BAB 29

17 4 1
                                    

Farris hanya tersenyum dia seolah-olah mencabar Damia untuk melakukan nya lagi.

Damia yang pelik akan hal itu pun hanya memandang nya dengan perasaan yang agak pelik.

Entah kenapa tanpa Damia perasan kayu balak itu dibentukkan di kepalanya dari belakang sebanyak 3 kali yang membuat pandangan nya buram.

Zulaikha disitu tidak boleh berbuat apa-apa dia hanya terdiam tanpa sebarang percakapan.

Manakala di sisi Aisar dia baharu sahaja masuk bersama anak buahnya yang lain itu melihat bahawa sepupunya sudah pun terbaring dengan keadaan tidak menyedarkan diri dan Zulaikha yang sudah dibelasah keadaan nya juga separuh sedar.

Mereka semua memutuskan untuk tidak kembali ke Malaysia dahulu untuk menunggu Damia dan Zulaikha sembuh dari kecederaan mereka.

"Kita bawak dia orang pergi hospital sekarang jugak! Tentang Farris dengan anak buah dia kita akan selesaikan bila dah tiba di Malaysia nanti!" Tegas Aisar berkata walaupun hati separuh hancur kerana tidak dapat melindungi sepupu yang sudah dia anggap seperti adik nya sendiri.

Keadaan di hospital yang riuh kerana ramai nya pesakit pada hari ini tidak dihiraukan oleh pasukan beta mereka kelihatan serabut dengan masalah baru yang ditimpa oleh ahli pasukan mereka.

"Dottore, per favore salva il mio amico" ujar Aisar dia kelihatan begitu risau dengan keadaan mereka berdua.

"Bene" kata seorang doktor muda itu.

2 jam lama nya Damia berada di dalam bilik pembedahan manakala Zulaikha dia dibawa untuk merawat luka nya sahaja.

Kelihatan doktor muda tadi itu pun keluar dari bilik bedah.

"È al sicuro?" Tanya Aisar kepada doktor muda itu.

"Era salvo, ma si è verificata un'emorragia cerebrale che gli ha reso difficile riprendere conoscenza nel giro di poche ore" balas doktor itu.

Aisar hanya membeku disitu membuatkan mereka semua tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

"Aisar kau kenapa?" Tanya Mustaqeem pula.

"Damia dia kena pendarahan otak"

Walau hanya sebuah kata-kata itu mampu membuat mereka semua terdiam.

Zulaikha yang tadi berada di sebalik dinding itu pun memunculkan diri nya.

Dia merasa agak kecewa dengan kawan-kawan nya kerana tidak dapat berbuat apa-apa dalam masa yang genting ini.

"Kenapa kau orang tak nak minta bantuan dari negara kita" ucap Zulaikha membuatkan mereka baru terfikir akan perkara itu.

Mustaqeem pergi menghubungi komander manakala yang lain menjaga ketat keselamatan Damia yang belum menyedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan.

"Kau jangan tidur lama-lama kau kena ingat lagi beberapa hari nanti kawan kita yang dua orang tu nak kahwin sudah lah kau pembawa pedang jangan lah terbaring dekat sini" kata Zulaikha seolah-olah dia sedang bersembang dengan Damia di situ.

Pada petang itu mereka hanya menjaga Damia dan makan petang sementara menunggu waktu malam tiba.

"Aku dah call komander dia kata nanti kalau Damia dah sedar baru lah kita boleh kembali ke Malaysia" ucap Mustaqeem yang baru sahaja masuk ke dalam wad itu.

Mereka hanya mengangguk sedang kan Aisar dia masih termenung melihat sepupu nya tidak menyedarkan diri.

Air mata nya jatuh begitu sahaja dia tidak tahu ingin menjawab apa kepada ibunda nya nanti apabila bertanya tentang khabar Damia.

"Aisar? Kau dengar ke?" Lamunan Aisar terhenti seketika apabila dipanggil oleh Mustaqeem.

Air mata tadi terus diusapnya.

"Aku tak dengar tadi sorry lah ye tak apa nanti kita bincang ye" singkat sahaja dia berkata.

Langkah dibawa ke rooftop hospital tujuan nya hanyalah ingin merokok.

Tetapi apabila teringat larangan keras dari ibu dan sepupu nya itu membuatkan dia membuang kotak rokok di dalam tong sampah.

"Apa aku nak jawab dengan ibu nanti Damia kau dah janji sebelum balik ke Malaysia kau nak ikut aku jumpa ibu" ujar Aisar dia sudah kematian akal untuk mencari alasan yang sesuai untuk diberi.

Walaupun hari sudah ingin malam hari Aisar tetap berada di rooftop hospital untuk merehatkan minda nya seketika.

Di sisi Damia..

Dia yang baru sahaja menyedarkan diri itu diberi pelbagai soalan.

"Kau okay tak?"

"Kau sakit bagitahu aku nanti aku panggil kan doktor suruh datang"

Soalan Zulaikha diabaikan oleh nya sekarang yang diinginkan oleh nya adalah air.

"Air" ujar Damia dengan pelan.

"Kau nak air kejap aku tuang kan" kata Ayu pula yang berada di situ.

Dengan bantuan daripada Zulaikha untuk memanggil Aisar itu pun berjaya apabila Zulaikha menyebut bahawa Damia sudah pun menyedarkan diri nya.

Dia terus berlari menuju ke wad yang ditempati oleh Damia tanpa memberi salam terlebih dahulu.

"Alhamdulillah kau dah sedar" Aisar menarik nafas lega apabila melihat sepupu nya elok tersenyum lebar kepada nya.

Dia tersengih melihat perangai sepupunya seperti orang yang tidak lagi sakit.

Damai yang tadi nya tersenyum kepada Aisar kembali bersembang bersama-sama kesemua rakan-rakan nya.

"Aku semalam berbedar sedikit je tapi sekarang dah okay esok aku rasa dah boleh balik sebab nanti nak jumpa ibu Aisar kejap" ucap Damia kepada rakan nya dia memberitahu perancangan mereka untuk melawat ibunda Aisar pada hari esok.

Pada akhirnya jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 petang mereka memutuskan untuk beransur-ansur pulang kecuali Dania, Ayu dan Zulaikha yang akan menemani Damia.

"Hm.. Wey order makan jom aku lapar pulak" ujar Ayu dia mengajak Zulaikha untuk melihat makanan yang ada di Foodpanda.

"Aku nak nasi goreng pattaya air pula air green team" ucap Zulaikha manakala Ayu dia hanya memesan makanan yang diminta.

"Aku pula nak Nasi goreng ayam dengan Milo ais" sambung Damia memberi apa yang ingin dimakan oleh nya.

"Aku bagi jelah apa-apa asalkan makanan" kata Dania pula.

Makanan yang Ayu beli kepada Dania ialah
Nasi goreng kampung air nya pula air green tea.

Sambil menunggu makanan tiba Damia, Zulaikha dan Ayu bermain mobile legend sedangkan Dania dia hanya menjadi pemerhati di antara mereka bertiga.

Apabila diberitahu bahawa makanan telah tiba Ayu dan Dania mengambil makanan manakala Damia dan Zulaikha tunggu di wad kerana masih sakit.

"Assalamualaikum kawan-kawan i'm back bebeh!" Jeritan Ayu agak kuat sehingga mungkin orang yang berada di wad sebelah boleh dengar.

"Astaghfirullahalazim" beristighfar Damia apabila diterjah begitu.

"Kau gila ke kalau aku ada sakit jantung dah lama aku mati tergolek dekat sini sebab kau tau" sedangkan orang yang dimarahi oleh Zulaikha sedang duduk dengan santai sambil mengeluarkan makanan lalu memakan nya seperti tiada beban hidup.

____

Translate

Dottore, per favore salva il mio amico - Doktor, tolong selamatkan kawan saya

Bene - Baiklah

È al sicuro? - Adakah ia selamat?

Era salvo, ma si è verificata un'emorragia cerebrale che gli ha reso difficile riprendere conoscenza nel giro di poche ore - Dia selamat, tetapi pendarahan otak berlaku yang menyebabkan dia sukar untuk sedar semula dalam beberapa jam.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now