Dua minggu berlalu, masing masing jalani kehidupan seperti biasa. Danny dah boleh terima yang Is bukan milik dia. Walaupun perit hati setiap kali menatap Is namun apakan daya. Danny simpan elok elok Is dalam hati, walaupun redha tapi hati masih berharap.
Is pula cuba busykan diri dengan kerja, kalau tak, rindu buah hati pula. Buah hati busy dengan kerja nun jauh disana. Nak memberontak tapi dah janji, jadi pasangan polis ni kena la redha masa bukan selalu berpihak pada kita.
Sedang asyik Is menatap laptop, pintu bilik office dibuka.
"Assalamualaikum cinta"
terus Is angkat kepala melihat ke arah suara tersebut. Suara yang amat dikenali.
"Aaaaaaaaaaaaaaa !!!!!"
Satu office dengar Is menjerit. Han cepat cepat tutup pintu, habis la staff kat luar pandang. Excited sungguh Is tengok Han depan mata.
"Rindunya 🥹"
berair mata sambil mencebik bibir buat muka sedih. Han membalas dengan senyuman. Dua dua excited sangat dah.
"Ala ala alaaa bagi salam semula"
Is mendekati Han. Han terpinga pinga.
"Huh? Kenapa kena bagi salam semula?"
"Alaaa cepat la. Semulaaaaa"
"Assalamualaikum cinta" ☺️
"Waalaikumussalam handsome" ☺️
Dua dua merah muka, sambil ketawa malu. Is menutup muka malu. Badan tergedik gedik.
"Ahhh malunya"
Is memalingkan muka ke arah lain. Han memang tak boleh cakap banyak, ketawa je mampu menutupi rasa malu.
Han hulurkan ice blend chocolate.
"Nah saya belikan air, saya tak tahu awak suka apa, saya teka je ni"
"Yeayyy thats my favourite ! Thank you sayangg"
Tadi handsome ni sayang pulak. Lagi lah susah nak hilang senyuman dibibir Han. Terasa sakit pipi senyum dari tadi.
"Meh la duduk. Awak baru sampai ke? Kenapa tak call?"
"Baru je sampai, terus datang sini. Saja nak suprise. Rindu"
"Heeeee. So belum balik rumah lagi la ni?"
"Yes belum. Farid ada je kat bawah tu dalam kereta"
"Alaa yeke. Ingatkan nak ajak saya keluar"
Is memuncungkan bibir.
"Alaa sorry la, saya singgah je dulu. Petang ni saya ambik awak ye sayang?"
"Tapi awak tak penat ke? Kesian awak baru balik kerja"
"Tak apalah balik ni boleh rehat sekejap. Awal lagi ni"
"Hurmm no no. Saya taknak sayang saya penat. Apa kata awak datang dinner kat rumah? Saya masak. Bawak tuan Farid sekali"
"Awak masak? Serious?"
"Awak ingat saya tak pandai masak ke?"
"Saya tak cakap apa apa. Saya confirmkan je, kalau dah sayang saya masak, mestilah saya kena datang"
Is tersenyum.
"Okaylah nanti Farid bising pulak lama lama. Saya balik dulu. Jumpa malam ni tau. Minum air tu"
"Okayy. Lepas maghrib tau"
Han mengangguk. Han dah melangkah ke pintu tapi lihat muka Is tiba tiba masam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seorang Gadis
RomansIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.
