21

15 2 0
                                    

Bahagia betul Is hari ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bahagia betul Is hari ni. Senyum memanjang. Makin dekat waktu nak habis kerja, makin kerap tengok cermin. Pastikan diri cantik nak jumpa handsome petang ni ! Macamlah Han tak pernah tengok muka Is yang macam hantu kak limah, lebam sana sini. Is siap pesan kat PA jangan ada meeting last minit ke apa, jangan rosakkan plan harini.

Habis waktu kerja, biasa Is orang last ye balik, pstikan semua staff dah balik baru Is balik. Tapi kalini, Is balik dulu. Dah sampai lobby, nampak Han dah terpacak kat situ. Bunga bunga hati. Dari jauh dah saling senyum, melambai lambai.

"Haiii handsome!!!"

"Hai cinta"

Han membuka pintu kereta untuk Is. So sweet lovebird ni.

"Awak nak makan apa? Awak cakap je, saya bawakkan"

"Hurmmm no. Awak bawak je saya makan mana mana, saya tak kesah"

"Betul?"

"Yes"

Dalam kepala Han buntu sebenarnya. Biasa dengan Farid lepak mamak je. First time bawak buah hati date, hilang ingatan la pulak kedai kedai yang menarik area situ. Han ambik langkah selamat je la bawak pergi mall. Senang boleh shopping sekali.

Makan, shopping, tengok wayang. Aishh seronok betul ada buah hati kat tepi. Sudah selesai semua, Han bawak Is pergi tempat yang sama, dimana Han melamar Is haritu.

"Awak memang suka tempat ni ke?"

"Yes. Kalau rasa nak tenang, stress kerja ke, saya datang sini la"

"Ohh, thats why awak lamar saya kat sini?"

Han membalas dengan senyuman.

"Sayang...boleh saya tanya sikit?"

"Huh? Tanya apa? Boleh je"

"Kenapa, bukan Haris ambik alih syarikat tu? Sorry kalau this is personal, kalau awak taknak jawab pun tak apa. Saya cuma tanya, and nak tahu lebih banyak pasal buah hati saya ni"

Is tersenyum. Is faham je dalam kepala Han mesti banyak persoalan. Kalau nak ikutkan, sedikit sahaja yang Han tahu pasal diri dia.

"Dia taknak. Dia nak kejar cita cita dia jadi pilot"

"Habis awak? Awak tak ada cita cita ke?"

Is tersenyum. Keadaan sunyi seketika. Is tarik nafas dalam dalam, hembus, tanda dah sedia nak jawab semua soalan Han.

"Ada, tapi kalau bukan saya siapa lagi nak run company tu kan? Thats the only way saya dapat tebus rasa bersalah saya kat arwah abah"

"Rasa bersalah?"

"Yaaa. Dulu saya memang degil, tak dengar kata abah. Saya terlalu dimanjakan dari kecik, tu bila dah besar jadi pijak kepala. Malam abah dengan bonda excident tu pun, saya baru je lepas gaduh ngan abah. Saya menyesal gila. Saya sempat minta maaf sebelum abah hembus nafas, saya dah cakap, abah dah maafkan tapi mesti selama ni hati abah terluka dengan perbuatan saya."

Seorang GadisWhere stories live. Discover now