27

645 26 0
                                        


"Tengah kerja ni. Haah. Is okay je, dia busy sikit. Nanti ada masa angah bawa la dia balik kampung. Haaaa. Okay. Assalamualaikum mak, kirim salam kat abah"

Sayu hati Farid dengar Han on call dengan mak dia. Terpaksa berlakon seolah olah semuanya baik belaka. Dimatikan call, Han menilik nilik handphone. Farid nak tegur tapi pilu dalam hati. Kan kena sedas ayat pedas dari Han mau makan hati. Orang tengah broken jangan dijolok.

"Tuan ? Hang tak mau ambik cuti ka?"

"Kenapa?"

"Tanya jah. Kut nak tenang tenang"

"Cuti kalau sorang sorang tak tenang jugak"

Farid tak mampu keluarkan kata kata. 'Sian nya kawan aku ni ha'

📄

"Kenapa awak biar dia drive sendiri" papa membebel

"Abang, saya mana la tahu, tengok tengok dia dah pergi. Lagipun kunci kereta ada dalam bilik dia kan?" Mama membalas

"Biarlah dia ma,pa. Kalau kita paksa paksa nanti lain jadi dia." Danny mencelah

Semua mati akal dengan tingkah laku Is yang kuat memberontak, tak dengar kata. Dah rasa macam 360 darjah Is berubah. Makin fikir punca, makin sakit kepala.

📄

"Shit !!"

Is mengeluarkan kata kata makian setelah keretanya melanggar kereta hadapan kerana keluar simpang melulu. Is menghentikan kereta di tepi jalan. Lalu turun pergi ke kereta hadapan.

"Bang nak keluar simpang tu tengok la kiri kanan dulu" ujur Is dengan muka sedikit geram

"Eh aku dah bagi signal tau, kau tu yang laju sangat tak tengok orang" ujur pemandu tersebut, seorang lelaki lingkungan umur 40an.

"Lahh !! Salahkan kita pulak, tak belajar ke dulu kalau kat simpang siapa patut jalan dulu?"

"Eh kau ni jangan cakap banyak ! Sekarang bayar ganti rugi kereta aku!"

"Eh helllooo ? Habis kereta aku siapa nak bayar ganti rugi?" Berang habis muka Is

Penat gaduh tepi jalan, abang tadi paksa Is ke balai. Is sebolehnya memang tak nak ke balai, tapi lagi taknak dia keluarkan duit dekat abang yang tak reti peraturan jalan raya. Sampai di balai mereka sambung bergaduh. Riuh satu balai dengan suara dua orang ni. Tengah tengah bertekak Farid dengan Han datang.

"Ni apa bising bising ni?!" Bentak Han.

Is menundukkan wajah sebab dah tahu tu suara siapa. 'Kenapalah dia ada time ni !' Han merenung Is. Renungan rindu mungkin.

"Ni ha tuan, dia langgar kereta saya tapi taknak bertanggungjawab. Buat keras kepala dia pulak"

"Eh kau, kau ingat kau lelaki aku takut ke? Kau tu salah ! Apa kejadahnya keluar simpang melulu sedangkan dah nampak kereta lain. Ingat ni jalan bapak kau?"

"Sudah duduk !" Farid mengarah.

Farid minta dua dua menceritakan apa terjadi. Tapi tetap diakhiri dengan bertikam lidah. Han kat meja sebelah hanya mampu melihat kekasih hati.

"Ya allah hang dua ni kang aku sumbat dalam lokap japgi ! Tenang boleh dak?" Farid sedikit stress.

Farid menjeling Han, namun Han tak berganjak merenung Is dari tadi. Is memang buat buat tak nampak je Han kat tepi.

Is mengangkat call.

"I excident, tapi tak teruk pun. Dia ni haa keluar simpang suka hati dia. Eh tak pe kereta i boleh gerak, sikit je. Dah nak setel dah pun. No please."

Seorang GadisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang