28

623 27 0
                                        

Is teragak agak melangkah kaki menuruni tangga. Mata bengkak menangis semalam masih kelihatan. Di intai sana sini, tiada orang. Terus melangkah ke dapur, nampak kelibat mama.

"Is..nak makan?"

"Ma..Haris?"

"Tak ada. Dia balik rumah dia. Dia tak tidur sini pun semalam"

Is menarik kerusi lalu melabuhkan punggung. Ditenung nasi goreng depan mata. Rasa bersalah masih menyelubungi diri dengan kata kata yang dihemburkan semalam.

"Ma, Is nak keluar sekejap. Beli barang. Kejap je......"

"Is ,mama tak berani,  nanti papa marah. Pergi dengan Danny boleh? Tunggu dia bangun"

Is mengangguk.

📄

"Nak beli barang apa kat mall?"

"Barang perempuan. U tunggu dalam kereta boleh? I janji kejap je"

"Haishh mana boleh. Kalau u lari macam mana?"

"I nak lari pergi mana? U ni ! Janji janjii. Kalau kali ni i tipu, u nak marah ke, pukul ke, suka hati u la"

"Is tak perlu la macam tu. Tak apa la i ikut je, u beli je la apa apa u nak, i tak pandang"

Is terpaksa akur.

Is menyuruh Danny tunggu di luar kedai.

'Tadi kata barang perempuan. Ni kedai handphone. Ish dia ni macam macam' Danny melilau lilau di depan kedai sambil menunggu Is.

Tiba tiba satu suara menegur

"Beli handphone kat siapa?" Is terkejut tengok Taufiq di tepi. Terpinga Is.

"Kak boleh buka dulu, kalau nak transfer data terus pun boleh kita buatkan"

"Eh tak apa, saya nak bagi hadiah. Biar je berbungkus"

Is memandang Taufiq. Mengintai Danny diluar tak kelihatan.

"I nak bagi hadiah kat Lisa. Mana u tahu i kat sini?"

Taufiq tersenyum.

Keluar dari kedai, Danny cepat cepat meluru ke arah Is. Lagi terkejut tengok Taufiq ada sekali.

"Taufiq i balik dulu. Nanti mama bising. Dah janji keluar sekejap je"

"Okay. Take care sayang"

Danny pandang tajam ke arah Taufiq, rasa nak bagi penumbuk je tengok senyuman psycho tu.

"Danny jom"

Is menarik Danny.

📄

"So kalau i tak ikut tadi memang u lari dengan Taufiq la?" Soal Danny memecah kesunyian di dalam kereta.

"Mana ada, i tak tahu macam mana dia ada kat situ"

"Kenapa beli handphone? Handphone u rosak ke?"

"Urm"

"Cakap lah beli handphone. Kata beli barang perempuan lah apa lah, handphone je pun"

Is menjeling Danny.

📄

Pukul 2.45 pagi.

Is keluar bilik, jalan berjengket menuju ke bilik Danny. Cuba membuka pintu bilik, 'yes tak kunci!' Is masuk lalu menutup pintu perlahan lahan. Tapi kelibat Danny tak kelihatan. Tiba tiba Danny keluar dari bilik air dengan memakai boxer sahaja !

"Damn it ! Is !!"

"Ya allah ! Danny i'm sorry !"

Cepat cepat Is membelakangkan Danny lalu menutup mata dengan satu tangan. Tangan lagi satu mencari jalan, sedikit demi sedikit Is melangkah ke pintu. Danny cepat cepat mencapai seluar dan baju.

Seorang GadisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang