19

16 2 0
                                    

Tibalah malam untuk company dinner. Macam biasalah kalau tunggu perempuan bersiap memang lama. Jadinya mama, papa dan Danny pergi dahulu. Lisa muncul di pintu bilik Is.

"Waaa cantiknyaaa."

"Ehh, Lisaa punn cantikkk !"

"Hehe, akak, mereka semua dah pergi"

"Huh ? Kita macam mana?"

"Papa suruh akak drive. Kita tak ape lambat, diaorang kan orang kuat company, kena sampai awal. Kalau tak , tak start la majlis"

"Haah kan. Papa tak marah ke kita lambat?"

"Tak pun."

"Okayy dah siap. Jom"

📄

"Lisa akak segan la. Nanti mesti semua tertanya tanya siapa akak ni"

"Tak payah segan la. Mesti papa dah bagitau. Tak pun orang fikir akak makwe abang"

Lisa ketawa.

"Ish Lisa ni. Serious ni. Malu la, akak taknak pergi sebenarnya tapi tak sampai hati pula nak tolak. Yela orang dah tau anak papa Danny dangan u je. Tiba tiba ada anak lagi sorang"

"Hahaha akak ni risau sangat la. Tak ada apa lah. Tak payah fikir sangat. Papa ajak mesti papa nak kenalkan akak kat semua orang. This is my beautiful daughter"

"Pandai la kamu"

📄

Sampai sahaja ke dewan, Is terhenti langkah depan pintu dewan. Nampak sangat muka nervous. Lisa menarik tangan Is.

"Cool akak. Tarik nafassss. Hembusss"

Pintu dewan dibuka. Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Rasa macam VVIP pula, padahal datang lambat. Semua mata terpana lihat dua bidadari berjalan seiringan. Danny terpesona melihat Is.

'Cantik gila !!'

Is dan Lisa tersenyum, buat buat muka tak bersalah. Lalu berjalan menuju ke meja hadapan. Tak terkata Danny lihat Is malam ni. Rambut sanggul, dress putih, dah macam princess !

Sepanjang dinner Danny memang tak fokus, fokus dia ke arah Is sahaja. Duduk pulak sebelah sebelah, mana tak nya mata asyik melirik ke arah Is.

Betul tekaan Lisa, papa kenalkan pada semua kawan kawan dan budak office yang Is ni anak dia. Memang ramai la lelaki fokus pada Is. Dah macam artis. Danny tak senang duduk everytime ada lelaki bersembang dengan Is. Cukuplah berebut dengan Han sorang, yang lain sila beratur belakang.

Selesai majlis , masing masing beransur pulang.

"Is bagi Danny drive la. Papa nak balik dah ni. Lisa naik ngan papa"

"Baik pa, takpun jap Is tanya Danny . Kalau dia lambat lagi Is balik dengan papa la"

Is mendekati Danny yang tengah bersembang, lalu berbisik

"Danny u drive kereta i. Kalau u lambat lagi i balik dengan papa dulu"

Danny ambik tangan Is lalu menggenggam jari jemari Is.

"Tunggu i kejap je"

Is terkejut Danny lock jari dia, depan orang ramai Danny pegang tangan Is. Is bagi isyarat pada Lisa suruh pulang dulu dengan papa mama.

Is tak tahu nak buat apa berdiri sebelah Danny. Danny masih rancak bersembang.

"Okaylah, i gerak dulu. Thank you for coming tonight."

Nasib dah habis bersembang, kalau tak naik angin la Is nak kena tunggu lama lama. Danny memandang Is.

"Jom, sorry buat u tunggu"

Mereka berjalan seiringan. Is sedikit kurang selesa dengan perbuatan Danny menggenggam jari jemari Is. Ini kalau Han tengok, mau nya jelous.

Danny memandu kereta ke arah yang bertentangan dengan arah rumah. Is mengerutkan dahi, tapi malas nak tanya banyak. Risau pulak tengok muka serious Danny.

Sampai di satu tempat, Danny berhenti matikan kereta lalu keluar duduk di hadapan kereta dengan permandangan malam. Is mengeluh sedikit.

'Dah kenapa pula, takkan macam haritu lagi'

Is terpaksa je la ikut jejak Danny.

"Danny u okay ke tak ni? Ada masalah lagi ke?"

Danny memandang tepat mata Is dengan riak muka sedikit sedih. Is pula risau tengok tenungan Danny. Tiba tiba Danny memeluk Is dengan penuh erat. Terkejut Is, terkaku seketika.

"Boleh tak u janji dengan i, even u ada Han pun, janji jangan tinggalkan i. Be by my side forever"

Is tersentap dengan ayat Danny. Hampir keluar air mata. Entah kenapa Is terasa amat sedih dengan permintaan Danny malam ni. Is tak dapat nak berkata.

"Selain mama papa dengan Lisa, i ada u je"

Lagi bertambah sedih ! Dengan angin malam yang sejuk. Hati seakan ditampar rasa hiba. Is tak tahu apa ada dalam hati Danny tapi dia dapat rasakan yang Danny dalam keadaan yang sangat kecewa. Malah Is tak tahu dia punca kekecewaan Danny !

Danny perlahan lahan melepaskan Is dari pelukannya. Is memegang pipi Danny sambil mengangguk.

"I janji, i akan stay by your side"

Jatuh air mata jantan Danny kali ni ! Air mata yang penuh makna. Air mata kecewa terutamanya ! Is menyapu air mata di pipi Danny.

"Alamak jatuh la kejantanan i u dah tengok i nangis"

Is ketawa dengar statement Danny. Lalu menumbuk manja dada Danny.

"Aish dia ni, tengah sedih buat lawak pulak."

Danny ketawa. Saja nak hilangkan rasa sedih. Nangis lama lama malu la. Mereka berdua bertenggek depan kereta sambil nikmati permandangan.

"Bila Han balik?"

"Tak tahu lagi. Minggu ni mungkin. Minggu depan pun mungkin. Tak dapat nak contact dia jugak"

"I wish u happy dengan Han. Tapii pesan kat Han, sekali dia buat u menangis, dia kena deal dengan i"

Is ketawa.

"Baik tuan !"

Danny menggosok kepala Is.

"Aaahh rosak rambut i, nasib dah habis majlis."

Danny ketawa melihat gelagat Is membaiki rambut.

"Is.....thank you always lend me your ears"

"No hal. Kan kita dah janji nak saling menjaga satu sama lain"

"Yaa. Promise eh?"
Is mengangguk.

"Dah jom balik. Nanti lewat papa tanya plak"

📄

Sampai di rumah, masing masing dah fikir tempat tidur. Is berjalan seiringan dengan Danny, sampai depan pintu bilik Danny

"Is !"

Is menoleh.

"Goodnight. Lupa nak bagitahu, u cantik sangat malam ni"

Is tersipu malu macam kucing. Tangan dua dua pegang pipi. Tambah plak blushing malam malam ni. Tanpa membalas, Is laju laju berjalan menuju ke bilik.

'Tak adil pulak rasa bilik Danny dekat dengan tangga, bilik aku kat sini. Asyik kena lintas bilik dia je. Ada hari terkejut, ada hari segan, ada hari malu. Sabar je la'

Is duduk atas katil.

"Danny dah putus ke dengan Farah? Ke dia dah confess tapi perempuan tu tak terima? Oh myyy sedihnya. Patutlah dia kecewa sangat. Kesianya Danny i. Siapa la yang tolak Danny tu, rugi ! Dah la hensem, baik, gentle. Use to be my crush ! Kalau dia lamar aku dulu sebelum Han, i was definitely say yes ! Orang gila je tolak Danny tu !!"

Is mencapai handphone. Tak ada wasap dari Han. Perasaan sedikit kecewa.

"Mana abang polis i ? 🥺 rindunya !!"

Seorang GadisWhere stories live. Discover now