11

30 1 0
                                    

Selesai solat subuh, Eshan kembali ke dalam wad. Dilihat Is belum tidur.

"Cik kenapa tak tidur lagi? Rehat la. Ke tunggu saya?"

Is membalas dengan senyuman.

"Cik nak apa apa ke? Saya tolong ambilkan"

"Eh tak adalah, saya takut nak tidur tuan tak ada. Ehhh ermm maksud saya tak ada orang teman"

Dua dua tersenyum.

"By the way panggil saya Is je"

"Oooookay. Tidur la, saya tutup satu lampu ye?"

"Tuan ambiklah bantal ni satu"

"Eh tak apa, kat bantal dah ada sofa. Ehh bukan...kat sofa tu dah ada bantal"

Dua dua ketawa kecil. Is terus tarik selimut lalu memejamkan mata. Eshan baring atas sofa. Penat ye harini, terasa hari tersangat panjang.

📄

Is terjaga dari tidur, melihat ada sosok tubuh lelaki sedang duduk ditepinya. 'Takkan tuan. Nampak macam bukan' Is gosok gosok mata.

"Harrrisss !"

Dua dua tersenyum lebar sampai ke pipi.

"Haii, okay tak ni?"

Is mengangguk. Bibir tak lepas dari senyuman, abang kesayangan ada depan mata. Mata melilau sana sini.

"Cari siapa? Han?"

"Huh? Han ? Ohhh Eshan...Han. Haah, eh nope ! Mana ada cari siapa siapa. U sorang je ke?"

"Han dah balik, bukan setakat Han je, semua orang dah balik. I sorang je la sini tunggu u bangun"

"Semua orang dah balik? Maksudnya?"

"Lepas dari berita dari Farid pagi tadi, semua bergegas datang tengok u. U sedap sangat tidur, diaorang balik la dulu. Lagipun u dah boleh keluar ni"

"Sekarang pukul berapa?"

"Pukul 2.30 petang babe"

"Seriouslyyy ?!"

"Penat sangat ye sampai tidur mati. Nasib hidup lagi"

Is memukul lengan Haris. Boleh pula nak bergurau hidup mati. Kita baru keluar dari neraka, trauma ada lagi ni.

Kepulangan Is membuatkan rumah kembali ceria, tambah pula ada Haris. Jadi 4 orang la anak Dato' Iskandar dengan Datin Roslina. Riuh rendah rumah.

📄

3 hari berlalu.

"Is..ni Arman datang" ujur Haris

"Tengok luka kau macam mana?"

Arman mendapatkan Is. Check muka, check kaki.

"Dah boleh berlari dah ni"

Ketiga tiga mereka lepak dekat taman luar ruang tamu. Tengah tengah borak, datang lagi 3 jejaka.

"Han dengan Farid datang ni" ujur Danny yang berjalan seiring dengan mereka. Is tersengeh sengeh malu. 'Ahhhh all the handsome guy is here'

"Dah semakin sihat?" soal Han

"Bukan setakat sihat, walafiat sekali. Boleh berlari dah ni" celah Arman.

"Uuuuiiiii indahnya permandangan. Ada 5 kumbang. Ada abang polis, abang doktor, abang pilot dengan abang CEO. Handsome handsome" ujur Lisa yang datang secara tiba tiba lalu tersengeh sengeh.

"U ada berkenan ke kumbang kat sini? Nak kak Is tolong? Nak yang mana? Abang polis? Abang doktor nak?"

Semua tersengeh dan control macho dengar kata kata Lisa dan Is.

Seorang GadisWhere stories live. Discover now