"Mama kitaorang keluar dulu ye"
Danny menarik tangan Is, digenggam erat jari jemari.
"Danny ! Mama tengok la"
Is bersuara dari celahan gigi. Tapi Danny buat tak endah je. Walaupun Is tahu mama tahu, tapi tetap rasa tak selesa. Hati Is rasa tak sedap tapi demi nak tunaikan hajat Danny, Is relakan sahaja. Berharap lepas ni hilang rasa bersalah dihati.
📄
Dalam kereta pun Danny tak lepas genggam jari jemari Is.
"Danny, kenapa pegang tangan i? Bawak la kereta dulu"
"Its okay. Hari ni kan u are mine. Okay baby nak makan apa?"
"Baby??"
"Yela habistu nak panggil apa? Sayang? Darling? Honey? Harini kan u girlfriend i."
"Ikut suka u la Danny, asal u bahagia"
"Nak makan steak?"
"Taknak, steak malam la. Makan la nasi dulu, lapar rasa, semalam makan bubur je"
"Okay baby"
📄
Danny meletakkan kepala atas peha Is
"Is thank you sebab sudi keluar dengan i harini"
"Danny tak perlu pun actually buat macam ni, kita still boleh jumpa kan."
"Tak sama bie. Nanti u kahwin dengan Han, takkan kita nak macam ni lagi. U status isteri orang tak elok tau"
"Danny u tengah kecewa ke? Dengan girl yang u pernah cerita dulu."
"Yup. I takkan dapat dia, dia dah jadi milik orang."
Is diam seribu bahasa. Dalam hati peritnya rasa. Kenapa erk hati berbolak balik macam ni.
"Bie i sayang u. I sedih u nak kahwin, im gonna loss my bff, my tempat bermanja"
Is masih mendiamkan diri. Tiada kata boleh diungkap kerana takut air mata yang keluar.
"Semoga u bahagia dengan Han. He's perfect for you. No one can beat him."
"Danny...."
"Is, doakan i jumpa jodoh yang macam u."
"Kenapa nak macam i?"
"Entah"
"Ke u sebenarnya jatuh cinta ngan i?"
Is buat buat bergurau walaupun dah tahu. Danny sekadar tersenyum.
Seharian date, betul betul Danny manfaatkan dengan baik. Macam lepas ni nak pergi jauh je. Tangan tak lepas dari awal sampai akhir. Asyik nak pegang je.
📄
Sampai di perkarangan rumah, Is nak turun dari kereta namun dihentikan Danny. Is sedikit terkejut.
"Thank you for today bie"
"U're welcome Danny. So kira date kita dah habis kan?"
"Alaaa. Sikit lagi nak pukul 12 malam. So ada masa lagi la. Kiss sikit"
"Jangan nak mengada eh, dah la jom masuk rumah"
"Gurau je la. Okay baby"
Is berjalan seiringan dengan Danny, tiba tiba sebuah kereta memasuki pagar rumah.
"Eshan !!"
"Okaylah bie, suami u dah sampai, i masuk dulu tau. So sampai disini saja lah, now we break up"
Danny ketawa lalu masuk ke dalam rumah. Is tersenyum lalu cepat cepat ke arah Han yang baru turun kereta.
"Sayang !! Baru balik ke?"
"Haii. Siang tadi dah"
"Ala kenapa tak text?"
"Awak ada wasap saya ke?"
"Saya tak wasap la sebab awak kan dalam operasi"
"Pergi mana dengan Danny masa ni baru balik?"
"Jalan jalan , keluar makan je"
"Berdua?"
"Yaa" suara Is semakin perlahan.
"Is..dah lewat dah ni so saya nak cakap staright to the point je la"
"Ye? Kenapa ni? Awak ada masalah ke?"
Han menarik nafas panjang sebelum menyambung kata kata.
"Saya nampak awak dengan Danny kat mall tadi. Saya ikut awak sampai awak balik ni"
At that moment Is rasa macam hati digenggam dengan kuat. Is tak berani menatap mata dengan Han.
"Is..sakit tau tengok orang yang kita sayang bermesra dengan lelaki lain. Even tu kawan baik awak sekalipun, tetap awak kena jaga perilaku"
Is dah rasa sukar nak bernafas. Air mata bergenang.
"Awak ada hati dengan Danny ke?"
Lagi sakit hati dengan soalan Han.
"No sayang, saya boleh explain" bergetar suara Is menahan sebak.
"Tak ada apa yang nak explain. Apa yang saya nampak, awak bahagia dengan Danny. Siap usap rambut, baring atas peha, awak boleh biar je macam tu? Awak bakal isteri orang tau. Tau tak betapa hancurnya perasaan saya?"
"Eshann..."
"Saya kecewa. Saya balik kerja penat penat tapi ni saya dapat? So selama ni saya tinggalkan awak, awak bermesra dengan Danny?"
"No Eshan, dengar dulu"
Han menahan sebak di dada. Dari tadi perit tengok bakal isteri di dakapan orang lain.
"Dia cuma minta saya spend time dengan dia buat kali terakhir sebelum saya jadi isteri awak. Saya cuma nak bahagiakan dia je sebab dia tengah derita"
"Habistu? Saya yang derita ni?"
"Han.. saya tak menduakan awak. Tak ada niat pun. Hati saya takkan berubah untuk awak"
"Is , kalau awak pilih Danny saya boleh lepaskan. Tapi kalau awak pilih saya, boleh awak lepaskan Danny?"
Turun naik dada Is mencari oxygen.
"Awak buatlah pilihan. Saya sedia lepaskan awak"
"Eshan !"
Lalu Han masuk ke dalam kereta. Laju kereta keluar dari pagar. Is terkapai kapai cuba untuk bertenang. Air mata turun laju ke pipi. Lagi sekali rasa sukar nak bernafas.
Is perlahan lahan berjalan menuju ke pintu, sambil pegang dada. Di gosok ditumbuk tapi masih sukar nak bernafas dengan normal.
Pintu dibuka , Is masih cuba gagahkan diri berjalan. 'Breath Is breathh !!' Tapi tak boleh. Is cuba menyandar pada meja kecik namun terkena pasu bunga yang berada di atas meja. Lalu pasu tersebut jatuh dan pecah, menyebabkan mama berpaling ke arah pintu. Is rebah ke lantai.
"Ya allah anak mama ! Danny !!!!!"
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.