26

627 26 0
                                        

Danny ceritakan semua yang terjadi pada mama dan papa setelah mama dan papa sampai ke rumah. Mengucap panjang mereka. Pagi pagi lagi papa call semua minta datang kerumah berbincang. Haris turut membawa Is kerumah papa. Dalam keadaan muka masam mencuka Is terpaksa ikut. Dalam hati rasa nak mati, sebab dah tahu papa akan all out siasat satu satu. Is memang tak akan berani dengan papa.

Masuk sahaja rumah Is terkejut semua orang ada kat ruang tamu. 'Oh shit ! I'm dying'

Semua dengan muka serious. Mama, papa, Danny, Lisa, Arman, Han dan Farid. Haris membawa Is duduk di sofa. Is sekadar pandang bawah.

"Is sekarang ni papa nak tanya, betul ke apa yang semua orang cerita ni? Cuba Is cakap betul betul"

lembut nada papa. Is diam. Lidah terkelu.

"Is , apa apa masalah kita selesai kat sini. Ni semua orang ada kat sini. Senang nak bincang"

Is mengetap bibir. Semua fokus menanti Is bersuara. Tapi Is tetap mengunci mulut.

"Kalau diam macam ni macam mana nak selesai?"

"Is papa tanya tu kan?"

Celah Haris

"Ishh ye Haris. Kenapa nak kena tanya banyak kali? I dah cakap sekali dah la tu. Betul la tu apa yang Is bagitau Han. Cukup lah bincang pasal ni"

Is sedikit memberontak.

"Kalau macam tu jom pergi hospital, kita cek"

Arman mengugut.

"Kau ingat aku bodoh ke? Nak cek apa? Orang cek on the same day, ni dah 2-3 hari nak cek apa?"

"So kau yakin tak boleh cek? Jom la kita pergi tengok betul ke tak."

Arman menarik lengan Is lalu berjalan ke arah pintu. Is meronta ronta minta melepaskan genggaman. Semua sekadar memerhati seakan setuju dengan tindakan Arman.

"Arman ! Stop la, taknak lah Man !"

Rayuan Is tak dihiraukan. Is menahan langkah tapi tetap ditarik oleh Arman.

"Sakit la Man ! Dah la tu !"

Arman masih cuba membawa Is melangkah ke pintu.

"Man !! Fine !! Aku tipu je !!"

Is menjerit. Baru Arman melepaskan genggaman.

"Jawab soalan aku, kau kena rogol ke tak?!"

Tinggi suara Arman kali ni. Is mengusap lengannya sambil mengelengkan kepala.

"Tak"

perlahan suara Is kedengaran.

"Habistu ? Kenapa nak kena tipu? Is benda macam tu tak boleh main main tau !"

Suara papa yang tinggi membuatkan mata Is berair.

"Sebab Is tak suka dia ! Is minta putus dia tak nak ! Semua orang paksa Is bagitahu what exactly happen ! Bila Is cakap nothing tak ada sorang pun percaya ! Everybody keep pushing me ! Langsung tak bagi ruang kat Is !!"

Sambil jari menunjuk ke arah Han.

"Ya allah Is"

lembut suara mama dalam nada bergetar.

"Kalau ya pun bincang lah elok elok dengan Han. Lagipun tak ada angin ribut nak bergaduh dengan Han kenapa?"

Soal papa

"Cuba u jelaskan kat sini kenapa nak break dengan Han? Apa punca sebenar?"

Haris menyambung soalan.

Seorang GadisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang