menuju ke kereta dengan muka tersenyum. Eshan menggelengkan kepala melihat gelagat Is seakan budak kecil keriangan.
📄
"Cerita apa tu?"
Serentak Is dan Lisa menoleh ke belakang."Cerita crush kitaorang. Syafiqqq kyleee" ujur Lisa dengan suara mengada, dengan action ny sekali.
"Mana syafiq kyle? Let me see, abang ke dia lagi hensem"
"Hellloowww, of course la syafiq kyle lagi hensem" sambil Lisa mengendeng ngendeng Is minta backup.
Danny duduk di sisi Is.
"Is u pilih i ke syafiq kyle?"
Is memandang tepat mata Danny. 'Of course la u pilhan hati i !!' Is menjerit dalam hati.
"Ahhh jujur erkk? Ermm mestilah syafiq kyle"
"Korang ni tak pandai menilai la"
Danny bingkas bangun lalu berjalan menuju ke tangga. Pap tv dimatikan. Serentak suara Is dan Lisa.
"DANNNYYYY !!!!"
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.