Tibalah masa untuk pergi meminang Farah. Lisa dapat cuti sehari je, Farah pulak memang balik dari Scotland semata untuk tunang. Majlis berjalan lancar sebab kedua parents pun saling mengenali. Semuanya mereka serah kepada bakal pengantin. Hantaran, tarikh, biar mereka sahaja berbincang.
Pihak lelaki papa tak panggil ramai. Cukup seorang dua sahaja adik beradik yang dipanggil. Majlis kecil kecilan sahaja. Selesai majlis semua beransur pulang.
"Is naik dengan i"
Danny cepat cepat tarik tangan Is pergi ke kereta.
"Eh abang, Lisa nak ikut"
"U naik dengan papa la, abang ada hal ni"
Semua kebingungan dengan kelakuan Danny. Is rasa kurang senang tapi dah kena tarik masuk kereta, redha je la.
"Ish abang ni. Orang dah la dapat cuti harini je, nak spend time jugak. Mengada betul la"
Lisa tarik muncung.
Dalam kereta sepanjang perjalanan, Danny diam je. Muka tak ada senyum. Is nak tanya pun takut, jadinya Is diam je la. Sampai kat satu cafe, Danny ajak Is makan.
'What? Makan? Aku dah kenyang kut makan kat majlis tadi. Mamat ni kenapa?'
"Danny u kenapa ni? Ada masalah ke?"
"Diam and makan"
Hati Is sedikit tersentak. Nada Danny betul betul memang dalam keadaan marah. Is sabar lagi. Sebabkan dah kenyang, Is order dessert je. Habis je makan Danny pecut pergi ke satu taman depan tasik. Kereta dimatikan, Danny keluar duduk dibangku yang mengadap tasik. Is terkial kial dalam kereta.
'Sabar Is...tarik nafas..hembus !'
Lalu Is ikut jejak Danny. Hampir beberapa minit la juga dua dua tak bercakap. Pandang sahaja tasik di depan mata. Is memang tak boleh tahan dah, hati panas la jugak.
"Danny u kenapa? Kalau u ada masalah bagitahu, bukan dengan cara macam ni. Lepas kemarahan kat i kenapa? I salah apa kat u?"
Danny pandang Is. Sebenarnya dalam hati Is takut kena marah balik, tapi buat buat cool. Dah standby nak sembur Danny lagi ni. Tapi apa yang keluar dari mulut Danny buat hati Is cool down.
"I'm sorry"
Danny menundukkan kepala. Riak muka Danny betul betul sedih.
"I'm sorry, i tak patut lepas kat u. Is i tak tahu nak buat macam mana. I..."
Danny tak dapat nak teruskan kata kata. Is ambik tangan Danny, lock jari jemari Danny dengan kemas.
"Its okay, cerita la slow slow, satu satu. I dengar"
"I jatuh cinta kat orang lain"
Bulat mata Is dengar.
'Cool Is, biar Danny habiskan cerita dulu'
"I tak pernah bercinta sebab i memang always dengan Farah dari kecik. I thought that was love tapi bukan. Bila i jatuh cinta kat perempuan lain, baru i faham cinta tu macam mana. Perasaan i kat Farah cuma sebagai abang dan adik.
I dah berbincang dengan Farah, tapi dia minta bagi peluang. Thats why dia nak tunang. I dah banyak kali say no, but she insist. Tapi hati i memang tak boleh terima semua ni. I cuma kesian kat Farah"
"Perempuan yang u cinta tu tau ke yang u cintakan dia?"
"Nope. Dia dah ada orang lain dalam hati. Tapi i akan stay tunggu dia sampai dia kahwin, then i can move on"
Berkerut dahi Is
'What the heck?! Otak aku jem !'
Is tarik nafas panjang...hembuss
"Danny u tak boleh macam ni. Salah cara u tu. Listen to me"
Is dan Danny saling menatap mata. Dup dap dup dap pulak hati Is bila saling bertatapan.
"First, u try buka hati untuk Farah. Tapi dalam masa yang sama jangan bagi harapan kat dia, likee...don't talk about marriage. Kalau u rasa tak boleh sangat, baru u bincang elok elok dengan dia. Slow talk. At first place, u memang dah salah, should be u berkeras tak nak tunang. So nak tak nak, u memang kena cuba buka hati u dulu. Takkan harini tunang esok nak terus putus. Tak apa dia menangis sebelum kahwin, daripada menangis selepas kahwin.
Tentang that girl yang u jatuh cinta tu, entahlah Danny. Kenapa u pilih untuk mengalah? If u really love her, u have to fight for her. U don't even try pun but u dah give up, sedangkan dia masih belum tunang or kahwin lagi"
Danny diam seribu bahasa. Is tak boleh nak teruskan menasihati Danny sebab Is sendiri pun pening.
'Siapa erk perempuan tu? Padahal dia berkepit dengan aku je selalu. Takkan aku? Aiihh mesti budak office ni'
Danny meletakkan kepala atas bahu Is, sambil jari mengenggam jari jemari Is. Dah macam pasangan couple, tipulah kalau duduk macam tu tak ada rasa apa apa dalam hati.
"Is...what if i luah perasaan and kena reject? I mean rejection is fine but what if, hubungan i dan dia dah tak boleh macam biasa. Should be awkward or something. I lagi prefer berkawan macam biasa daripada jadi macam tu."
"I....i tak tahu nak cakap apa Danny. I think you should try. But if u choose untuk be friend with her, then ok. Mana la tahu lama lama nanti, dari kawan dia akan rasa sayang kan?"
Masing masing kembali diam. Dalam kepala macam macam kata kata tapi luaran hanya mampu diam dan menatap suasan tasik yang indah.
'Macam mana kalau Danny tahu dia crush aku? Mesti dia serba salah kan nak jaga hati aku?'
-Issabella Warith'Macam mana kalau Is tahu, perempuan yang aku cinta tu dia? Mesti aku dan dia takkan serapat ni dah'
-Danial Fakhri📄
"Farid..."
"Erm.."
"Macam mana eh...?"
Farid pandang Han menunggu kata kata dihabiskan. Tapi Han diam je sambil tangan membelek handphone.
"Macam mana apa?"
"Macam mana.."
Farid fokus untuk dengar ayat seterusnya, tapi Han diam.
"Aih dia ni duk macam mana macam mana. Macam mana apa? Bagitahu je la. Yang hang tiba tiba jadi malu ni pasai pa? Kalau kat kerja kemain tegas, lepas exciden jadi lagu ni, hawaitt?"
"Kau rasa.."
Farid fokus lagi, tapi sampai situ je la Han berkata. Farid tepuk dahi.
"Aih aku tengah syok tengok tv ni dia mai duk cakap sekerat sekerat. Hang nak apa? Otak hang tak betui ka lepas excident?"
"Kau rasa Is suka aku tak?"
"Haaa ini yang aku nak dengaq. Is suka kau tak? Aku rasa tak. Sebab hang hensem pun tak, keja polis ja"
Laju tangan Han pukul Farid dengan bantal.
"Ooooiihh gurau jah ! Aku rasa cik Is memang ada hati dekat hang. Tak nampak ke dia ambil berat pasai hang? Senyuman dia bila jumpa hang. Hang tu cepat cepat la luah perasaan. Kan lambat melepasssss."
Han diam. Muka seolah memikir sesuatu. Apa yang difikirkan tak tahu.
"Cuba la, tak cuba tak tau. Kalau kena reject hang buat muka tebal ja"
"Sedapnya muka tebal kau. Yang tebal nanti muka aku. Bukan muka kau"
"Eh hang polis tau. Semua benda tak takut, mai tang cinta jadi pengecut macam ni kenapa? Cuba bertindak seiring dengan nama. Adoii. Meh aku ajaq, hang wasap dia ajak date. Nanti time date hang slow slow la selami hati dia. Ke nak aku tolong lagi?"
"Eh tak payah, huru hara kalau kau tolong. Dah la baik aku gi rehat. Esok dah kena kerja"
Han bingkas bangun masuk bilik. Farid buat muka menganjing.
"Tanya aku sangat, aku cakap tak nak dengaq. Ni aku malaih ni. Baik hang cakap ngan dinding ja"
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.