33

11 1 0
                                    


Bila anak mama nak bangun ni. Mama nak masak sedap sedap ni. Rindu pulak tak ada orang teman masak.

-Mama

Lama tak dengar anak papa merajuk. Nanti dah bangun kita pergi holiday sama sama ok?

-Papa

Akak, Lisa craving steak. Akak kena bangun cepat kalau tak kesian perut Lisa ni. Rindunya nak sakat akak.

-Lisa

Assalamalaikum cinta. Lama dah tak dengar orang panggil saya handsome. Awak kena bangun cepat cepat tau, sebabbb saya rindu.

-Han

Is, semoga hang cepat cepat sedaq. Kesian kawan aku tak lalu makan, penat aih nak pujuk macam baby.

-Farid

Is, kosong pula rasa hidup tak dengar u merajuk. Cepat lah bangun, i janji lepas ni i always be by your side

-Haris

Is, kau tak nak bangun lagi ke? Kaki aku dah nak sihat ni kau tak bangun lagi. Aku banyak nak gosip ni.

-Aileen

Is...i rasa ni sebab dia i tak dapat u. Tuhan temukan u dengan Han ada sebab. Kalaulah Han tak ada, mungkin lain jadinya. I bersyukur u ada Han. Han tu baik sangat, sampai i rasa bersalah kalau nak rebut u. Tapi i nak u Is 🥹 i sayang u. Hurmm. Bangun cepat k? Rindu dengan perangai manja u.

-Danny

📄

Giliran Danny menjaga Is. Macam macam gaya dah kalau duduk dalam wad. Kejap buka laptop. Kejap scroll handphone. Kejap termenung.

"Danny.."

Sepantas kilat Danny menoleh ke arah Is. Is cuba bangun sedikit

"Aaaauchh aaaaa"

"No no no ! Jangan gerak. Stay !!"

Cerah mata mata Danny bila tengok Is dah sedar. Berkaca mata kerana terlalu gembira.

"Heeyyy. U rasa sakit tak? Pening ke?"

Is menggelengkan kepala sedikit.

"Fuhhh, okayyy. Kalau sakit bagitau tau? Nak apa apa tak? I kena inform kat Arman ni yang u dah sedar"

📄

"Okay, semua okay je. Cuma kalau sakit kau jangan banyak gerak sangat. Luka tu kena jaga. I got to go, nanti aku datang balik. Kejapppppp je k?"

Arman berat hati nak tinggalkan Is tapi nak buat macam mana, tengah on duty. Sampai di pintu bilik wad,

"Is...aku sayang kau tau"

terus Arman keluar. Segan la tu. 🤭. Is mengukir senyuman, mata sedikit berkaca.

"I miss your smile" ujur Danny.

Semua keriangan bila datang tengok Is dah sedar. Macam macam ragam ada, semua dah start bergurau senda macam biasa. Tak lekang senyuman dari bibir masing masing. Indahnya dunia kan?

📄

Seminggu berlalu, keadaan Is semakin pulih. Taufiq memang dalam penjara, tak ada jaminan akan terlepas. Kaki Aileen dah pulih tapi masih terjengket jengket sedikit berjalan. Walaupun seminggu dalam wad tapi rasa sekejap je sebab every single time ada je yang datang mengacau. Memang tak pernah rasa bosan langsung. Is dilayan seperti puteri raja, cakap je nak apa semua dapat. Makin manjalah Is jawabnya.

Sedang Is khusyuk tengok handphone, seorang demi seorang masuk lalu berkumpul di sofa. Ada yang tersengeh, ada yang control nak sengeh. Danny, Haris, Lisa, Aileen, Arman. Is berasa sedikit hairan.

"Korang ni kenapa tersengeh sengeh duk sana?"

Mereka tak menjawab, mampu ketawa je.

"Is , ada orang nak jumpa hang" tiba tiba Farid masuk.

"Huh? Siapa?"

Farid memberi isyarat suruh masuk.

"Kakak !!!"

"Waaaaaaa, oh my god !!"

Kanak kanak yang diculik Taufiq seramai 5orang memasuki bilik wad. Sumpah Is tak sangka dapat jumpa mereka lagi. Hampir menitis air mata Is.

"Korang dah sihat ke?"

"Sihat !"

"Oh my..." 🥹

"Kakak sakit lagi ke kena tembak?"

"Tak sakit dah, nanti dah boleh keluar hospital. Kena tanya abang doktor tu bila kakak boleh keluar" Is menunjuk ke arah Arman. Budak budak tadi tersengeh malu.

"Korang pegang kertas apa tu?" Soal Is

Mereka tersenyum pandang satu sama lain.

"Nak tunjuk kat kakak ke?"

"Haah, kakak baca kuat kuat tau?"

"Alamakkk. Okayy. Okay cepat tunjuk"

Mereka beratur sebaris. Di kira 1...2...3... semua mengangkat kertas A4 yang dipegang..

Setiap kertas ditulis

Will....you....marry....me....?

Bulat mata Is. Mata dah berair. Nampak pulak Han masuk sambil tersenyum kat hujung. Terus menangis Is dibuatnya. Salah seorang budak mendekati Is.

"Nah kakak. Abang polis tu bagi."

Budak tersebut menghulurkan cincin. Terkelu lidah Is.

"Kak Is jawab lah !!" Lisa menyampuk

Is mengesat air mata.

"Well.. of course YES !"

Satu wad riuh rendah bertepuk tangan. Sekali dengan budak budak tadi keriangan. Han muka dah merah padam. Farid bisik tahniah pada Han. Seronok betul semua.

Dalam keseronokan, Danny perlahan lahan keluar dari bilik wad. Happy tengok Is happy, tapi perit dalam hati. Rasa pedih dalam hati.

Lisa yang nampak Danny keluar merasa sedikit hairan dengan kelakuan Danny, namun dia tidak lah berfikir yang lain. Lisa teruskan je dengan mod happy.

"Aishh semua dah ada jodoh ni. Siapa nak kahwin dengan aku angkat tangan." Farid bergurau. Semua tertawa.

"Kau ingat semudah tu cari jodoh?" Haris mencelah

"Aku cuba. Hehehe"

"Okay nanti claim aiskrim dengan abang polis ye? Pandai erk dia minta tolong korang" Is menjeling manja ke arah Han.

"Abang polis ni ek adik adik. Bukan abang polis yang hensem ni" Farid menunjuk ke arah Han.

Dah habis berborak dengan budak budak, semua meninggalkan bilik wad, bagi ruang pada bakal pengantin. Auchhh !

"Pandai ye awak ni. Malu la saya depan semua orang"

"Alaa nak malu buat apa, semua memang dah tahu kan kita bercinta"

"Laju betul awak buat kerja kan? Sampai tak boleh tunggu saya keluar wad"

"Taknak. Saya memang saja buat sekarang supaya awak tak banyak ragam. Nanti awak kenakan saya lagi. Lagipun....setiap detik tu berharga. Saya taknak kehilangan awak"

Is membuat reaksi terharu.

Is mengeluarkan cincin dari bekas lalu disarung.

"Yeayy muat. Pandainya awak teka size jari saya"

"Mana ada saya teka. Saya ukur la"

"Huh? Bila awak ukur?"

"Masa awak tak sedar"

"Eyyy, awak buat apa lagi masa saya tak sedar? Oh my god"

"Haha saya buat apa lagi erk? Saya tenung je. Saya tenung puas puas. Tapi tak puas jugak. Rasa setiap saat nak tenung je selalu."

"Eeyyy abang polis ni makin gatal"

"Sebab gatal la nak ajak kahwin awal ni"

Dua dua ketawa.

"I love you handsome"

"I love you too cinta"

Seorang GadisWhere stories live. Discover now