Hari kedua kehilangan Is.
Semua tak bermaya dan termenung. Seorang muka resah, seorang muka sedih. Makanan dijamah sedikit sahaja, kebiasaannya licin atas meja tu.
"Assalamualaikum"
Dato' Iskandar pergi menyambut siapa di luar. Haris yang baru sahaja jejak kaki ke Malaysia straight datang ke sini.
"Tak ada berita lagi ke uncle?"
"Tak ada Haris, uncle minta maaf. Salah uncle tak jaga Is elok elok"
"Janganlah cakap macam tu uncle. Benda dah nak jadi, tak ada siapa salah disini"
"Betul tu pa, kalau salah pun Danny yang salah sebab lupa pickup dia malam tu. Papa janga salahkan diri papa"
Danny menghulurkan tangan bersalam dengan Haris. 'So ni lah abang kesayangan Is'
"Danny kan? Kau nak keluar tak? Aku tumpang pergi ambil kereta kat rumah. Aku straight dari airport tadi"
"Pakai je kereta papa, ambil je. Tapi before tu makan lah dulu sikit Haris. Kita nak cari orang pun, kita perlukan tenaga"
📄
Inspektor Eshan mengeluh panjang.
"Amboii hang, sabaq la. Team team kita semua duk mencari. Risauu lain macamm"
Eshan diam je.
"Firasat aku Taufiq ni. Walaupun dia ada bukti kukuh masa kehilangan Cik Is tapi aku rasa dia la. Tengok malam tu dah la, aku baran kalau bab pukul perempuan ni"
Eshan masih diam.
"Dah la gerak la. Duk pikiq apa lagi. Meh aku la drive, hang ni duk mengelamun"
📄
Haris perhati Taufiq dari jauh dalam kelab duk melayan perempuan sana sini. Dia tunggu je Taufiq perasan kehadiran dia. Setelah beberapa ketika, Taufiq berjalan menuju ke arah Haris.
"Adik aku mana?
"Mana aku tahu ! Dah lama la tak jumpa dia"
"Kau jangan tipu aku boleh tak? Kau ingat aku tak tahu?" Sambil digumpal kolar leher baju Taufiq.
"Relax la bro, aku tak tahu. Tak percaya kau pergi balai, aku dah serahkan bukti kukuh bahawa aku tiada kena mengena dengan kehilangan Is"
Taufiq melepaskan genggaman Haris. Lalu melangkahkan kakinya kembali ke arah perempuan perempuan kelab. Haris geram je rasa nak hempuk muka Taufiq ke meja.
📄
Haris melangkah masuk lalu ambil tempat di sofa.
"Abang Haris nak makan? Lauk ada lagi kat dapur, nanti abang makan la"
"Tak apa Lisa, thankss. Danny dah balik?"
"Belum"
"Kak Is tak pernah bagitahu pasal Aileen ke?"
"Tak ada pulak"
"Tak apa lah"
"Lisa naik dulu"
Haris melemparkan senyuman agak suram. Sejak Is hilang memang rumah tu jadi suram.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seorang Gadis
Storie d'amoreIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.
