Lama papa perhati Is termenung jauh seorang diri di taman luar ruang tamu. Papa duduk disebelah Is.
"Taknak pergi jumpa Haris ke?"
Soalan papa menghentikan lamunan Is. Is menundukkan kepala tanpa menjawab.
"Papa tahu anak papa semua baik baik. Semua masalah dalam dunia ni boleh diselesaikan Is. Ambil masa tenangkan hati, tapi jangan lama lama. Kita tak tahu apa akan jadi"
'Is minta maaf papa. Papa tunggu sikit masa je lagi. Everything will be back to normal' hanya boleh berkata kata dalam hati.
"Haa Danny u keluar ke semalam? Nampak motor beralih" soal papa seraya nampak Danny datang ke arah mereka. Is cepat cepat menjauhkan handphone. Danny perasaan tindak tanduk Is
"Taklah pa. Cuci motor je pagi tadi"
Fuhh lega rasa hati. Kalau Taufiq tahu matilah semua.
Sedang mereka rancak berborak, mama datang
"Danny, Farah datang"
Danny dan Is saling berpandangan. Keluhan sedikit keluar dari Danny. Perlahan lahan Danny bangkit dari kerusi pergi ke luar entrance. Farah sedang duduk menanti di kerusi.
"Kenapa tak masuk?"
"Taknaklah. Sini je"
"Any problem?"
"Nothingg...just...Danny bagi i peluang lagi sekali"
"Farah kita dah bincang kan, parents pun dah tau."
"I know. But i love you"
"But i don't"
"Okay tell me who that girl? Mesti anak angkat tu kan?"
"Dia tak ada kena mengena okay. I dont love you faham tak. Tolong lah faham Farah. Hati tak boleh paksa, bukannya i benci you tapi i cuma tak boleh nak cintakan u sebagai kekasih. I just love you as a friend and sister. Thats all"
"Senang nya u taknak buang macam tu je. Dulu bukan main berkepit dengan i, sekarang dah ada pengganti, macam tu je u buang?"
"Eh dahlah i taknak gaduh la !"
Danny sedikit menghentak lalu bangun menuju ke dalam rumah. Dibiarkan Farah seorang diri diluar. Pandai pandai lah si Farah tu angkat kaki balik.
📄
"Aku dah kata dah !" Farid menepuk meja selesai dengar semua cerita dari Han.
"Shhh diam la. Sekarang ni Is kata dalam kalangan kita ni ada mata mata Taufiq. So whatever kita buat, kalau boleh jangan reveal sangat. Aku dah bincang dengan Tuan, dia bagi kita buka siasatan untuk kes ni"
"Haishhh pening aku. Si Taufiq tu berpengaruh sangat ka sampai semua nak takut ngan dia? Hang ingat tak mamat yang langgaq Is tu. Ketar aku tengok bila dia nampak Taufiq. Sesuatu betuii la"
"Hurmm. Sekarang kita kena track location Aileen. Kau cuba siasat lagi dalam, anything bagitahu aku."
"Baik tuan !"
📄
Mama, papa, Danny dan Is duk bersembang di luar taman ruang tamu. Tiba tiba kelibat Haris memasuki rumah.
"Eh Haris, tak keje ke?" Soal papa.
"Jap gi, just singgah sebab cari kunci. Ada nampak kunci tak? Ada sekali tag hitam"
"Mama kemas tadi tak jumpa pulak"
"Kalau macam tu tak apalah, Haris nak kena pergi kerja dah ni. Assalamualaikum"
Is langsung tak pandang Haris. Haris pun sama. Mama mencuit Is , bagi isyarat supaya go talk to Haris. Is berdolak dalih, namun akhirnya bangkit jugak mengejar Haris ke kereta.
"Haris !"
Langkah Haris terhenti namun tidak berpaling.
"Apa yang i cakap malam tu..."
"Its okay, i faham je. Apa yang u cakap tu semua betul. I memang tak layak jadi abang u pun."
"No Haris bukan macam tu.."
"Dah la Is. Ye i mengaku i memang tak ada di sisi u waktu u susah. I gagal jadi yang terbaik. Just do whatever u want. I dah tak kacau hidup u. Okay? Got to go, nanti lambat"
Dengan ayat yang memang makan hati, Is terdiam. Dibiarkan Haris berlalu pergi.
'Aishh !! Cool Is cool. Tunggu semua selesai. You gonna fix everything Is !'
📄
"Eh abang doktor !!" Lisa menerpa ke arah Arman yang sedang makan seorang diri.
"Haii Lisa, sorang je ke?"
"Yaa, dah habis kelas, saja datang sini rasa craving dessert kat sini"
"Duduklah, nak makan tak?"
"Taknak, baru je habis makan"
"Tunggu la, abang hantar balik kolej japgi"
"Tak menyusahkan ke?"
"Tak adalah. Teman abang makan jap"
Lisa tersenyum.
"Kak Is macam mana kat rumah?"
"Macam tu lah bang. Abang masih tak tahu ke kenapa Kak Is macam tu? Dia betul betul lain la sekarang. Lisa nak tegur pun takut"
"Entahlah Lisa. Biasa dia akan cerita semua A to Z kat abang tanpa rahsia. Tapi kali ni dia susah pula. Wasap pun tak balas. Abang pun risau"
"Hurmm. Musykil betul la"
"Dah la cerita pasal dia, nanti kita siasat. Kita cerita pasal kita je"
"Heh?"
Otak Lisa jem. 'Pasal kita? Biar betul mamat ni. Jangan buat suspen macam ni' Lisa kebingungan. Arman tenang je duk makan. Sedetik, dua detik, tiga detik tanpa suara.
"Abang gurau je lah"
"Huhh ingatkan apa tadi" Lisa kembali bernyawa
"Kenapa? Lisa dah ada boyfriend ke?"
"Eh tak adalah. Belum terfikir nak bercinta"
"Tak terfikir ke tak jumpa lagi?"
"Maybe, betul jugak tu tak jumpa lagi kot"
"Habistu kumbang kat depan ni tak nak ke?"
Arman tersengeh melihat Lisa.
"Huh?" Dup dap dup dap hati Lisa.
"Dah abang dah siap makan. Jom abang hantar balik kolej"
Lisa punya reaction macam, otak jatuh lepastu hilang. 'Dia nak try aku ke dia saje gurau ni?'
Dalam kereta macam awkward pula rasa. Lisa jeling sikit sikit. Handsome kot abang doktor ni, doktor kot !
"Kenapa intai abang?"
"Huh? Mana ada"
Arman senyum nakal.
"Abang memang rapat gila dengan kak Is eh?"
"Yup, dulu abang doktor untuk family dia"
"Oohh abang tak pernah ada hati kat kak Is ke? Cantik kot, manja, baik"
"Entahlah, Is tu mcm terlalu perfect. Tak sesuai kot ngan abang"
"Habistu yang macam mana sesuai dengan abang?"
"Macam Lisa"
Bulat mata Lisa. 'Adehh menyesal aku tanya'
"Haha abang ni dari tadi bergurau macam tu. Kalau depan kak Is ni memang kena la abang"
Arman ketawa.
"Bukan selalu boleh bergurau dengan Lisa kan?"
Lisa sengeh menutupi rasa malu. Dalam hati memang dah bunga bunga rasa, tapi tahu memang takkan la orang macam Arman tu ada hati kat dia. Ada kerjaya, ada rupa, baik.
'Haihh bang doktor, bergurau tu agak agak la. Kang cair meleleh hati aku, siapa nak bertangungjawab'
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.