"Selamat pagi cinta"
Han berbisik lalu duduk disebelah Is.
"Taknak jawab pulak. Marah saya ke?"
"Ambik la abang belanja. Hati hati balik." Is mengajuk kata kata Han semalam.
"Ya allah tak habis lagi ke ? Sorry la"
"TAK AKAN habis inspektor Eshan Ishaq"
"Kuat betul cemburu awak ni, lebih pada saya lagi"
"Lepas ni kalau balik kampung, WAJIB ajak saya. Jangan nak balik sorang ey"
Han ketawa. Is menampar bahu Han
"Ketawa pulak, berani balik la sorang sorang! Abang belanja konon, hati hati konon. Huh ! Ambik la abang belanja"
Is menjeling maut pada Han.
"Is makang dok ag? Nok balik tu kena isi perut dulu, kekgi lapor susoh plok, jauh nok balik tu"
"Makan dah bah"
"Aii tanya Is je ke? Angoh ni?"
"Tak payah bah tanya dia. Dia sentiasa kenyang, sebab tu suka belanja semua orang yang dia jumpa"
"Aii lain macang bunyi."
"Biasa la boh, perempuan"
📄
"Bye semuaaa ! Nanti datang KL tau!!"
Tiba masa Is dan Han pulang kerumah. Berat hati Is nak tinggalkan kampung.
"Kekgi....aboh mari...dinungg"
Semua ketawa dengar kata kata Is yang try hard nak cakap loghat terengganu.
"Pandai doh cakak ganu, memang aboh kohor sayang ah" usik kaklong
"Dah pergi, nanti lewat sampai. Hati hati ngah bawak kereta"
"Baik mak"
"Bye mak, bye aboh, bye kaklong, bye adik"
📄
"Kenapa diam je dalam kereta ni? Awak okay tak sayang?"
"Okay je. Cumaa hati rasa sayu pulak nak tinggalkan kampung. Tiba tiba rasa rindu kat arwah abah dan bonda"
"Hurm. Nanti kita balik lagi k? Cuma tak boleh la kerap sangat sebab nak simpan cuti untuk kahwin nanti"
"Okay !!"
"Awak dah decide ke bila nak tunang?"
"Han saya taknak bertunang"
Han terus berhenti kereta di tepi jalan.
"Kenapa? Saya ada buat salah ke? Awak marah pasal Diha semalam ke?"
Is ketawa
"Han..bukanlah"
"Janganlah main main Is"
"Saya tak main main, betul la saya cakap taknak bertunang. Bukan tak nak bertunang dengan awak. Just tak nak bertunang. Nak kahwin terus"
"Fuhh, ya allah sakit rasa dada. Risau saya."
"Awak tu fikir ke lain"
"Mana tak fikir ke lain, dah pernah kena kot. Kus semangat"
"Hahah dah lah, sambung drive"
"Okay. Atas awak la, kalau nak kahwin terus lagi saya suka."
Mereka meneruskan perjalanan sambil berborak bincang soal masa depan.
📄
"Yeayy akak dah balik!!!"
Laju Lisa menerpa ke arah Is yang baru masuk dari pintu utama.
"Best tak balik kampung abang Han?"
"Mestilah best !"
"Abang Han, kak Is okay je? Tak banyak songeh ke?"
"Okay je,...cuma..... ada orang tu jatuh dalam parit"
"Han !!!"
"Sumpah la akak jatuh dalam parit ! Hahahah"
Han dan Lisa ketawa:
"Abang Han cerita la kejadian tu"
"Aaa taknak kawan dua dua. Awak jangan cerita ! Haishhh tak boleh simpan rahsia langsung la"
"Mama !! Tengok dua orang ni"
Is pergi bersalam dengan mama lalu peluk cium melepaskan rindu.
"Han nak makan kat sini tak?"
"Tak apa ma, nak kena balik ni. Dah kena panggil masuk kerja pulak malam ni"
"Laaa yeke. Penat tak tu baru balik dari kampung"
"Tak la ma, sempat je rehat ni. Saya balik dulu ye"
Han meminta diri.
"Bye handsome"
Is sempat berbisik dari belakang.
"Bye cinta, love you"
"Hati hati balik"
Han hampir terhenti langkah. Sabar je la, rasanya ayat tu sampai pedih telinga dengar dia takkan berhenti lagi.
📄
Selesai Is melayan mama dan Lisa, Is meminta diri naik ke bilik. Tapi macam biasalah kalau nampak pintu bilik Danny terbuka, memang jadi tempat persinggahan la.
"Danny!!"
"Eh dah balik"
"Yesss. Rindu i tak?"
"Mestilah rindu, tak ada sesaat pun rindu"
"Hehe, busy lagi ke?"
"Taklah, tak tahu nak buat apa. Nak keluar pun malas"
"Pergilah ajak kawan kawan u lepak, kalau tak ada, ambik je kawan i. Arman, Haris"
"I malas lah. Entahlah dua tiga hari ni rasa nak baring kat bilik je. You yakin ke diaorang tu kawan u je? Kitaorang dah jadi geng okay"
"Geng apa? Kaki gosip?"
"Lelaki mana gosip. Hah cakap pasal gosip, u tau tak semalam Arman bawa Lisa pergi family dinner?"
"What? Seriously?"
"Yaaa, dia datang nak ajak u tapi u takde. U memang selalu pergi ke family dinner dia? Orang tak salah faham ke?"
"Yaa i pergi sebab mummy dia jemput, sebab dulu i selalu lepak rumah dia. Tapi....Arman tak kan jemput perempuan lain melainkan..."
Danny turut menanti sambungan ayat Is.
"Oh !! My !!! God !!!!"
"Apa dia?"
"Oh my god !!! Sumpah la !!" Is berlari keluar dari pintu bilik Danny.
"Haishh dia ni cakap tak habis, i nak tahu juga kenapa"
Is berlari ke arah mama dan Lisa
"Kenapa ni?"
"Lisa semalam u ikut Arman pergi dinner ke?"
"Haah, kenapa akak?"
"Arman ada cakap apa apa tak? Mummy dia ke?"
"Cakap pasal apa? Kitaorang borak borak kosong je la sambil makan"
Is merasa tak puas hati dengan jawapan Lisa.
"Betul ni? Nothing happen?"
"Yela betul. Nothing happen. Why akak ?"
"Okayy, tak ada apa apa"
Is naik semula ke tingkat atas lalu masuk kedalam bilik.
'Arman ada hati kat Lisa erk. Pandai kau erk, time aku tak ada kau buat keje. Siap kau. Eh tak tak, aku nak buat buat tak tahu. Hehe. Rahsia dengan aku, biar aku kenakan kau'
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.