BAB 36

15 4 0
                                    

Pada waktu malam kami semua berada di rumah Zafran untuk berinai kecuali Damia, Ayu, Mursyidah, Aisar, Fadlan dan Asyraf yang melakukan praktis sebelum hari kejadian di mana mereka berenam perlu melakukan upacara pedang.

Kalau ditanya mengenai Mursyidah dan Mustaqeem mereka memilih untuk pulang 1 jam selepas kepulangan pasukan beta kerana baru teringat akan majlis perkahwinan Aina dan juga Zafran.

"Baik jadi kamu berenam perlu melangkah mengikut kiraan 1234 faham!" Ujar Mustaqeem dia diarah untuk mengajarkan mereka cara sebenar sewaktu upacara pedang ini.

"Baik tuan!" Serentak kami semua berkata.

Dengan mengikuti kata-kata Mustaqeem mereka berenam dengan jayanya berhasil melakukan upacara pedang ini dengan sempurna.

Habis sahaja praktis Damia dan Ayu menuju rumah Zafran bagi melihat Zulaikha dan Aina yang sedang memakai inai itu.

"Walawei kawan aku yang sorang ni dah nak kahwin nanti kalau nak pergi ride dah tak boleh bawak kau selalu" Damia tersenyum pahit dia merasa agak sunyi nanti nya kerana sorang dari mereka sudah pun berada di alam perkahwinan.

Walaupun dia tahu bagaimana sekalipun semua di antara mereka akan berkahwin.

"Ala.. kenapa kau sedih-sedih ni aku tetap akan ada dengan kau orang okey" ujar Aina cuba memberi semangat apabila melihat wajah monyok dari kawan-kawan nya itu.

Tapi di sebalik wajah monyok mereka mereka berasa gembira kerana kawan mereka yang dulu nya sangat lah manja dengan mereka telah menjadi seorang yang berjaya dan lebih matang sekarang.

'Aku harap kita masih boleh bersama lagi Aina walaupun kita dah lain situasi kau ada hati yang perlu dijaga sementara aku masih menanti si dia' bisik hati Zulaikha sambil tersenyum kecil.
Setelah beberapa minit mereka berdua termenung mereka dikejutkan dengan Aina yang menyedarkan mereka.

"Hey! Apa termenung ni ganti Dania ke apa?" Kata Aina pelik sungguh dia melihat kawan nya itu.

Namun mereka masih sahaja tersenyum jarang melihat perangai kedua orang ini seperti orang yang agak mabuk pun ada.

"Astaghfirullahalazim kau orang ni dah kenapa" ujar Ayu pula.

"Hm.. tak ada-ada cuma ada lah sedih sikit-sikit aku masih single" ucap Zulaikha pula berkata dia sememang nya memang sedih untuk melepaskan cat yang selalu bergaduh dengan nya itu.

Mereka semua tersenyum kecut apa yang Zulaikha katakan adalah perkara yang sebenar.

'Zu, Damia, Ayu dan kawan-kawan yang lain aku rasa bersalah pula bila nanti tak dapat nak selalu lepak dengan kau orang aku pasti yang aku akan rindu kebersamaan kita' bisik hati Aina.

Dia berfikir panjang sebelum dia membuat keputusan untuk berkahwin maka dengan ini sudah pasti nya dia menerima kenyataan jika tiada lagi hidup nya yang agak bebas.

"Dah.. jangan sedih-sedih kita kena happy sebab orang yang selalu kita buat dia jadi princess akan melangsungkan hari bahagia dia jadi jangan buat dia nangis budak ni hati tisu" ujar Zulaikha sambil tertawa kecil.

Begitu juga dengan Ayu dan Damia mereka ikut tertawa bersama Zulaikha.

Aina pula yang memandang kawan-kawan nya itu dengan senyuman di bibir nya.

____

Di pagi hari nya lagi Aina, Damia, Zulaikha dan Ayu sudah bangun untuk bersiap sedia bagi akad nikah yang akan berlangsung di masjid yang berdekatan di rumah Zafran.

Damia dan Ayu di pagi hari ini memakai baju kurung manakala petang nanti baju mereka akan ditukarkan kepada baju istiadat.

Manakala Zafran dia sememangnya sudah pun berada di masjid untuk melafazkan akad nikah.

Kawan-kawan Aina menunggu nya di luar rumah untuk menuju ke masjid nanti.

Sedangkan Aina dia dipakaikan makeup berasa sangat gugup pada hari ini.

"Hey.. Aina jangan lah gugup sangat kau kena chill sikit" ujar Zulaikha yang baru masuk ke bilik itu.

Aina tersenyum lebar kepada Zulaikha yang masuk bersama Damia.

"Dah siap ke?" Tanya Damia apabila melihat juruhias itu ingin keluar.

"Dah siap dah" balas nya pula.

Aina keluar dari bilik diikuti oleh Damia dan Zulaikha yang berada disebelah nya.

Enjin kereta juga sudah dipanaskan oleh Ayu sebentar tadi.

Mereka memasuki kereta untuk ke masjid secepat yang mungkin kerana akad nikah akan bermula.

Tiba sahaja disana mama Zafran sudah menunggu kedatangan kami berempat manakala kawan-kawan kami yang lain hanya hadir sewaktu petang nanti.

Masuk sahaja di dalam masjid kami disambut dengan pandangan dari semua ahli keluarga Aina dan juga Zafran.

"Tengku Ammar Zafran bin Tengku Ahmad Zaquan" akad nikah mereka dimulakan.

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Putri Nuraina Batrisya binti Rosdi dengan mas kahwin nya sebanyak 30 ribu ringgit dibayar tunai" Zafran pun mula menjawab nya.

"Aku terima nikahnya Putri Nuraina Batrisya binti Rosdi dengan mas kahwin nya sebanyak 30 ribu ringgit tunai" balas Zafran dengan lancar nya.

"Sah?"

"Sah" serentak para saksi berkata.

Mereka semua menadah tangan bagi mengaminkan doa.

Sekarang tiba lah masa nya untuk sesi pembatalan air wuduk.

Aina yang berada di dekat rakan-rakan yang itu dihampiri oleh Zafran.

Sedangkan Damia, Ayu dan Zulaikha memberikan ruang kepada mereka berdua.

Cincin bercorak berlian itu disarungkan di jari manis Aina begitu juga dengan Zafran cuma beza nya cincin yang berada di jari Zafran bukan lah berlian.

"Salam lah suami kamu tu" ujar ibu Aina memberi tahu dengan kekok tangan Zafran diambil lalu dicium sebentar.

Di sisi Damia dan Ayu mereka hanya tersenyum manakala Zulaikha mereka tidak tahu apa yang sedih sehingga kawan nya itu menangis.

"Eh.. kenapa kau pula yang nangis ni?" Pelik Damia sambil bertanya kepada Zulaikha.

Bukan nya mendapat jawapan malah makin kuat tangisan Zulaikha.

Disitu Ayu dan Damia sudah mulai pasrah untuk meredakan tangisan Zulaikha itu.

Aina yang perasan akan hal itu pun meminta diri untuk melihat kawan nya yang sedang menangis itu jika tadi hanya seorang yang menangis sekarang ketiga-tiga manusia itu sudah pun dibanjiri air mata.

"Astaghfirullahalazim.. dah kenapa ni menangis beramai-ramai?" Tanah Aina.

"Kau dah kahwin dulu kata nak single sama-sama" ujar Ayu yang masih sahaja menangis itu dia tiada niat untuk menghentikan tangisannya.

Sehinggalah Aina dibuat pening dengan kawan-kawan nya yang tidak berhenti nangis sehingga mata dan hidung mereka sudah pun merah.

"Carino kenapa dia orang menangis ni?" Tanya Zafran pula yang datang sambil memeluk Aina dari tepi.

Terdiam mereka apabila melihat Zafran yang memeluk Aina tanpa rasa bersalah itu.

Zafran yang dilihat tajam itu makin suka untuk menyakat ketiga anak buah nya.

"Dah la aku majuk dengan kau!" serentak ketiga orang ini berkata membuatkan Aina pelik.

Namun bila difikirkan semula difaham kenalan dengan mereka.

"Ehh.." serba salah Aina disitu kerana Zafran membuatkan kawan-kawan nya cemburu seketika.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now