35

671 21 0
                                        

Dalam perjalanan pulang ke kampung Han, Is memang tak relax dalam kereta. Banyak betul soalan soalan ditanya. Tangan nampak la nervous tak boleh duduk diam.

"Sayang, cool down boleh tak? Dah macam nak pergi hadap agong je awak ni. Balik kampung saya je pun"

"Senang la awak cakap. Awak tak pe la tak kena hadap papa mama sebab dah kenal. Macam mana kalau diorang tak suka saya? Saya kan macam ni"

"Ingat saya tak nervous ke masa awak panggil masuk kata papa nak jumpa dulu? Nak tercabut tau jantung. Dah la tak perlu fikir, tak ada siapa tak suka awak. Semua suka"

"Hurmm. Ahhhhh nervousnya. Lambat lagi kan sampai?"

"Nak sampai dah"

"Aaaahhhhh nak sampai dah? Oh my.."

Han ketawa melihat gelagat Is. Tak relax dari tadi lagi.

"Mak !! Angah sampai doh"

adik Han menjerit sebaik sahaja melihat kereta memasuki laman rumah. Dengan jeritan adik, semua la berkumpul di depan rumah.

Telan air liur Is nampak semua ada kat depan. Pucat lesi muka.

"Sayang, tarik nafas"

Is tak habis habis tenangkan diri dari tadi, tapi masih sama. Tak boleh tenang.

Mereka turun dari kereta, di sambut baik oleh family Han. Ada abah, mak, kaklong, adik.

"Nanti nanti la ambik barang tu, kita makang dulu"

Is mampu senyum je dan menurut arahan.

Duduk di meja makan, Is lihat semua lauk yang dia tak pernah makan. 'Alamakkk, apa ni. Takkan nak cakap tak makan. Kesian kat mak dia dah masak banyak banyak'

"Ha jom makang. Is ambik la lauk, ambik banyok banyok" abah menjemput.

Is sedikit hairan, kenapa diaorang cakap loghat terengganu, sini pahang. Semua berselera makan, Is je yang krik krik intai lauk.

"Kenapa Is tak ambik lauk ni? Ambiklah" mak hulur pinggan yang berisi ikan patin tempoyak. Han mencapai lalu di cedok nak letak dalam pinggan Is.

"Han saya tak makan !"

Semua terhenti.

"Owh awak tak makan ikan ni? Siput sedut nak?"

Is geleng

"Laaa semua lauk ni Is tak makan ke? Kenapa tak bagitau, jap mak goreng ayam"

"Ehhh mak tak pe !! Japgi. Mak duduk je makan, lagipun Is kenyang lagi. Nanti nanti je kita goreng"

Berpeluh peluh rasa dahi Is. Taknak lah nampak cerewet sangat. Semua sambung makan dengan berselera. Geram pula Is tengok Han yang berselera makan.

'Aku dah la lapar ni. Haishhh tahan tahan. Segan la nak banyak songeh rumah orang'

📄

Sudah selesai makan, semua berkumpul di ruang tamu, berborak.

"Pandai angoh cari, cantik kaklong tengok Is ni. Dok sangka ada orang secantik Is nok ke angoh"

"Eh ingat orang dok hensem ke?"

Berkerut dahi Is. Macam macam yang diborakkan tapi rasanya hanya separuh je Is faham. Abah, kaklong memang pekat loghat terengganu. Mak, Han dengan adik tak adalah pekat sangat.

"Is memang tak pernah datang kampung ke?" Soal mak

"Tak. Heee. First time."

"Owh kampung family?"

Seorang GadisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang