Taufiq memasuki bilik office Is.
"Sayang jom makan"
Dalam hati Is tuhan je tahu bila nampak Taufiq muncul. Rasa meluat gila tapi kena sabar.
"Jap"
Is habiskan kerja di laptop lalu mencapai handbag.
"Dah jom"
Dalam perjalanan,
"Taufiq boleh tak berhenti kedai kek depan tu? I nak beli dessert sikit. Kalau u malas tak apa je, next time i beli"
"Eh boleh je sayang"
Taufiq memberhentikan kereta , lalu Is mengambil dompet dan turun menuju ke cafe tersebut. Tanpa fikir apa apa Is dengan bersahaja membeli apa yang diinginkan. Lalu kembali ke kereta.
Buka sahaja pintu kereta, Is dah nampak muka Taufiq tak ceria. Hati sedikit terasa takut tapi diabaikan. Tanpa sebarang kata Taufiq meneruskan perjalanan.
Tapi makin lama Taufiq drive makin jauh jalan yang diambil.
"Kita nak pergi mana ni Taufiq?"
Taufiq diam seribu bahasa. Hati Is dah tak sedap. Nak menangis pun ada. Trauma masa kena culik dulu datang kembali dalam ingatan. Is memegang handbag dengan kemas.
"Taufiq?"
"Diam !"
Terkejut Is bila di tengking oleh Taufiq. Dalam kepala fikir mati je. Kalau dah macam tu rupa si psycho memang ada benda tak kena la tu. Memang akan terjadi tragedi la.
'Ya allah kenapa ngan dia ni. Selamatkanlah aku'
Tangan Is terketar ketar.
📄
Tibalah di satu gudang yang agak tersorok dari jalan utama. Hati Is dari tadi tak habis berdoa. Otak memang tak boleh fikir kenapa dengan Taufiq tiba tiba mengamuk.
Taufiq menarik Is turun dari kereta lalu masuk ke dalam gudang. Di dalam terlihat 3-4 orang lelaki berbadan sasa, muka ganas.
Taufiq melepaskan genggaman.
"Taufiq kenapa u bawak i datang sini? U nak buat apa ni?"
Terketar ketar Is bertanya soalan sambil mata meliar pandang lelaki lelaki sasa disekeliling.
"Ni apa ni?"
Taufiq mengeluarkan handphone.
'Ya allah aku salah bawak phone !!!'
Saat tu, detik itu !! Is tahu memang nyawa dia sampai saat tu je. Tak mungkin Taufiq nak lepaskan dia hidup hidup kali ni.
"Huh? Bagi hadiah kat Lisa? Boleh pulak kau duk berwasap dengan kekasih kau tu !!"
Is diam , air mata jatuh ke pipi. Kalau boleh rasa nak pengsankan diri je.
"Kau tipu aku?! Huh !"
Taufiq mencekik leher Is. Sampai sesak nafas, muka merah padam. Is meronta, memukul tangan Taufiq minta dilepaskan. Nampak dah nazak baru Taufiq lepaskan tangan. Terduduk Is sambil memegang leher.
Taufiq mendial seseorang. Dibiarkan Is dilantai dalam keadaan ketakutan.
📄
"Tuan Han!"
Seorang pegawai memanggil Han dengan muka cemas. Han cepat cepat ke arah pegawai tersebut. Pegawai tersebut menunjukkan telefon yang dalam keadaan loud speaker.
"Hello, Inspektor Eshan bercakap"
Dengar suara ketawa di hujung talian.
"Inspektor Eshan. Dah banyak kali aku bagi warning , jangan kacau hak orang. Kau memang tak faham ke Issabella tu aku punya?"
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.