8

942 43 0
                                        

"Morning mama, papa. Is tak siap lagi ke?"

"Awal awal dia dah pergi"

"Pakmat hantar ke?"

"Drive sendiri"

"Laaa pastu papa biar je dia drive"

"Papa nak cakap apa lagi, dengan apa yang jadi semalam. Tak boleh nak halang dia. Salah u jugak"

Danny mengeluh sedikit.

📄

Pintu office Is dibuka. Danny tersengeh sengeh masuk dengan tangan penuh makanan.

"Hye, i ada belikan u makanan"

Is menghembus nafas panjang.

"I letak atas meja ni ye, nanti u makan tau. Lunch i tak boleh teman sebab ada meeting kat luar, tapi malam ni i nak bawak u pergi makan kat satu tempat yang menarik"

Is buat buat busy. Malas nak layan Danny, pagi pagi dah la memang mood kelaut. Danny menghampiri Is, lalu tangan memegang dagu Is, dahi sedikit berkerut. Ditenung nya lama lama sampai Is naik rimas.

"Kenapa dengan bibir u ni sebenarnya? Dari semalam i perhati"

"Danny u ni kan, behave sikit boleh tak?" Is menepis tangan Danny. Danny tersenyum sinis.

"Encik Danial Fakhri, sila balik office encik. Jangan kacau saya, kalau tak saya report kat Dato' Iskandar"

"Wahh main report sekarang, mentang jadi anak kesayangan papa"

Is buat muka annoying. Badan Danny semakin menghampiri.

"Report la kalau berani"

Dup dap dup dap hati Is. Tak terkata bila dah ditenung crush dari jarak dekat.

"Ishh dah la. Fine fine kita keluar makan malam ni. Boleh tak balik office you sekarang?"

Danny tersenyum sambil mengundurkan diri ke belakang.

"Jumpa malam ni tau"

Sempat kenyit mata sebelum membelakangkan Is dan terus keluar office.

'Aishhh kenapalh kau ada si Farah tu, kalau tak aku dah masuk line ni'

📄

"Mama perasan tak, abang macam baik gila dengan Kak Is kan?" Lisa bersuara sambil tengok mamanya siram pokok bunga.

"Baguslah tu semua orang boleh terima Is. Lega hati mama. Ingatkan kamu berdua susah nak terima."

"Kak Is tu baik gila kot ! Cantik, siapa je tak suka. Tapi abang tu macam something la. Dia mana pernah layan perempuan kecuali Farah tu. Tiba tiba terus rapat dengan Kak Is. Entah entah abang ada hati kat Kak Is kan ma?"

Mama tersenyum

"Mandai je kamu ni"

"Betul la ma. Tengok dia layan Kak Is pun boleh nampak beza. Kalau Lisa jadi lelaki pun Lisa jatuh hati kat Kak Is. Tapi bagus jugak, ingatkan abang gay kan ma?"

Terus air yang Datin Roslina tengah siram pokok dihalakan ke Lisa.

"Mama !!!"

"Sedap cakap anak aku gay, haaa ambik ni, tak mandi lagi kan?"

Maka berkejaran la dua beranak main siram air.

📄

Tengah syok drive nak balik, dalam otak dah fikir nak dinner dengan Is malam ni. Tiba tiba ternampak kereta Is tersidai tepi jalan. Danny cepat cepat berhenti tepi.

"Kenapa ni?"

"Pa, kereta Is la. Tapi macam tak nampak Is kat dalam. Cuba papa call mama tanya Is dah balik ke belum"

Danny meluru turun kereta, hati dah tak sedap. Pintu kereta Is dibuka, tak nampak benda yang mencurigakan. Tangan terus menyeluk poket ambil handphone dan call nombor Is. Bunyi deringan dalam kereta, Danny mencari dan ternampak handphone Is di celah kerusi. Baru je nak tutup pintu, Danny perasan sesuatu.

"Pa !! I think kena gi balai la. Handphone dia ada, tapi dascam macam kena cabut je"

Dato' Iskandar apa lagi, cemas yang amat. Datin pula bagitau Is belum balik.

📄

Di balai.

"Ye encik sila duduk"

"Saya rasa anak saya kena culik"

"Okay boleh encik bagi detail? Nama anak?"

"Issabella binti Warith"

Terhenti tangan Inspektor Farid yang sedang menekan keyboard. Terus mata memandang Inspektor Eshan. Han menepuk bahu Farid suruh bangkit dari tempat duduk.

"Saya inspektor Han, baik encik..teruskan"

📄

"Ya allah abang macam mana ni? Betul ke ni Is hilang?" Jerit mama sebaik sahaja Danny dan papa melangkah masuk rumah.

"Abang sumpah la, dah call semua kenalan Kak Is ke?"

Danny memeluk Lisa.

"Dah, kecuali kawan dia papa kata Aileen. Memang tak tahu mana nak cari Aileen tu. Entahlah abang tak leh nak fikir la"

"Mama pun tak dapat nak contact Aileen. Taufiq pun kata dah lama tak jumpa Is"

Papa cuba tenangkan mama yang menangis teresak esak.

"Kita minta doa banyak banyak, polis dah start pencarian. Semua kena bertenang"

Kedengaran salam dari luar pintu.

"Hai, Arman"

Sapa Arman sambil hulur tangan pada Danny.

"Macam mana? Ada apa apa info tentang Is ke?"

"Ahh belum lagi, masuklah"

Danny sedikit blur 'kenalan Is kot' . Dilihat papa menyapa Arman dengan mesra seakan dah kenal lama.

"Saya rasa ni mesti kerja Taufiq"

"Kenapa Arman cakap macam tu?" Soal mama

"Datin i'm soo sorryy. Before this Is selalu kena pukul dengan Taufiq. Datin tak perasan ke Is selalu lebam lebam, luka sana sini. Saya dah banyak kali nak bawa dia pergi balai tapi dia keras kepala."

Lagilah Datin Roslina terkejut. Selama ni Is bagi alasan jatuh la, langgar pintu la rupanya kena pukul. Danny dah mengenggam penumbuk dengar cerita Arman.

"Allahuakhbar ! Arman dah bagitau polis ke?"

"Dah, ni saya datang straight dari balai. Risau saya, Taufiq tu tak boleh di expect. Macam macam dia boleh buat"

📄

1.45 pagi

Danny meluru turun dari tingkat atas menuju ke pintu utama. Lisa yang ada di ruang tamu cepat cepat bangun dari sofa.

"Abang nak gi mana? Pagi buta dah ni bang"

"I nak pergi cari Is"

"Abanggg, kita tunggu la polis buat kerja. Bukan abang sorang je risau, semua risau especially mama"

"Lisa, i tak boleh maafkan diri i tau kalau jadi apa apa kat Is."

"Ye Lisa faham...tapi...okay Lisa nak ikut. Jom!"

Seorang GadisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang