Pagi pagi lagi Lisa menyiapkan sarapan.
"Abang Arman makanlah. Sandwich biasa je, nak masak lebih tak pandai"
"Tak apalah tunggu Danny sekali"
Lihat kelibat Danny datang ke dapur.
"Abang, makan"
"Is tak bangun lagi?"
"Belum lagi tadi"
Mereka bertiga bersarapan.
Tak lama kemudian Is muncul di dapur. Semua terkejut melihat riak muka Is seakan tiada apa apa berlaku. Bukan seperti semalam yang monyok dan tak bermaya.
"Is , makan"
ujur Arman.
"Oh kau tidur sini?"
"Yelah, teman kau."
Is mengambil tempat di kerusi. Lisa menghulurkan sandwich. Tanpa banyak kata Is ngap terus. Lapar dari semalam tak makan. Semua ragu ragu nak berkata. Nak tanya takut trauma Is kembali. Tak tanya rasa nak tahu.
"Kau okay tak?"
Is mengangguk sambil mengigit sandwich.
"Tak nak cerita apa jadi semalam?"
"Tak ada apa apa lah. Sorry buat korang risau."
"Is. Mana boleh tak ada apa apa. Kau berkurung lama dalam bilik air"
"Iyaa. Taufiq datang nak borak je. Cuma aku shock tengok dia. Thats why aku macam tu. Tak ada apa pun. Jangan risau la. Kalau ada apa apa, takkan la aku ceria sekarang ni kan?"
Danny dan Arman saling berpandangan. Mereka tahu ada benda Is sembunyikan tapi tak boleh nak terus memaksa Is. Risau lain pulak kejadiannya.
Loceng rumah berbunyi.
"Jap Lisa buka pintu"
Farid dan Han muncul dihadapan. Lisa menyuruh masuk,
"Diaorang semua kat dapur"
"Haa Han, Farid makan"
ajak Arman setelah Han dan Farid muncul didapur. Sedikit terkejut tengok Is tengah sedap makan. Mulut penuh dengan makanan sambil tersenyum ke arah mereka. Han membalas senyuman.
"Awak okay ke?"
Is mengangguk sambil mengunyah. Lisa menuangkan air untuk Farid dan Arman.
"Cane ? Dah jumpa Taufiq ke?"
Soal Danny
Kedua dua mengelengkan kepala.
Cepat cepat Is telan makanan.
"Kenapa nak cari dia? Dia tak buat apa apa pun" kata kata Is mengejutkan Han dan Farid.
"Tak buat apa awak cakap? Awak tak ingat ke semalam..."
"Han...saya okay je. Dia tak sentuh saya pun semalam. Tak ada apa yang dia buat. Dia datang sebagai kawan lama je. Dah la ambik tahu hal dia"
Semua terkelu. Arman menggaru kepala. Danny mengerut dahi. Farid muka tak puas hati.
"Sayang, macam mana awak boleh cakap macam tu. Awak.."
"Han ! Saya cakap dah kan? Saya cakap tak ada apa apa, tak ada apa apa la. Susah sangat ke nak faham? Lagipun saya tak buka report pun kes semalam kan? Nak jadikan isu kenapa?"
"Macam tu awak kata tak ada apa apa? Yang awak nak backup jantan tak guna tu kenapa? "
Masing masing menundukkan wajah melihat dua pasangan bergaduh. Nak lari macam awkward sangat. Farid yang sandwich masih ditangan, diletakkan semula ke pinggan.
YOU ARE READING
Seorang Gadis
Roman d'amourIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.