Keesokan harinya.
"Balik kerja makan steamboat nak?" Soal Danny memecah kesunyian dalam kereta.
"Boleh jugak"
"Okay, tapi maybe lewat sikit sebab harini banyak meeting. U tunggu je dalam office nanti i datang" Is mengangguk. Bibir tersenyum sedikit.
📄
Is melihat jam di dinding. 'Ish 7.30 dah ni. Mana Danny ni. Nak call takut busy, wasap 1 tick je. Aku lapar dah ni' Is menjenguk ke liar bilik, semua staff dah balik. 'Seram pulak sorang sorang, ahh tunggu kat bawah la' Is capai handbag terus menuju ke lif.
Tunggu punya tunggu, 8.30 dah. Is cuba call semua tak berangkat. Hati makin panas. Call Danny masuk voicemail. Call Pak Mat pun tak angkat.
Tiba tiba ada satu kereta berhenti di lobby. Nak kata Danny, tak pernah nampak kereta ni. Sekali Taufiq keluar dari kereta, laju berjalan ke arah Is. Is terkaku. Sampai saja, Taufiq terus menarik lengan Is. Is meronta ronta nak lepaskan diri tapi genggaman Taufiq sangat kuat. Taufiq memaksa Is masuk ke dalam kereta.
📄
"Taufiq nak g mana ni? Tadi u janji nak hantar i terus kan?" Hati Is tak tenang tengok jalan lain yang Taufiq ambil.
"I nak bincang dengan u. Pergi rumah i dulu boleh ? Sekejap je. Sambil borak borak i masakkan dinner"
"No ! I nak balik ! I penat"
"I cakap sekejap je kan?"
"U ni tak faham ke? Stop now or i lompat ?!"
"Ha lompat la ! Lompat , berani ke?"
Is betul betul buka pintu kereta, secara mengejut Taufiq break emergency. Is terus keluar dari kereta. Taufiq cepat cepat kejar, tangan Is ditarik.
"Is u jangan buat i naik angin eh, u tau apa akan jadi"
Is tetap menolak. Berlaku sedikit pergaduhan fizikal. Kena tarik, kena tampar tu perkara biasa kalau dah jumpa lelaki psycho ni. Taufiq cuba heret Is masuk kereta, tapi kali ni Is kuat melawan. Kilauan lampu kereta dari jauh buat Is rasa lagi kuat bertahan. Dalam hati berharap kereta tu berhenti. Nahhh sekali kereta polis. Taufiq dah kelam kabut, buat buat usap kepala Is.
"Kenapa ni?" Keluar seorang anggota polis. 'Ahhh tuan eshan'
"Tak ada apa apa, biasalah tuan gaduh gaduh manja dengan bakal isteri"
Is memberi jelingan maut kepada Taufiq. Is pandang Tuan Eshan, mengelengkan kepala. Berharap tuan faham.
"Cik Issabella kan?"
Is cepat cepat mengangguk.
"Saya cuba call awak tapi tak dapat. Saya nak minta awak datang ke balai untuk dapatkan sedikit keterangan pasal kes ragut haritu. Kalau boleh sekarang"
Is macam... 'apa benda dia cakap ni'
"Kalau okay, sekarang boleh ikut kami ke balai." Inspektor Farid yang baru turun dari kereta pun tak faham apa benda yang partner dia cakap. Tapi dia diamkan sahaja. Is lagilah tak boleh nak faham.
"Esok je la tuan, malam ni kami busy, ada date" ujur Taufiq.
"Ah takpe boleh je tuan. I okay je Taufiq, i naik demgan tuan. Byee" Is cepat cepat ambil langkah menuju ke kereta polis. Muka Taufiq memang tak puas hati habislah.
📄
"Rumah awak area mana ni?" Soal Eshan.
"Eh tadi kata nak pergi balai?"
Eshan tersenyum sinis.
"Awak tak faham lagi ke? Boyfriend ke tadi tu? Kaki pukul? Tu bibir luka tu, ke nak pergi klinik dulu?"
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.