"Haii mama papa, morning"
Is mengambil tempat di sofa dengan muka tersengeh sengeh macam kerang busuk. Intai sana sini tak kelihatan kelibat Lisa dan Danny.
"Papaaa....."
Bila papa dah pandang tepat ke mata, risau pula nak teruskan ayat. Is pandang mama, mama angkat kening je.
"Is nak keluar dengan kawan lepas asar nanti boleh?"
Perlahan lahan Is atur tutur kata. Risau dengan mood tegas papa.
"Kawan laki ke perempuan?"
Is terkebil kebil nak jawab. 30 saat berlalu masih tiada jawapan.
"Kalau dah diam tu, kawan lelaki la tu" celah mama dengan muka nakal.
"Kalau lelaki, before keluar minta dia masuk jumpa papa dulu. Papa kena tahu dengan siapa u berkawan. I dont want the same thing happen"
Is mengangguk tanda faham.
"Akak !!!"
"U pergi mana dengan Danny?"
"Setel hal nak masuk U sikit"
"Kesian nya u dah nak masuk belajar, nanti mesti rindu akak kan?"
"Eyy tak kuasa i nak rindu u"
"Yelah tu tak kuasa, belum sampai sehari nanti, percayalah terus video call nangis nangis" usik mama.
"Eleh mamaaa. Kak Is nak tahu, masa Lisa kat luar negara before this, dia yang menangis lebih, macam dia pulak yang masuk belajar"
Is ketawa dengan usikan Lisa.
📄
Lepas asar sharp Is bersiap. Excited lain macam ! Baju itu tak kena, baju ini tak kena. Haishhh perempuan. Baju satu almari pun masih tak kena. Tunggu perempuan bersiap memang makan hati.
"Lisaa ! Mama rasa kawan Is dah sampai la kat luar tu, pergi panggil Kak Is"
Lisa mengintai sedikit di luar, nampak kereta je. Terus Lisa berlari anak naik ke tingkat atas.
"Kak ! Hah ! Waaaaa cantiknya. Simple simple pun cantik. Akak kawan akak dah sampai"
"Oh mai gaddd ! Dia dah masuk ke? Papa ada ke kat bawah?"
"Papa ada tapi kawannya tak masuk lagi. Siapa kawan tu?"
Is tersengeh. Ni kalau Lisa tahu dalam kereta tu tuan Han, habislah Is. Tapi nanti dia akan tahu juga sebab kena masuk jumpa papa. Is cepat cepat tarik Lisa turun bawah.
'Aduh semua ada kat ruang tamu. Segannya'
Han turun dari kereta setelah melihat Is keluar dari pintu.
"Hai"
Berbalas hai dengan penuh senyuman. Is malu malu kucing ! Huyung hayang sana sini. Aduhh Is behave la sikit.
"Eeerrmmm papa minta tuan masuk dulu, tak apa ke?"
"Eh boleh je, jap saya matikan kereta"
Hati Is berdebar debar dah ni. Tak tahu la apa reaksi family dia bila nampak Han nanti. Is berjalan seiring dengan Han memasuki ke dalam rumah.
"Pa"
Terus papa pandang
"Laaaa Han rupanya !"
Terbeliak mata Lisa, dengan mulut berkata oh my god ! tapi tanpa suara. Muka Is merah padam. Semua tersengeh ada makna, mama apatah lagi.
"Duduklah, saya naik ambil handbag sekejap"
Is tak dapat menahan malu, terus berlari anak naik atas.
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.