BAB 33

15 4 0
                                    

Zafran tersenyum dia sudah agak bahawa mestilah tunang nya ini akan terkejut dengan kehadiran nya yang sangat lah tiba-tiba.

"Ehm... Awak buat apa dekat sini saya dah nak mula shif ni?" Ujar Aina dia menyoal lalu memberitahu Zafran.

"Saya saje datang nak tengok Carino saya ni kerja macam mana okay ke tak itu je" Zafran beralasan padahal dia memberitahu mama nya dia ingin berjumpa dengan Aina kerana rindu.

Aina tersenyum dia hanya menerima kehadiran Zafran disini lagipun dia bukan nya boleh menghalang kerana hospital ini adalah milik Zafran.

"Baiklah kalau macam tu saya pergi buat kerja saya dulu awak suka hati lah nak ikut ke nak duduk sini saya tak kesah" ucap Aina dia baru sahaja hendak melangkah keluar Zafran sudah terlebih dahulu menjerit.

"Nak ikut!"

Mereka berjalan beriringan membuatkan sesiapa sahaja cemburu dengan kedekatan Aina bersama pemilik hospital ni.

Siapa je yang tidak kenal Tengku Ammar Zafran alias pemilik hospital ni dan juga seorang tentera yang sangat bertanggungjawab dia juga tegas apabila dengan anak-anak buahnya.

"Kenapa awak serius sangat cuba senyum sikit" kata Zafran dia merasa kurang bahagia jika tidak melihat senyuman tunang nya itu.

Dengan cepat Aina melakarkan senyuman.

Zafran juga tersenyum kecil membuat orang di sekeliling nya tersenyum bahagia kerana tidak pernah dibuat Zafran senyum di depan orang lain.

"Cover balik senyum" ujar Aina dengan nada cemburu melihat para-para wanita melihat tunang nya dengan penuh minat.

Terus terpadam senyum Zafran dia faham bahawa mood Aina bertukar menjadi singa sementara.

"Apa-apapun saya nak tanya Damia, Zulaikha, Ayu dan Dania dah balik ke?" Tanya Aina sambil berjalan ke arah wad VVIP disini.

"Hm.. belum tapi dia orang dalam perjalanan mungkin dalam pukul 10 malam sampai lah" balas Zafran di hanya mengikut perkiraan nya sahaja.

"Oo.. okay awak tunggu sini saya pergi masuk dahulu" ucap Aina dia hanya masuk untuk memeriksa keadaan seorang ayah kepada CEO kedua terbesar di negara ini.

"Assalamualaikum Dato' " ucap Aina memberi salam.

"Waalaikumussalam kamu sihat Aina?" Tanya Dato' Othman.

"Saya sihat je Dato' ni ha Dato' apa khabar ada rasa sakit lagi selepas buat pembedahan jantung hari tu?" Aina pula menyoal Dato' Othman.

"Rasa okay dah Aina dah rasa boleh balik" balas Dato' Othman.

"Baiklah kalau macam tu apa nanti just bagitahu je dekat nurse dia yang akan settle kan semua nya" ujar Aina dengan ramah.

Sewaktu diri nya hendak keluar muncul lah seorang pemuda yang boleh dikatakan sebaya dengan Zafran itu masuk ke dalam wad.

"Assalamualaikum ayah" ujar pemuda itu.

"Waalaikumussalam" serentak aku dan Dato' Othman berkata.

"Ha.. Aina ni lah anak tunggal saya Ariz Zidan" ucap Dato' Othman memperkenalkan anak nya.

"Ariz Zidan" kata Ariz.

"Aina" ringkas sahaja perkenalan itu Aina terus mengambil langkah untuk keluar dari situ.

'Menarik' batin Ariz berkata.

Melihat anak nya tersenyum seorang diri membuatkan dia pelik.

"Ariz apa yang kamu tenung pintu tu?" Tanya Dato' Othman pelik.

"Tak ada apa-apa yah ini ayah ada nak kirim apa-apa sebab Ariz nak pergi makan kejap" balas Ariz kepada bapanya.

Dato' Othman hanya mengangguk dia juga berpesan bahawa dia tidak ingin apa-apa.

Aina yang baru sahaja keluar itu melihat Zafran sedang duduk dengan telefon ditangan.

"Lama ke tunggu?" Tanya Aina apabila melihat Zafran yang agak sibuk itu.

"Tak ada lah lama sangat cuma balas mesej kawan yang tak reti bahasa ni je ha" ujar Zafran sambil menayangkan mesej nya bersama Ikmal.

"Haih.. awak ni kawan tu cuma nak tanya pasal Zulaikha je pun apa yang stress sangat" ucap Aina pula tanpa menyedari apa yang berlaku sebenarnya.

"Awak serius ni okey kawa-" belum sempat lagi Zafran menghabiskan kata-katanya terus sahaja dipotong oleh Aina.

"Ha! Ikmal tanya pasal Zulaikha awak biar betul ni" kata Aina dia agak tidak percaya bahawa Ikmal menanyakan khabar kawan nya yang berasa di kapal terbang untuk kembali ke sini itu.

Akibat terlalu kuat Zafran menutup telinga apabila mendengar suara Aina.

"Carino bawak bertenang ye boleh pekak telinga saya lama-lama" ucap Zafran menenangkan Aina.

"Dah la jom balik bilik kerja saya lagipun melawat pesakit ni hanya satu je nanti untuk pesakit biasa pukul 10 baru check" ujar Aina dia mengajak Zafran untuk melepak di bilik kerja sahaja kerana sememang nya mereka tidak boleh daripada hospital buat masa sekarang.

Zafran mengangguk dia hanya setuju sahaja dengan apa yang dicadangkan.

Sambil berjalan sambil itu juga mereka bercerita tentang perkara yang hanya ingin dikeluarkan dan yang pasti nya pelbagai cerita yang diceritakan oleh Aina kepada Zafran.

"Aina!" Panggil Amni dari belakang.

"Ye kenapa?" Tanya Aina kepadanya.

"Aku nak bagitahu yang tadi aku diberitahu oleh ketua pembedahan bagitahu yang pasukan beta yang diketuai oleh Mustaqeem akan tiba lebih awal" ujar Amni memberitahu.

"Kalau macam tu pukul berapa dia orang sampai?" Tanya Aina lagi.

"Dalam pukul 5 atau 6 petang" balas Amni.

"Okay.. nanti jumpa dekat sana" ucap Aina dia menyambung perjalanan nya dengan Zafran untuk ke bilik kerja nya.

Sementara menunggu pukul 10 mereka berdua hanya lah berbincang sedikit berkaitan dengan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung di dewan yang berdekatan dengan rumah Zafran.

Manakala nanti nya mereka tinggal ke sana pada malam hari untuk berinai begitu juga dengan kawan-kawan Aina dan Zafran yang lain.

Katanya mereka semua akan berada disitu dan malah dialu-alukan oleh mama Zafran.

Sembang punya sembang jam pukul sudah hampir dengan 10 pagi mereka berdua akhirnya berpisah sementara kerana pekerjaan yang harus diselesaikan.

Zafran akan ke pangkalan sementara Aina akan melanjutkan kerja nya.

"Nanti habis shif pukul 11 kan saya akan ambil awak dekat sini tau jadi tunggulah ye" pesan Zafran dia melambaikan tangan nya sebagai tanda perpisahan sementara mereka.

Aina yang berjalan hendak ke wad pesakit nya itu dipanggil oleh Ariz anak kepada Dato' Othman tadi.

"Ehm.. Aina tunggu sekejap" kata Ariz.

"Ye kenapa saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan" jawab Aina pula memberitahu bahawa dia perlu pergi.

"Nanti kalau ada masa boleh kita berjumpa?" Tanya Ariz memohon.

"Boleh dan inshaallah atas izin Allah kalau macam tu saya pergi dulu ye" ujar Aina dia hanya tersenyum tipis dan menjaga pandangan nya dari pada lelaki ini dia tidak mahu timbul pada masa akan datang.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now