Arman baru je nak berehat datang seorang staff
"Doktor, ada case. Doktor Idham masih dalam bilik operation. Doktor boleh ambilkan case ni?"
Arman menghembus nafas panjang. Dahlah otak serabut fikir soal Is. Kerja dari tadi non stop, banyak pulak emergency case harini.
"Okay, show me. What happen?"
Arman bangkit lalu berjalan ke ICU. Sambil berjalan sambil staff menerangkan apa yang terjadi.
"Seorang tebusan terkena tembakan bahagian perut, mungkin. Pendarahan teruk waktu sampai tadi"
Mendengar "tebusan" Arman mula tak sedap hati. Kata kata staff tadi sudah tidak masuk ke dalam telinga, kerana fikir melayang. 'Jangan jangan Is tak'
Semakin pantas langkah kaki Arman ke ICU. Namun semuanya menjadi perlahan saat melihat Han dengan tangan berlumuran darah sambil menangis. 'Ya allah Is !'
Tanpa sebarang kata Arman menuju ke dalam ICU. Betul ! Is berada di atas katil with full of blood.
Farid berlari menerpa Han. Automatik mata berkaca tengok partner tak tentu arah menangis dengan tangan terketar ketar. Sebelum ni sepanjang menjadi partner tak pernah tengok Han macam tu. Farid duduk ditepi Han. Dipeluk bahu dan menepuk manja.
"Aku lambat Farid" 😭
Farid tak boleh berkata kerana terlalu sebak. Hanya tangan je berfungsi menepuk bahu Han tanda minta bersabar.
📄
30 minit kemudian, semua sampai di depan ICU. Tak sempat bertanya mama dah meraung tengok tangan Han yang penuh darah kering.
"Ya allah anak mama !!"
Papa memeluk mama dan diminta duduk di kerusi. Lisa menutup mulut sambil air mata membasahi pipi.
"Kenapa dengan Is? Han? Kenapa dengan Is?"
Haris mendapatkan Han namun Han tidak mampu menjawab. Hanya tangisan mampu dibalas. Haris menepuk nepuk dinding, menyandarkan dahi ke dinding. Air mata gugur satu persatu.
Dunia Danny seakan tak bergerak. Bagaikan roh tak ada dalam badan. Lisa datang memeluk Danny sambil menangis.
"Abanggg..kak Is..." 😭
Danny cuba untuk bertahan tapi tidak. Air mata membasahi pipi.
Kelam kabut dalam bilik ICU.
"Doktor ! Are you okay?"
Arman tidak menghiraukan pertanyaan. Dalam fikiran dia nak Is selamat je.
"Doktor ! Sila bertenang ! Kalau tak boleh teruskan saya akan cuba dapatkan doktor lain"
Arman melepaskan peralatan yang dipegang. Sedikit mengundurkan ke belakang. Air mata di lap lalu menarik nafas panjang.
"Im okay. I can do this"
📄
"Han. Pi cuci tangan dulu. Basuh muka"
Farid akhirnya dapat membuka mulut. Han mengeleng. Kalau boleh Han taknak berganjak sikit pun sampai pembedahan selesai.
Semua dalam keadaan lesu tak bermaya menunggu. Macam macam kedudukan ada. Dalam hati tak habis berdoa agar Is selamat. Tak boleh bayang kalau terjadi apa apa pada Is.
Minit berdetik. Jam melangkau jam. Masih tiada kelibat keluar dari bilik ICU. Hati bagai nak tercabut setiap saat menanti. Kalau boleh semua nak masuk dalam tu.
"Farid..aku tak sanggup hilang dia" 😭😭
"Ya aku tahu. Tenangg. Doa banyak banyak. InshaAllah Is selamat"
ANDA SEDANG MEMBACA
Seorang Gadis
RomantikIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.
