4 bulan berlalu begitu sahaja. Semuanya berjalan seperti biasa. Aileen dah dapat kerja di sebuah syarikat. Haris dah balik kerja kat Malaysia. Han dan Farid macam biasa lah, time ada kes memang tak dengar khabar. Danny masih menunggu Is walaupun harapan tipis. Arman sentiasa busy. Lisa ada di kolej. Semuanya seakan terurus, kalau tak tiap tiap minggu ada je drama.
Pintu bilik Is diketuk. Mama membuka pintu.
"Is..mama nak pergi dah ni. Jap lagi Danny balik ngan Lisa"
"Okay ma. Hati hati, malam malam ni bahaya, jangan drive laju pesan kat papa"
"Ye sayang. Byee"
Mama dan papa ada urusan di luar negeri. Tinggal lah Is keseorangan di rumah sambil menanti Danny dan Lisa pulang.
Penat scroll social media, Is turun ke bawah nak ke ruang tamu, namun dilihat pintu utama terbuka luas.
'Eh mama tak kunci pintu ke?' Is terasa tak sedap hati namun gagah kan langkah ke pintu. Diintai diluar kereta Danny belum ada. Menjadi tanda tanya dalam kepala kenapa pintu terbuka. Sedangkan mama orang paling cermat bab keselamatan.
Is mengunci pintu lalu memusingkan badan berjalan ke arah ruang tamu. Dalam samar samar lampu di ruang tamu, badan Is membeku saat melihat ada sosok tubuh lelaki sedang berdiri dalam kesamaran lampu. Jantung bagai nak pecah, mulut rasa nak menjerit namun suara tak keluar. Kaki terasa nak melarikan diri tapi tak bergerak !
Sosok tubuh itu berjalan perlahan ke hadapan. Turun naik dada Is kerana kesukaran bernafas.
'Taufiq !'
Taufiq mendekati Is, kerana terlalu shock, terketar ketar badan Is. Is cuba melangkah ke belakang tapi badan tak mengizinkan. Pap ! Is rebah ke lantai dalam keadaan terduduk. Mata dah berkaca. Rasa nak menjerit tolong namun suara tidak dapat dikeluarkan.
Senyuman sinis Taufiq senyuman paling seram dalam dunia Is. Muka psycho macam tu, siapa je tak seram. Is berharap Danny cepat sampai rumah. Itu je harapan terakhir.
Taufiq melutut satu kaki, lalu mengangkat dagu Is supaya memandang ke wajahnya.
"Rindu i tak?"
Damn ! Rasa dunia gelap gelita. Pucat lesi muka Is.
📄
"Hello ma, Lisa tak jadi balik malam ni dia kata. Esok dia balik dengan kawan."
"Yelah Danny, tolong tengokkan Is. Kalau dia nak tidur rumah dia u hantarkan. Mama macam tak sedap hati lah"
"Ye ma, Danny dah otw balik ni. Mama hati hati ye. Kirim salam papa"
"Baik. Balik cepat tu. Apa apa call mama"
"Ye ma, assalamualaikum"
Handphone dimatikan. Danny pun rasa ada benda tak kena. Cuba call Is tapi tak diangkat.
📄
Masuk sahaja perkarangan rumah, Danny melihat satu sosok lelaki keluar dari pintu. Ingatkan Han tapi bila makin dekat barulah perasan,
'Shit ! Taufiq!'
Terus distopkan kereta, laju laju Danny turun. Namun Taufiq dah berjalan ke arah pagar.
"Woi !"
Danny cuba mengejar tapi Taufiq dah pergi dengan motor sambil tersengeh. Dalam kepala tak fikir apa dah, fikir Is je. Laju Danny berlari masuk ke dalam rumah. Is masih duduk bersimpuh atas lantai sambil menangis. Danny mendapatkan Is, lalu di check muka, tangan.
"Taufiq buat apa kat u? U cedera ke?"
Makin kuat Is menangis. Danny merangkul kepala Is ke dadanya. Dipeluk erat badan Is. Dibiarkan Is menangis sekuat hati. Dalam kepala Danny dah fikir macam macam.
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.