Hari kedua di kampung Han.
"Mak nak buat apa? Is tolong boleh?"
"Is pandai siang ikang?"
"Aaaa bolehh je."
"Betul ni?"
Is mengangguk.
"Mak nak pergi umah nek jah kejap, kalau rasa tak boleh tinggal je. Ikang dalang beseng ni"
Mak pun berlalu pergi meninggalkan Is di dapur seorang diri.
"Siang...ikang.....dalanggg..besenggg. Yes ! Is kau pandai cakap terengganu dah"
Is membuka besen tanpa berfikir panjang.
"Aaaaaaahhhhhh !!!!"
Semua lari ke dapur dengar jeritan Is. Bergema satu rumah suara Is menjerit. Abah turut muncul dari pintu dapur.
"Bakpe ni?"
"Ikan tu hidup lagi"
Is dengan muka terkejut menunjukkan ikan dalam besen. Abah pergi intai.
"Oh ikan keli"
Semua kemam bibir tahan gelak.
"Kenapa semua gelak. Betul la ikan tu hidup lagi. Han...pergilah tengok"
"Takpe, kekgi aboh matikan dia. Is gi masuk dalang rumoh"
Ragu ragu Is nak meninggalkan dapur. Naik je atas rumah sempat tangan menampar Han yang duk ketawa di tangga dapur.
"Ngah meh tolong siang ikang ni"
Han menurut perintah. Semua rasa geli hati dengan kelakuan Is. Macam macam karenah ada.
📄
Selesai bab ikan kat dapur, Han ke laman depan rumah. Han perhati Is duk melayan adik dilaman rumah
"Tak dok tarikh agi ke nok nikoh?" Soal kaklong
"Dok ag. Rancang ujung tahun ni kot"
"Untung dapat orang kaya. Jaga Is molek ngoh. Mok aboh kenang sangat doh tu. Sokmo sokmo duk cerita"
Han tersenyum bahagia. Dapat restu keluarga siapa je tak bahagia kan. Sejuk rasa mata, tenang hati tengok Is baik baik sahaja kat kampung. Tak kekok layan semua orang.
"Aahhh Han tengok ayam ni nak kejar saya"
Is menyorok belakang kaklong. Mereka ketawa melihat telatah Is, macam budak budak. Kelihatan abah memasuki laman, abah menghentikan motor di hadapan Han.
"Nah ubat nyamuk, banyok aboh beli ni, pasang belaka malang kekg" sambil abah menghulurkan satu plastik. Semua jenis ubat nyamuk ada kat dalam tu.
"Owoh aboh, ni bukan setakat nyamuk mati, orang pun boleh mati. Sayang ke nantu agok agok la aboh pung" ujur kaklong. Is tersengeh je. Abah ketawa lalu diheret motor ke tepi rumah.
"Is jom round kampung" ajak Han
"Nakk. Jom kaklong, adik"
"Takboh ah, korang gi ah. Kaklong nok naik atas umah, jom dik. Jalang molek kang jatuh dalang parit plok kang"
Is mampu tersengeh dengar usikan kaklong.
📄
Penat jalan jalan, Is dan Han berhenti makan di satu warung tepi jalan.
"Eshannnn !!!"
"Kenapa ni? Tak sedap ke?"
"Ya allahh sedap gila !!!"
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.