Seperti yang dijanjikan minggu lepas, Is pergi bertemu Aileen. Mereka berjumpa di taman."Hyeee !!!!"
Is berlari sebaik sahaja nampak Aileen duduk di atas tikar.
"Heyy babe. Come"
"Amboii picnic. Kenapa tak bagitau nak picnic, kalau tau aku bawak makanan banyak banyak lagi"
"Alaa saje je nak lepak lepak santai dengan kau"
"Okay okay aku tak sabar nak dengar cerita."
"Okay, kau dengar ye Is. Aku nak kahwin"
Ternganga mulut Is.
"Sumpah ?!"
Aileen mengangguk.
"Dengan siapa?!"
"Yang tu nanti la aku kenalkan. Sebab tu la aku ajak kau datang sini"
"Sumpah lah Aileen. Betul betul ke laki tu ajak kahwin? Bila pula kau couple ? Sampai hati tak bagitahu aku"
"Hehe baru je, tak kenal lama terus ajak kahwin"
"Serious ah? Kau yakin?"
"Yes. Doakan urusan aku dipermudahkan"
Syok betul dua kawan berborak tak ingat dunia. Nasib kat taman luas tak adalah rasa menganggu sangat kalau cakap kuat ke jerit ke.
"Seronoknya berborak"
Is pandang belakang , lihat Farid dengan Han tercegat.
"Eh ? Haii sayanggg. Korang buat apa kat sini? Boleh ke aku ajak diaorang duduk?"
"Boleh la asal tak boleh pulak. Duduklah" Aileen mengajak Han dan Farid duduk.
"Picnic tak ajak eh" ujur Farid
"Mana tahu, Han kata nak keluar dengan kau. Aku tak kacau la. Tapi tak tahu pula korang datang sini."
"Topik apa borak yang seronok sangat tu?" Soal Farid
"Guess what !! Aileen nak kahwin !!!"
"Ooohhh patutlah seronok sangat"
"Nak kahwin dengan siapa?"
Semua diam dengan soalan Farid. Sambil tersenyum senyum.
"Cepatlah Aileen bagitau siapa. Aku nak kenal jugak"
"Okayy jap aku bagi kad"
"Amboii laju nya kad dah siap"
Aileen mengeluarkan kad kahwin lalu dihulurkan pada Is.
"Aileen Erina dengan Muhammad Farid. Oh nama dia Farid"
Lagi 3 orang mengekek ketawa. Is pandang je mereka.
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.