Hari ke tiga kehilangan Is.
"Mama kena kuat, jangan macam ni. Kalau Kak Is balik tengok mama macam ni, haaaa. Kita doa, inshaAllah. Kak Is tu kuat"
Lisa menenangkan mama nya yang dah 3 hari terkulai tak bermaya. Haris, Danny dan papa subuh hari sudah turun, malam nanti baru balik. Ikut serta misi pencarian. Lisa je yang terpaksa kuat semangat untuk pastikan semua orang gagah hadapi semua ini.
📄
Dengan muka lebam, bibir pecah, Is terbaring menatap siling rumah yang kosong. Perut berbunyi macam macam lagu dah. Mana tak nya, 3 hari makan apa je, biskut kering. Kedengaran pintu dibuka.
"So whats your decision? Will you marry me sayang?"
Is mengetap bibir, kalau ada tenaga nak je bangun tarik tarik rambut, hempuk muka dia ke lantai. Tapi Is dah tak kuat.
"Aku tanya ni jawablah ! Selagi kau tak setuju jadi isteri aku, jangan harap kau dapat tengok dunia luar ! Silap silap mayat kau je orang jumpa. Itu pun kalau jumpa."
"Aku rela matilah dari kahwin dengan kau ! Tak guna !"
Taufiq memicit pipi Is.
"Tak guna ye? Kita tengok la nanti siapa yang tak ada guna"
"Sakitlah ! Kau ingat polis tak cari aku ke? Kau ingat family aku akan diam je ke? Kau yakin kau datang sini polis tak ikut?"
"Heyy, dalam polis tu ada mata mata aku lah"
Taufiq tersenyum bangga. Handphone nya berdering. Bercakap melalui handphone seakan ada hal serious. Lalu dimatikan dengan muka bengang.
"Esok aku balik pastikan bersiap cantik. Nah baju" Taufiq lempar satu paper bag ke arah Is.
"Kalau tak esok memang last kau hidup atas buni ni"
"Jumpa kat neraka lahanat !"
Pang !! Satu tamparan hinggap di pipi Is. Taufiq bingkas bangun dan berlalu pergi.
📄
Is mencari tempat yang boleh dikopak. Setiap sudut ditilik. Semua tingkap , pintu , di gril dan dikunci. Is buntu namun tetap tidak berputus asa. Dilihatnya diluar sudah gelap, tak pasti pukul berapa. Rentap sana rentap sini, tetap tak boleh buka. Dia kena larikan diri kalini jugak, tak tahu apa akan jadi esoknya.
Setelah sejam lebih bertungkus lumus cuba rosakkan gril, akhirnya Is berjaya. Ditendang tendangnya pintu, ambil kuali, penyapu, semua lah Is cuba. Rasa 20% selamat bila dapat keluar dari rumah neraka tu. Tapi Is tak pasti mana hala tuju.
'Ya Allah, kau langkahkan lah kaki aku ke tempat yang selamat'
Is jalan je ikut gerak hati. Suasana sejuk dan sunyi, agak agak dalam pukul 3-4 pagi mungkin. Satu manusia pun tak ada. Dalam 30 minit berjalan baru nampak seolah pekan. Is cepatkan langkah ke satu kedai serbaneka, 7E. Kaki dah tak rasa apa dah, dengan berkaki ayam nya. Dalam hati nak selamat je.
📄
"Dik boleh minta tolong tak?"
"Eh akak ni kenapa? Akak kena rompak ke?"
"Tolong book grab, akak nak balik rumah. Akak janji nanti akak datang bayar semula, sekarang ni akak tak ada apa apa"
"Eh akak, saya rasa baik akak pergi ke balai polis. Saya hantarkan, atau pun klinik ke. Teruk muka akak ni"
"Taknak dik. Tolonggg"
Adik keje 7E tu dah confius nak order grab ke nak berkeras hantar balai.
"Saya boleh tolong akak tapi saya nak hantar akak ke balai"
ANDA SEDANG MEMBACA
Seorang Gadis
Roman d'amourIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.
