Is sekarang lunch dengan officemate, akhir akhir ni Danny busy betul. Kalau tak, tiap tiap hari tercegat depan pintu office Is. Dah selesai lunch, Is terpandang satu sosok tubuh yang dikenali.
"Korang naik office dulu nanti saya naik"
Is terus mendekati sosok tubuh yang dikenali.
"Tuan Farid !"
Farid menoleh
"Cik Is ! Lama tak dengaq cerita. Cik Is buat apa kat sini? Ke office Cik Is kat sini?"
"Haah, bangunan tu office saya"
Is menunjukkan bangunan dibelakang. Mata melilau cari seseorang.
"Cari Tuan Han ka? Tak dak. Saya sorang ja. Eh ke cik Is tak tahu, tuan Han accident"
"Hah ?! Bila?! Teruk ke?! Kat mana?!"
Bulat mata Is dengar Han accident, patutlah diam je.
"Hampir dua minggu dah. Tak ada la terrr.."
Farid terhenti kata seketika, dia dah dapat idea nakal.
"Teruk cik Is, kepala berbarut, tangan patah, kaki dua dua patah. Dia kritikal lagi tu"
Lagi la cemas Is dengar.
"Tuan bagitau saya hospital mana dengan nombor wad sekali"
Is cepat cepat call Pak Mat minta datang ambikkan. Memang tak dapat banyak, dapat lokasi tuan Han, terus bergegas Is naik ke office ambil barang sambil tunggu Pak Mat datang. Puas hati Farid tengok Is gelabah macam tu. 🤭
📄
Sampai sahaja di hospital, Is berlari anak mencari nombor wad. Memang tak relax ye, risau jangan nak kata la. Dah jumpa nombor bilik Is buka pintu, sedikit terkejut nampak ada seorang perempuan dan seorang lelaki yang agak berumur.
'Ahh mak ayah tuan kot'
Lalu Is menghulurkan tangan bersalam dengan mak Han. Han lagi terkejut macam mana Is boleh sampai ke sini. Kebingungan Han tengok Is.
"Kawan angah ke? Borak la dulu, makcik dengan pakcik nak turun bawah sekejap"
Is mengangguk tersipu malu.
"Macam mana awak tahu saya kat sini?"
"Tuan Farid bagitahu, jumpa dia tadi dekat cafe depan office. Tu yang saya terus datang sini. Tuan okay ke? Tuan Farid kata..."
Kata kata Is terhenti saat lihat tak ada satu pun kat badan Han yang berbalut. Is mengacip bibir.
'Aku dah kena scam ni'
Is menutup muka dengan jari jemari.
"Farid kata apa?" Han angkat kening
"Heeee. Hurmm. Dia kata...dia kata tuan kritikal. Kepala berbalut, tangan patah, kaki dua dua patah"
Tersembur Han ketawa, memang merah lagilah muka Is bila tengok Han ketawa sekuat itu.
"Hidup hidup awak kena tipu dengan Farid. Saya dah boleh keluar la ni. Tak de yang teruk pun"
Han sambung ketawa. Is menutup mata, menggigit bibir tanda geram. Nafas dihembus sedikit kuat.
"Tuan balik nanti, tuan tolong tarik telinga dia, tumbuk perut dia untuk saya ye. Aishh saya kena scam dengan polis"
Dengan reaksi muka dan tangan sekali Is buat action tarik telinga dengan tumbuk. Lagilah bersambung ketawa Han.
"Maaflah saya tak bawa apa apa, saya rushing tadi. Semua tuan Farid punya pasal !"
"Eh tak apalah. Nasib awak datang sekarang, kalau lambat sikit dah keluar dah saya. Saya okay je, terseliuh sikit je"
Is tersenyum. Tiba tiba awkward pulak rasa.
"Risau jugak awak kat saya ye?"
Soal Han
'Blushing !'
"Eh mestilah risau"
Perlahan je suara Is. Segan pula rasa.
'Nampak sangat ke aku ni risaukan dia? Semua Farid punya pasal la. Aku fikir betul betul kritikal'
"Saya balik dulu la tuan, nak masuk keje balik ni"
"Oh yeke? Okay, thank you sebab sudi datang melawat"
Dengan tergedik gedik Is jalan ke pintu sambil lambai tangan. Kebetulan pula mak Han masuk.
"Makcik saya balik dulu"
"Eh dah nak balik? Sekejap nya"
"Ye nak kena masuk keje semula ni"
"Baik, hati hati"
Is bersalam lalu keluar. Merah padam muka Is.
'Arghhh geram gila dengan tuan Farid ! Dia gula gulakan aku ! Malu nya !!!'
"Siapa tu ngah? Cantik, sopan santun"
"Mak berkenan ke?"
"Mok kamu tu kalau dah cakak gitu memang berkenan la tu. Dari turung bawoh tadi lagi duk puji puji"
"Kalau mak berkenan, angah usaha la sampai jadi"
Semua ketawa. Amboii usaha sampai jadi ye Han !
📄
Kat rumah lepas dinner, Is cerita kat mama apa terjadi. Gelak besar mama. Is belum habis lagi sakit hati kat tuan Farid.
"Is ada orang datang kat luar"
Is kebingungan. Siapa pula yang datang. Danny tak cakap banyak, terus naik atas. Is dan mama saling berpandangan. Tangan mama bagi isyarat suruh pergi.
"Eh tuan, kenapa datang sini?"
Han dan Faris sedang bertenggek pada kereta. Farid dah senyum senyum nakal.
"Ni haa, mak saya bagi kuih sikit. So saya datang la bagi awak. Bagi esok takut tak sedap pula nanti. Tu yang datang terus malam ni"
"Ohhh thank you. Susah jee"
Is intai Farid kat belakang Han. Is hulur semula kuih tadi pada Han.
"Tuan pegang ni kejap. Haaa yang belakang ni, oooo kritikal ye, patah tangan ye, kaki patah ye. Meh sini saya patahkan !!"
Apa lagi, Farid lari la. Berlari berkejaran la dua orang tu dekat entrance. Mengekek Han ketawa. Padan muka kau Farid. Dah dapat si Farid tu, Is cubit, tumbuk, cubit lagi sampai luas.
"Hah ! Puas hati ! Done"
Sambil sapu sapu tangan. Is datang dapatkan semula kuih kat tangan Han.
"Heeee terima kasih tuan. Saya dah puas hati. Terima kasih cakap kat mak tuan"
"Adoii bisa cubitan cik Is ni, tangan haluihh ja tapi sakit oii"
"Padam muka ! Tipu i lagi ! Dah jom masuk dua dua"
"Eh tak apa Is, kitaorang singgah sekejap je. Nak balik dah ni"
"Yeke? Alaaaa.. okay hati hati. Rest well tuan"
Sambil ketawa sambil masuk kereta. Farid masih tak serik ye, boleh pula buat muka annoying. Is menjeling manja pada tuan Farid. Tapi bila tengok tuan Han kemain lebar senyuman.
📄
"Sudah sudah la senyum tu tuan. Dah nak sampai rumah dah ni. Tak berhenti senyum dari tadi"
"Gelak kat kau la, padan muka kena dengan Is tu"
"Eleh, padahal senyum teringat kat cik Is. Power tak saya tuan? Nampak tak betapa risaunya dia kat tuan? Orang kata tu tanda sayang. Haaa tuan cepatlah masuk line. Saya dah tolong tu"
"Banyaklah kau punya tolong"
"Ehh nanti kalau tuan dapat cik Is, kena berterima kasih kat saya. Jasa seorang kawan, sanggup kena cubitan berbisa ni. Uiishh lebam rasa ni"
Han mampu ketawa je. Teringat Farid lari kena kejar tadi pun masih tak hilang kelakar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seorang Gadis
RomantikIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.
