"Danny petang nanti u xyah ambik i. I nak keluar dengan Arman. I ambil Lisa sekali tau."
Danny mengangguk.
"U nak ikut tak? Lepak sama sama?" soal Is
"Taknak lah. I ada kerja la"
Is sedikit kecewa.
"Hmm okay. U ada nak kirim apa apa tak?"
Danny mengelengkan kepala.
"Baju untuk malam esok dah ready ke? U pakai warna apa?"
"Kenapa ? Nak matching dengan i ke?" Danny sedikit tersenyum.
"Tanya je, saja nak tahu"
Selesai waktu kerja, Is turun ke bawah. Tengok kat lobby Arman dah terpacak menunggu.
"Lama dah ke sampai? Kan aku dah cakap 5.30"
"Tak adalah lama sangat. Saja datang awal, malas nk stay kat hospital lama lama"
Is dan Arman masuk ke dalam kereta.
"So pergi ambik Lisa dulu ke ambil dia last sekali?"
"Up to you, kalau kau tak selesa, ambil dia nanti je la"
"Eh mana plak tak selesa. Aku okay je. Jom la ambik dia dulu"
"Okay, i wasap dia suruh siap jap"
📄
Dah sampai kolej Lisa, beberapa minit jugak la menunggu. Is keluar kereta, takut la Lisa tak perasan. Maklumlah dengan kereta Arman memang Lisa tak kenal lah.
"Akak !!!"
"Haiiii !!!"
Lisa berlari dapatkan Is. Dipeluk, dicium, rindu betul ye.
"Dah jom masuk"
Langkah Lisa terhenti
"Kereta siapa ni?"
Is senyum, dipaksa Lisa masuk ke dalam tanpa menjawab soalan.
"Eh abang doktor. haiii"
"Haii"
Meluat pulak Is tengok Arman sengeh macam kambing dengan adik sendiri.
"Tak payah nak sengeh lebar sangat la. Adik aku tu. Behave sikit. Aku hidup lagi kat sebelah ni"
"Apa akak ni, cakap hai je"
Arman ketawa.
Merek bertiga menghabiskan masa dengan shopping, makan, shopping lagi. Lagi tak penat lagi tu tak ingat rumah. Asal nya Is je yang nak beli baju untuk dinner dengan company papa esok. Last sekali semua duk shopping sakan. Arman pun sama naik sebab bukan selalu keluar beli barang.
Dah selesai semua, Arman hantar Is dan Lisa pulang.
"Bye abang Arman. Thank you"
"Eyy abang abang. Dah pergi masuk"
Is buat muka meluat. Arman pulak tersengeh sengeh melambaikan tangan kat Lisa.
"Kau ni pun satu, kemain eh control macho depan Lisa. Ingat aku tak nampak? Jangan nak try try adik aku. Minta izin aku dulu"
"Baik kak ngah"
kata kata Arman membuatkan Is terpinga.
"Kau kak ngahkan aku !"
Arman cepat cepat masuk kereta.
"Balik dulu kak ngah ! Goodnite"
Terus Arman drive kereta keluar pagar. Dah tahu kalau tak gerak lagi memang kena bebel dengan Is. Is menepuk dahi.
'Main main betul la. Main main tak apa, jangan betul betul. Takkan la kawan baik sendiri jadi adik ipar. Haru biru la rumah nanti'
📄
Masuk je rumah, kelihatan Lisa rancak bercerita dengan mama, papa dan Danny dekat ruang tamu. Is ambik tempat di hujung sofa sambil dengar Lisa bercerita.
"Lagi satu kan ma, papa, nak tahu tak, tadii...abang Arman cerita, ada orang tu couple dengan Abang Han !"
Bulat mata Is dengar kenyataan Lisa. Danny sedikit tersentak.
"Whattt !! Eeeeyy Arman ! Bila masa dia cerita dekat u?!"
"Masa akak tengah try baju tadi kat kedai tu"
Muka Is nampak sangat geram. Is mengetap gigi. Mama ngan papa ketawa besar la. Sorang je yang muka suram, siapa lagi kalau bukan Danny.
"Oh my god, tak boleh simpan rahsia langsung" Is berpeluk tubuh.
"Alhamdulillah, nanti papa dapat menantu polis" usik papa. Is menundukkan wajah yang malu.
"Semalam mama tanya tak bagitahu. Eleh nak rahsia , kan dah kantoi."
"Eeyy semua Arman punya pasal. U pun sama, taknak la kawan"
"Ala akak janganlah merajuk. Benda happy kena share sama sama. Semoga jodoh akak dengan abang Han berkekalan sampai bila bila. Aminn, fuuhh"
Lisa meniup doa ke arah Is.
"Amin. Baguslah tu pilihan hati, pilih polis. Dapat la jugak jaga Is. Lega hati papa kalau dah tu pilihan anak papa"
Is mengecilkan mata memandang Lisa. Geram je nak cubit dia tu ha.
"Ahhh Is naik bilik dulu."
Semua ketawa tengok gelagat manja Is. Bukan merajuk pun tapi lebih kepala malu.
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.