Asyraf yang sudah mendapatkan pas masuk itu terus mencari abang nya untuk dia marah kerana geram dengan sifat abang nya itu.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!" Ujar Asyraf dengan agak lantang apabila melihat kelibat abang nya yang sedang bersantai bersama pujaan hati nya.
"Waalaikumussalam" ucap Zafran sambil menoleh.
Alangkah terkejut Zafran apabila melihat adik nya sudah pun terpacak di depan nya sekarang ini.
"Kau buat apa dekat sini dik? Bukan ke tadi kemain suruh aku hantar dekat mixue?" pelbagai soalan yang Zafran tanyakan kepada Asyraf.
Namun tanpa disedari oleh Zafran adik nya sudah merasa geram dengan tindakan nya sebentar sahaja tadi.
"Kau tau betapa geram nya aku bila kau tinggal kan aku tak bagi aku masuk untuk ambil aku punya bag memang kalau boleh membunuh dah lama kau mati bang!" tegas sahaja Asyraf berkata.
Mati kata seketika Zafran dibuatnya Aina pula hanya melihat pergaduhan mereka berdua tanpa ada niat untuk meleraikan.
"Carino help me" bisik Zafran kepada nya.
"Haih.. kau orang okay sekarang ni untuk menentukan kesalahan siapa kau orang boleh duduk jadi izin kan saya bertanya siapa yang cari masalah dahulu?" ujar Aina cuba untuk menyelesaikan masalah kedua beradik ini.
"Dia!" Serentak mereka berkata.
Aina menepuk pelan dahi nya dia rasa salah soalan yang diberi kepada mereka.
"Baik salah soalan kalau macam tu cuba cerita apa yang berlaku dan mengapa ianya berlaku tapi jangan cerita yang kes mixue tu kes dari rumah tadi" ucap Aina lagi.
"Tadi saya nak pergi keluar tapi budak ni ha yang kemain nak ikut disebabkan mama kata bawak je saya bawak lah tapi dia banyak ragam nak singgah mixue lah apa lah mana tak tinggal je dekat situ kalau pasal bagi dia tu mana lah saya tau dia tinggal bag dia dekat dalam kereta" panjang Zafran bercerita kepada Aina.
Asyraf pula dari tadi dia hanya merenung tajam abang nya kerana sakit hati yang tidak pernah habis.
"Okay.. Asyraf pula cerita" ucap Aina menyuruh Asyraf bercerita.
"Memang lah saya nak ikut dia tapi waktu dekat kereta tu dia yang baran sangat macam singa agaknya lah kan entah berapa sudah anak buah dia kena bebel dengan mamat ni!" ujar Asyraf dia bukan lagi bercerita namun lebih kepada melepaskan marah nya.
"Okay... Disebabkan hari ni adalah hari bahagia jadi kau orang tak boleh gaduh-gaduh so jom lah kita pergi makan dan pergi shopping bertiga" Aina membuat keputusan untuk tidak memperbesarkan masalah ini.
"Ala.." Zafran pula terlihat tidak bersemangat kerana tidak dapat berdua-duaan dengan Aina pada hari ini kerana adik nya yang menjadi orang tengah di antara mereka berdua.
Manakala Asyraf ditepinya tersenyum bahagia kerana rancangan nya berhasil untuk menganggu ketenangan abang nya itu.
'Kau tunggu balik karang dik memang aku report dekat mama sebab kacau spend time aku dengan Aina' bisik hati Zafran.
Pergaduhan seperti ini sudah selalu berlaku di antara Zafran dan juga Asyraf mereka berdua bergaduh bagaimana sekalipun nanti berbaik juga.
Wajah muram Zafran itu diganti dengan senyuman apabila mendapat idea untuk membuat adik nya merasa terganggu nanti.
"Dah jom kita gerak sekarang" ajak Aina dia merasa teruja untuk menghabiskan cuti kerja nya.
Zafran mengangguk dia mengikuti Aina dari belakang dan disusuli oleh Asyraf.
____
Milan, Itali...
Terlihat ketiga sekawan disitu sedang duduk dengan nafas yang tidak teratur mereka seperti baru sahaja marathon dari tingkat 1 ke tingkat 5.
"Kau orang ni dah kenapa penat semacam je aku tengok" pelik Damia.
"Kena kejar dengan singa jantan" kata Dania sambil meneguk air mineral.
"Maksud?" Tanya Damia dia tidak faham dengan apa yang cuba untuk disampaikan.
"Mus kejar kita orang" balas Ayu pula.
"Cuba cerita apa yang membuatkan kau orang kena kejar dengan dia?" Lagi sekali Damia menyoal.
"Kejap biar aku minum air dan ceritakan segalanya" ujar Zulaikha sambil mengambil air yang berada di telapak tangan ayu.
Flashback..
Sewaktu Ayu, Dania dan Zulaikha bersiar-siar di taman hiburan yang berdekatan dengan hospital.
Mereka bertiga melihat Mustaqeem dan juga Mursyidah yang sedang berjalan berdua-duaan seperti pasangan itu membuatkan mereka curiga.
"Wey jom ikut dia orang" ajak Zulaikha.
Mereka berdua mengangguk.
Ternyata betul sangkaan mereka bertiga Mustaqeem dan Mursyidah sudah mulai rapat dan mungkin akan bertunang dalam masa terdekat selepas pulang dari Itali.
"Awak betul ni nak masuk meminang lepas balik dari Itali?" Tanya Mursyidah kepada Mustaqeem.
"Of course apa je yang saya takkan buat demi cinta hati saya yang sorang ni" ujar Mustaqeem.
"Ha!" Akibat Ayu dan Zulaikha terjerit mendengar pertuturan itu membuatkan mereka kantoi.
Dan terjadi lah aksi kejar-mengejar disitu.
End flashback..
"Oo macam tu tapi kan bagus jugak kau orang dengar baru tau info terkini" gelak Damia apabila mendengar cerita daripada Zulaikha itu.
"Haih.. kau tau aku ni punya lah tak sangka yang dia orang akan bersama sebab haritu si Mus tu kena reject tau" ujar Zulaikha dengan serius.
"Ha!.. kau biar betik Zuu si Mus tu kena reject" lagi kuat Ayu ketawa mendengar Mustaqeem yang ramai peminat itu di reject secara depan-depan.
Dania pun ikut tergelak disitu.
Agak lama kami bersembang muncul lah seorang doktor yang datang untuk menanyakan khabar Damia dan dia juga memberitahu bahawa Damia sudah pun diperbolehkan pulang.
Tetapi balutan di kepala mesti dia pakai selepas luka itu membaik baru lah boleh membuka nya.
"Yeay dah boleh balik Malaysia!" Serentak Ayu dan Zulaikha menjerit bahagia.
"Aik? Asal kau orang berdua ni excited sangat aku tengok Dania tenang je kau orang tunggu crush eh" Damia menyakat Ayu dan Zulaikha membuat mereka terdiam seribu bahasa.
"Sah budak dua ekor ni ada someone tunggu kome aku report dekat Danisha!" Dania menambah perencah membuat mereka ketakutan seketika.
"E-ehm.. mana ada" tergagap Ayu untuk menjelaskan.
"Dah lah Dania kita je yang available sekarang member kita dah berpunya" semakin suka lah Dania dan Damia menyakat mereka.
Untuk melarikan diri mereka meminta izin untuk keluar katanya ingin membeli makanan walaupun ye ke tidak balik dengan makanan.
"Hahaha.. lawak betul dia orang ni tapi tak kita kena siasat siapa lah orang yang beruntung dapat kan hati si beruk dua ekor tu" ujar Dania.
Mereka berdua sangat pasti yang kedua-dua kawan nya itu sudah memiliki seseorang yang mereka cintai.

ANDA SEDANG MEMBACA
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...