"Morning mama"
"Is, papa suruh Is naik dengan Danny"
Hampir terkeluar biji mata Is bila mama cakap macam tu.
"Seriously ???!! Mama ??!! Naik motor besar tu?? Taknaklah"
"Eh kata minat motor besar, kenapa taknak naik pulak?" Danny tiba tiba menyampuk dari belakang. Is terkebil kebil nak menjawab.
"Minat tengok je bukan minat nak naik pun"
Muka Is berkerut memandang mama. Mama senyum senyum tahan ketawa.
"Dah jom !" Danny mengorak langkah kedepan. Is mencebik bibir mengharap pertolongan mama. Tapi mama mampu ketawa je.
Is speechless tengok ada kereta Honda Civic kat depan. Tengok pula muka Danny tersengeh macam kerang busuk sambil masuk kereta.
'Patutlah mama gelak gelak bila aku cakap taknak naik motor. Issshhh diaorang ni!!" Bebel Is dalam hati.
"Tunggu apa lagi ? Ke i kena bukakan pintu?" Danny menyoal dari dalam kereta. Is dengan muka tak puas hati masuk dalam kereta. Tengok pulak muka Danny yang duk tersengeh tu.
"Gelak gelak, kelakar sangat ke?" Lagi bertambah gelak Danny.
"Ish u ngan mama sama je. Suka kenakan orang. Cepatlah pergi, tadi nak cepat sangat"
Tiba tiba badan Danny menghampiri Is, muka makin dekat. Hati Is berdegup kencang. 'Apsal pulak mamat ni'. Mata bertentang mata la orang kata. Tangan Danny menarik seatbelt.
"Nak cepat pun seatbelt kena pakai cik kak" ujur Danny. Is terkesima. 'Oh my god ! Hensem nya ! Cair hati aku yang tengah panas ni' Is mengomel dalam hati. Dalam hati berdegup kencang tapi sempat cover muka taknak bagi nampak sangat malu malu kucing. 'Ingat Is kau tengah marah, jangan senyum. Cover muka'
📄
Sedang busy Is dengan laptop, tiba tiba pintu bilik office diketuk.
"Masuk"
"Haii, i ada tapau lunch. Jom makan"
Jari jemari yang tadi rancak menaip terhenti, hilang semua dalam kepala bila nampak Danny masuk dengan makanan kat tangan. Sambil tersengeh, Danny ambil tempat di sofa.
"Oh my god dah lunch time, i tak perasan. Kenapa u tak call dulu nak datang?"
"I dah wasap okay, u tak read"
"Oh yeke, hehe. Sorry i busy sikit. Kenapa u tak makan dengan papa je?"
"Papa ada hal. Jangan banyak tanya la, i dah lapar ni"
"Kenapa u datang sini sebenarnya?" Dahi Danny berkerut dengan soalan Is.
"Lah nak makan la takkan nak swimming pulak"
"Tau la, maksud i kenapa tak lunch dengan budak budak office ke? Kawan u ke?"
"I mana ada kawan dalam office tu. This is my first day okay. Kenapa u tak sudi makan dengan i ke?"
"Tak adalah tanya je. By the way, sejak bila kita kawan? Kita baru je jumpa dua hari lepas"
"I nak kawan dengan u. U nak ke, taknak ke, kena hadap jugak. Kita tinggal serumah jangan lupa ye"
Is ketawa kecil. Sambil makan sambil mata melekat dekat Danny. Dunia begitu indah bila crush depan mata.
📄
'Mana Danny ni. Lambatnyaaa. Ke dia lupa?' Ngomel Is dalam hati. Sambil tengok jam, tengok orang lalu lalang. Tiba tiba tangannya ditarik.
"Eh apa ni ?!" Is terkejut tengok Taufiq depan muka.
"Jom balik, i hantarkan"
"Eh taknak lah !" Sambil Is menjeling
"I tau i salah sayang, i nak tebus kesilapan i. I dah tak ada apa apa dengan Aileen." Is diam membisu. Ikutkan hati rasa nak pijak pijak je si Taufiq ni.
"Sayang pleasee"
"Sayang jom la i hantarkan u balik"
Is terpandang kereta Danny. 'Ah selamat aku' Is merentap tangannya dari genggaman Taufiq.
"I balik dulu"
Taufiq menarik kembali lengan Is.
"Siapa tu?"
"Sakitlah Taufiq !"
Lagi sekali Is merentap lengannya dari genggaman Taufiq dan jalan terus menuju ke kereta.
📄
Danny memandang Is yang diam je dari tadi dalam kereta.
"Siapa tadi tu? U kenal ke tak?"
"Kawan lama"
Danny dah tak berani nak tanya banyak, tengok muka Is yang masam mencuka. 'Ini kalau aku tanya lagi, maunya aku kena marah'
ANDA SEDANG MEMBACA
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.
