BAB 30

137 8 0
                                        

Dania pula dia ingin meleraikan perbalahan mulut mereka namun di penat untuk menghadapi nya.

Damia pula dia entah dapat daripada mana popcorn untuk dia kunyah sewaktu melihat kawan-kawan nya berdebat mulut.

"Lek lah aku nak makan so shut up!" ucap Ayu dia merasa agak marah apabila masa makan nya diganggu.

"Nate mu!" tegas Zulaikha berkata.

Akhirnya selepas beberapa minit bergaduh mereka bertenang juga.

Dania mengurut dahi nya pelan dia merasa agak serabut jugak apabila kawan nya ini tidak tahu tempat nak bergaduh.

Mereka pun makan tanpa ada nya percakapan sebelum mereka kena marah baik diam kan diri dahulu.

Malam itu hanya berakhir dengan kesunyian.

Di sisi Mursyidah dan Mustaqeem mereka berdua memutuskan untuk keluar berdua pada hari esok katanya ingin merapatkan hubungan yang tidak pasti.

Seorang perempuan yang masih lena di alam mimpi itu dikejutkan oleh kawan nya agar mahu menunaikan solat bersama nya.

"Wey Damia, Zulaikha bangun jom solat sama-sama" ajak Ayu kepada kami berdua yang sedang lena itu.

"Aku haid sorry" ujar Damia yang masih separuh sedar itu.

Manakala Dania dia baru sahaja keluar dari bilik air dengan rambut yang masih lagi basah.

Zulaikha pula tidur seperti orang mati bila dikejut bukannya bangun malah makin lena tidurnya.

"Tak bangun lagi ke dia orang?" Tanya Dania.

"Damia cuti Zu tu pula dah innalillah kot orang kejut dia tak sedar apa" geram Ayu apabila mengingat Zulaikha yang tidak bangun-bangun.

Lama Dania berfikir akhirnya otak mereka mendapat kan cara.

"Aku ada idea!" ucap Ayu dia seperti sangat bersemangat untuk mengerjakan idea nya ini.

Dia mendekatkan ke arah Dania lalu membisikkan sesuatu kepada Dania.

"Okey aku setuju"

Zulaikha yang masih lagi tertidur tanpa dia sedari dari tadi lagi Dania dan Ayu berada di depan nya untuk memastikan dia betul-betul tidur mati.

"Satu.. dua.. tiga!" Ayu mengira baldi yang terisi dengan tepung itu dituang ke arah Zulaikha yang membuatkan dia terbatuk-batuk.

"Sape pula yang bagi aku makan tepung pagi-pagi ni" ujar Zulaikha dia terlihat agak marah akan perkara itu.

"Oi.. bangun mandi lepas tu pergi solat subuh" arah Dania.

Manakala Zulaikha dia hanya menurut lagipun memang dia harus mandi kalau tidak memang putih la satu badan nya.

"Astaghfirullahalazim aku nak tanya kau orang tak ada ke idea lain selain tepung sudah la susah nak hilang bila kena rambut aku ni" membebel Zulaikha apabila keluar dari bilik air sedang kan pelaku utama hanya ketawa melihat rambut Zulaikha yang masih ada sedikit tepung di rambutnya.

"Hahaha.. sorry lah dah kau tak nak bangun memang aku tak lah nak bagi air aku bagi tepung je terus" kata Ayu Dania yang di sebelah nya pula dia seperti ingin ketawa berguling-guling disitu.

____

Malaysia..

"Mama Zaf pergi ambil Aina dulu tau kita orang nak pergi aquarium kejap" ujar Zafran sambil mengambil kunci kereta nya.

"Zafran! Tunggu aku nak ikut kau kena bawak aku kalau tidak nanti syaitan yang jadi orang ketiga aku jadi orang ketiga tak apa" ucap Asyraf pula yang entah muncul dari mana.

"Haih.. kau ni kan asyik ganggu aku je bila nak keluar berdua dengan tunang aku kau jealous ke apa?" Pelik Zafran dia sudah masak dengan perangai adik nya itu yang suka mengikuti nya jika ingin keluar bersama Aina.

Orang yang dikatakan itu hanya tersengih dia masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa.

Zafran hanya redha sahaja apabila diganggu dia sudah penat untuk ceramah adik nya itu.

"Nanti kan kau bawak aku gi mixue lah aku nak pergi lepak situ dengan member" senang sahaja Asyraf membuat abang nya seperti kuli.

Sebelum menghantar Asyraf dia terlebih dahulu mengambil Aina di rumahnya untuk menunaikan janji nya hari itu.

Mereka bertiga hanya duduk dengan senyap di dalam kereta di temani oleh radio fm.

Setibanya di mixue Zafran terus menghalau adik nya keluar dari kereta.

"Dah pergi nanti pandai-pandai lah kau balik naik grab!" ucap Zafran dengan tegas dia terus meninggal kan Asyraf di situ.

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Aina.

"Nanti awak akan tahu" Zafran hanya tersenyum sewaktu menjawab soalan dari Aina.

Dia tidak memberitahu Aina bahawa mereka akan pergi ke aquarium kerana dia hanya ingin surprise kan tunang nya.

"Sekarang awak tinggal tutup je mata tu" ujar Zafran.

"Macam mana saya nak jalan kalau tutup mata?" Tanya Aina pula.

"Ehm.. nanti kita guna lah handbag untuk saya bawak awak" balas Zafran sambil mengambil handbag Aina.

Aina hanya mengangguk dia menuruti sahaja kain kecil diambil untuk menutup mata nya sebelum sampai disana.

Zafran sengaja parking kereta nya agak jauh dari aquarium agar tidak kantoi ke mana mereka pergi.

Dengan hati-hati Aina melangkah mengikuti Zafran ke tempat yang di tuju nya.

"Okay.. sekarang kita dah sampai awak dah boleh buka mata Carino" ucap Zafran dengan lembut.

Perlahan-lahan Aina menyesuaikan pandangan nya.

"Wah.. aquarium awak ajak saya keluar untuk ni lah?" Tanya Aina kembali.

"Yes carino" ujar Zafran.

Mereka berdua masuk ke dalam terlebih dahulu untuk mendapat pas masuk yang sudah ditempah oleh Zafran semalam.

Dengan perasaan bahagia Aina berjalan menjelajahi aquarium yang agak besar itu.

Zafran tersenyum lebar melihat orang yang dicintai nya bahagia dengan hadiah kecil yang diberi olehnya.

"Zaf jom kita bergambar dengan penguin tu lepas tu kita pergi cari penyu" kata Aina dengan semangat.

Zafran mengangguk dia hanya mengiakan semua permintaan yang dibuat oleh tunang nya itu.

"Disebabkan saya rasa hari ni hari special jadi awak boleh minta apa sahaja saya akan dapatkan tapi dengan satu syarat" ucap Zafran dia menggantungkan ayat membuat Aina menunggu nya.

"Syarat dia apa?" Tanya Aina sambil merenung ke arah Zafran.

"Syarat dia jangan minta saya beli bumi sudah" gurau Zafran membuatkan mereka berdua tertawa disitu.

"Takkan lah saya minta bumi kot awak ni pun biar la betul" ujar Aina dia masih lagi tertawa kecil.

Asyraf pula yang ditinggalkan sendiri itu pun memutuskan untuk membalas dendam dengan cara mengacau abang nya berdating.

'Disebabkan dia tinggal aku sorang-sorang aku pergi aquarium sekarang biar padan muka dia tak dapat berdua-duaan' bisik hati Asyraf yang geram dengan tindakan abang nya tadi.

Apabila teksi yang dipesan oleh nya telah tiba terus dia menyuruh pemandu itu untuk membawanya ke aquarium.

The First Loves Zafran Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang