Setelah sekian lama Is cuti, tibalah hari isnin yang mana bagi semua orang memang tak akan suka. Masa untuk masuk kerja. Start sekarang papa tak akan bagi Is drive sendiri. Nak kemana memang Danny atau Pak Mat hantarkan, tapi biasa Pak Mat jarang jarang la, sebab selalu papa yang cop dulu. Pak Mat driver family Is dulunya, tapi Dato' Iskandar berkenan betul dengan Pak Mat, sebab tu lah minta jadi driver dia. Biasa time tak kena hantar Dato', Pak Mat jaga rumah Is, jadi tukang kebun pun ye jugak.
"Kenapa u tak kerja harini? Tak sihat ke? Kalau tak sihat cakap je, tak payahlah hantar i"
"I ada hal lah. Kalau i tak sihat memang tak lah nak hantar u. Is..may i ask u ?"
"Yup?"
"U memang betul betul ada hati kat Han ke?"
Ini soalan cepumas. Ini soal hati ni. Aishh Danny kenapa nak soal benda macam ni. Dah la berdua je dalam kereta, memang tak boleh lari la jawabnya.
"Why u ask me that?"
"Tak boleh ke i nak tahu? Takkan ngan i pun nak rahsia"
'Alamakkk !'
"Suka tu suka la, cuma tak letak harapan pun. Dia balas ye, dia tak suka tak apa"
"So sekarang ni dalam hati u memang ada Han la?"
Is mengangguk dan tersenyum, tapi dalam hati,
'Entahlah Danny, dalam hati i ada dua, u dengan Han'
📄
Masuk sahaja office, Is duduk di kerusi.
'Kenapa erk aku suka dua dua. Macam mana aku nak tahu aku suka siap sebenarnya? Tapi orang kata kalau jatuh cinta dengan dua orang, kena pilih orang kedua. Jadi aku kena pilih Han ke? Kalau aku pilih Danny, aku kena berebut dengan Farah. Yakin ke mama papa boleh terima kalau aku jadi menantu?'
Lama Is termenung
'Ah lantaklah ! Siapa ngorat dulu dia dapat. Baik aku buat kerja, banyak ni kerja nak setel. Nanti nanti la fikir pasal cinta.'
📄
Dua minggu berlalu,
"Dari tadi duk tengok handphone, lepastu letak. Angkat phone, letak. Tunggu wasap siapa?"
Tegur mama yang datang ke arah Is. Dari tadi mama perhati Is yang berada di taman luar. Is senyum je, sambil geleng kepala.
"Kalau rindu wasap. Dia balas ke, tak balas ke, tak apalah. Kena la faham kerja dia. Dia kan polis"
"Eh mama ni pandai sangat. Mana ada, baru lepas on call dengan Haris la"
"Tak contact dengan Han ke?"
"Tak lah"
Mama senyum nakal.
"Sunyi kan ma, Lisa dah masuk belajar. Bosan pulak tak ada geng nak menyakat. Danny lately macam busy je"
"Hurmm tu lah. Sorang tak ada terus suram. Ada semua serabut kepala pulak"
"Hahaha mama tak baiklah. Kami penyeri hidup mama papa tau"
"Hehe yelah, betul la tu. Eh Danny dah bagitahu belum?"
"Bagitahu apa? pasal apa?"
"Dia nak tunang"
"Whattt ???! Seriously ?!!"
Melopong mulut Is dengar mama kata Danny nak bertunang.
"Noooo dia tak bagitahu pun. Patutlah busy semacam. Oh my god, seriouslah. Suka lah mama bakal dapat menantu."
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.