BAB 35

14 4 0
                                    

Asyraf yang baru sahaja balik dari pangkalan untuk memohon cuti itu terus dipanggil mama nya untuk mengejutkan abang nya yang seorang manakala mama akan mengejutkan tunang abang nya itu.

"Woi! Assalamualaikum bang bangun dah petang ni pergi solat zohor lepas tu turun!" Jerit Asyraf dari luar bilik sehingga dapat didengari oleh mama nya.

"Ya Allah.. kamu ni Asyraf Tufail kejut abang kamu tu jangan lah dekat depan pintu tapi masuk lah bilik tu orang dok ramai kat rumah dok tunjuk pula perangai tak semengah tu" lembut sahaja teguran yang diberi oleh mama namun teguran itu penuh dengan maksud.

Mendengar itu Asyraf menggaru kepala nya dia malas hendak masuk kerana ingin berehat.

Dengan terpaksa dia masuk juga ke dalam bilik abang nya terlihatlah abang nya sedang tidur dengan lena nya tanpa terganggu walaupun dia sudah menjerit tadi sebelum masuk.

"Agak-agak lah kan bang apa yang kau mimpi kan sampai aku jerit pun kau tak bangun haih.." mengeluh Asyraf disitu.

"Yang kau mengumpat depan-depan ni dah kenapa?" Tanya Zafran sebenarnya dia sudah pun bangun namun sahaja ingin menyakat adik nya itu.

"Astaghfirullahalazim" beristighfar Asyraf seketika apabila melihat abang nya sudah pun terpacak di depan nya sekarang.

"Nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak dah mati aku dekat sini tau tak!" geram Asyraf dia merasa agak terkejut dengan tingkah abang nya yang agak special hari ni.

"Dah pergi mandi lepastu jemput lah anak buah anda dia airport ye" ujar Asyraf lalu pergi ke bilik nya.

Zafran hanya mengangguk dia hanya diam malas nak bercakap dengan adik nya itu.

____

Pasukan beta pula sekarang mereka sedang lena di dalam mimpi masing-masing belum menyedarkan diri kerana masih ada satu jam untuk mereka sampai di Malaysia.

Lagi pula Damia, Ayu dan Zulaikha akan bertambah sibuk dengan urusan mereka sewaktu majlis perkahwinan Aina.

Ayu dan Damia yang akan mengisi tempat di upacara pedang manakala Zulaikha yang akan menjadi pengapit Aina.

Semua yang terlihat agak lena tapi sebalik nya Aisar masih tidak boleh tidur dengan tenang kerana keberadaan Farris di Malaysia tidak dapat dilacak oleh pasukan IT TDM.

'Farris kau menyorok dekat mana?' soal Aisar di dalam hati kepada sendiri.

"Eh.. Aisar kau tak tidur lagi?" Tanya Azmi yang sebilik dengan Aisar itu.

"Aku tak boleh lena" balas Aisar.

"Hmm.. cuba kau cerita apa masalah" Azmi cuba untuk membuat Aisar membuka cerita.

"Farris.. dia tak dapat dikesan oleh pasukan IT kita aku risau kalau dia buat perkara yang dekat untuk cederakan anggota kita" Akhirnya Aisar membuka cerita tentang apa yang membuatkan dia menjadi resah dan risau dalam keadaan yang sama.

Azmi yang mendengar itu turut merasa risau dengan keadaan keluarga nya dan rakan-rakan nya di Malaysia.

Mereka berdua merasa bersalah kerana terpaksa melibatkan rakan-rakan nya kerana tidak dapat menangkap Farris terlebih dahulu.

"Tak apa lah yang penting kita kena berehat nanti lagi 30 minit kita akan mendarat jadi rehat lah dahulu" ujar Azmi memberi cadangan.

Mereka pun memilih untuk melelapkan mata seketika walaupun hati mereka tidak dapat tenang.

____

Aina dan Zafran keluar serentak dari bilik mereka yang membuatkan mereka memutuskan untuk berjalan keluar bersama-sama untuk menyambut kepulangan pasukan beta.

"Ha.. turun pun ni ha Zaf, Aina kawan-kawan kamu semua dah tunggu dah nak pergi ambik kawa kome yang dekat airport tu" ucap mama memberitahu mama terus pergi untuk menyambung kerja nya.

Kami berdua mengangguk.

Keluar sahaja ke depan rumah terlihat lah sebanyak 2 buah kereta Alphard dan 2 buah kereta Vellfire.

"Kau orang ni dah kenapa banyak-banyak kereta?" Pelik Aina bertanya.

"Untuk sambut kepulangan pasukan beta la" balas Ikmal sambil tersenyum gembira.

Aina mengangguk.

Zafran dan Aina menaiki kereta BMW M3 milik Zafran manakala yang lain menaiki kereta Alphard bersama 4 orang pemandu peribadi yang dikirimkan oleh Aisar.

"Baik.. jom kita gerak sekarang" ujar Zafran sambil membaca doa sebelum memulakan perjalanan mereka.

Aina mengangguk perlahan-lahan kelima buah kereta itu menjauh dari perkarangan rumah Zafran.

Tiba sahaja disana mereka dikhabarkan bahawa kapal terbang itu baru sahaja turun ke darat dengan itu mereka dengan mudah nya boleh masuk lapangan entah siapa yang buat Zafran juga tidak tahu.

Sewaktu menunggu terlihatlah dua orang jejaka muncul dari arah belakang mereka.

Dia adalah Fadlan Dziyad dan juga Aathif Rafael sepupu kepada Zulaikha namun tiada siapa yang mengenal mereka berdua kerana Zulaikha juga tidak pernah cerita bahawa dia mempunyai sepupu dari Itali yang akan menetap di Malaysia.

"Kau orang siapa?" Tanya Adip yang melihat kedua jejaka itu.

"Kita orang nanti kau orang akan tahu" balas Rafael dengan selamba nya sedangkan Fadlan dia sememang nya jarang bercakap apatah lagi senyum.

Pasukan beta yang baru sahaja turun itu disambut baik oleh rakan-rakan mereka namun mereka pelik dengan kehadiran 5 orang yang tidak mereka kenali.

"Hai kau orang!" Jerit Ayu apabila turun dari kapal terbang itu.

"By the way aku perkenalkan ini adalah Aisar ketua kami semua" Ayu memperkenalkan Aisar kepada mereka semua.

Mereka mengangguk.

"Eh.. Fael, Fad kau orang buat apa dekat sini?" Tanya Zulaikha pula.

"Ehm.. datang untuk ambil kau balik" balas Fadlan.

"Zu, Damia terang kan siapa dia orang bertiga ni!" entah kenapa Ikmal dan Afifitri yang berada disitu berasa geram melihat orang yang dicintai nya bersama jejaka lain.

"Ehm.." belum menjawab apa-apa lagi Aisar, Fadlan dan juga Rafael sudah menatap tajam kepada Afifitri dan Ikmal yang sudah meninggikan suara kepada sepupu mereka.

"Kau siapa nak tinggikan suara depan princess kira orang!" balas Fadlan tidak kalah garang.

Terdiam mereka apabila mengingat mereka telah memarahi gadis nya yang membuatkan mereka serba salah.

"Hei.. stop bergaduh biar kita orang yang jelas kan ketiga-tiga jejaka yang kau orang semua tengok ni adalah sepupu kita orang atau lebih tepat nya sepupu jarak jauh" jelas Damia kepada mereka semua.

Akhirnya Afifitri dan Ikmal pun meminta maaf kepada Fadlan, Aisar, Rafael, Damia dan Zulaikha kerana telah memarahi mereka sebentar tadi.

Sepupu Damia dan Zulaikha yang faham kenapa Ikmal dan Afifitri marah marah itu pun tersenyum sendiri.

Hanya dengan lebih sedikit mereka dapat tahu bahawa Afifitri dan Ikmal menyukai sepupunya.

"Dah jom kita gerak balik disebabkan aku rindu dengan dog dan orang tengah aku ni jom kita satu kereta" ujar Aina membuatkan Damia dan Zulaikha pasrah untuk menjadi nyamuk disitu.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now