Zafran dengan rasa tak bersalah nya membawa Aina balik ke rumah untuk menukar baju dahulu untuk persandingan mereka pula pada petang ini.
Di sisi Damia, Zulaikha dan Ayu mereka bertiga merasa geram dengan Zafran yang sengaja ingin menyakat mereka.
Semua orang memilih untuk balik lagi pun Zulaikha yang akan menjadi pengapit Aina manakala Ayu dan Damia akan berada majlis sebagai anggota yang membawa pedang.
"Dah jom balik aku dengan Ayu kena tukar baju istiadat kau pula Zuu pun kena tukar baju kan" ujar Damia mengajak kami berdua pulang.
Ayu dan Zulaikha mengangguk.
Mereka kembali dengan muka yang serius seperti melakukan misi seketika.
"Aik? Dah kenapa dia orang bertiga ni tadi kemain nangis sekarang ni dah serius mengalahkan awak dah" kata Aina.
Zafran yang namanya terselit pun tersedak mendengar.
"Eh.. mana ada ye" ucap Zafran tidak mengaku.
Aina dan Zafran memasuki bilik mereka untuk menukar baju sedang kan Damia dan Ayu mereka perlu berada di dewan yang disewa oleh keluarga Zafran untuk latihan kali terakhir.
Ayu yang memandu kereta itu sudah seperti orang gila mana tidak nya dia membawa kereta seperti ingin berlumba.
"Astaghfirullahalazim.. Ayu bertenang sikit bawa kereta ni!" Terjerit Damia apabila Ayu membuat drift disitu.
"Hehehehe.. sorry okey kita dah sampai jom turun" ajak Ayu tanpa memerhatikan muka Damia yang sudah pun pucat itu.
"Wey.. kau okay tak ni?" Tanya Ayu apabila perasan dengan perubahan muka Damia.
"Kau masih boleh tanya lagi aku okay ke tak mestilah aku tak okey!" Marah Damia akibat terlalu geram.
Ayu hanya tersengih tak bersalah atas perbuatan nya itu.
"Dah jom masuk nanti lambat pula" ujar Damia.
Kami pun masuk dengan ucapan salam terlihat lah beberapa anggota yang baru sahaja tiba.
"Okay.. disebabkan semua dah ada mari kita mulakan latihan" ucap Mustaqeem dengan tegas.
Mereka mengangguk masing-masing mengambil posisi yang telah diberikan.
Susun atur ini sudah pun disusun oleh Mustaqeem sejak semalam lagi.
"Perfectly!" Kata Mustaqeem sambil bertepuk tangan dengan bangga.
"Baik kamu semua boleh berehat di bilik yang berada di hujung dewan ni disitu ada aircond jadi boleh la kering kan peluh tu" pesan Mustaqeem.
Lagi-lagi kami semua hanya mengangguk.
Sedangkan pengantin yang baru sahaja selesai menyalin pakaian itu pun keluar dari bilik.
Disitu muncul sudah Zulaikha dan Ikmal yang memang ditetapkan sebagai pengapit mereka berdua.
"Nak gerak sekarang ke?" Tanya Ikmal kepada Zafran yang sedang memakai kasut boot nya itu.
"Belum lagi kita gerak pukul 12 sekarang baru pukul 11.30 pagi" balas Zafran dia bangun lalu berjalan ke arah Aina.
"Carino jom kita pergi ke luar dulu kita ambil angin sementara tunggu pukul 12" lembut sahaja tutur bicara nya kepada Aina.
Aina mengangguk sedang kan Zulaikha dan Ikmal terpaksa lah jadi nyamuk kepada orang yang sudah halal itu.
"Woi.. kawan-kawan ku sekalian saya tahu anda sudah halal tapi hormat sikit ye kepada yang masih single disini" sindir Zulaikha akibat tak sanggup untuk melihat kawan sendiri sweet-sweet depan mata.
"Yelah.. tapi ingat jangan kacau aku dekat rumah dalam masa seminggu ni!" Pesan Zafran kepada kami berdua.
"Kau ingat aku tak ada misi dekat pangkalan tu dengan kena buat laporan nye lah apa lah haih ini lah orang yang tak selalu pergi operasi luar kawasan!" Bidas Zulaikha pula sememangnya dia akan sibuk dengan pencarian Farris dan majlis kenaikan pangkat.
Damia juga begitu mereka berdua akan tiada buat beberapa waktu.
"Sudah jangan bergaduh bawak mengucap ye sekarang dah pukul 11.50 jadi jom lah kita gerak ke dewan ye" ujar Ikmal menghentikan mereka.
Aina dia hanya melihat malas masuk campur lah senang cerita.
Tiba sahaja di dewan serbaguna kami berempat disambut oleh 6 orang anggota tentera yang bertugas untuk upacara pedang.
Damia dan Ayu pula salah seorang daripada mereka berenam.
Satu demi satu anggota tentera masuk ke dalam dewan bagi pembukaan upacara pedang kali ini.
"Saya berdebar lah" bisik Aina kepada Zafran.
Zafran hanya tersenyum sambil mengeratkan lagi pegangan tangan nya kepada Aina.
"Hadirin dan hadirat sekalian saya mempersilakan pengantin perempuan dan juga pengantin lelaki untuk masuk ke dalam dewan bersama pengapit nya" ucap Fahim yang menjadi pengacara majlis.
Semua orang yang berada di dalam dewan bertepuk tangan sewaktu melihat upacara pedang dan kehadiran pengantin.
"Yow..! Member aku dah kahwin siot!" kata Luthfi tanpa rasa malu membuatkan Zafran merasa tidak ingin mengaku Luthfi adalah kawan nya.
Mereka semua tergelak melihat gelagat Luthfi yang seperti orang tiada urat malu.
Sedangkan orang yang diketawakan itu masih sahaja belum menyedari apa yang berlaku.
"Baiklah.. hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk menjamu selera" Fahim pun turun dari atas pentas untuk ke meja makan.
Aisar pula dia seperti orang gila apabila terlanggar Imani dan itu yang membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama.
"Lepas bagi hadiah kan aku ada hadiah terbaik punya" kata Luthfi lagi dia sememang nya seorang doktor perubatan tapi perangai nya tak ubah seperti kanak-kanak.
"Ehm.. kau orang aku nak pergi ambil makanan dulu tau" ujar Fahim sebenarnya dia ingin berjumpa Ayu untuk meminta nombor telefon Dania kerana dia tidak berani untuk meminta depan-depan.
"Ayu!" Panggil Fahim.
Ayu menoleh.
"Kau ada nombor Dania kan aku nak nombor dia" ujar Fahim tanpa ragu-ragu.
"Kau nak buat apa dengan nombor kawan aku?" Tanya Ayu dia tidak boleh memberikan nombor kawan nya dengan sengaja.
"Aku suka dia jadi aku nak cuba dekat dengan dia melalui whatsapp dulu" balas Fahim dengan ikhlas.
Ayu hanya mengangguk nombor Dania dia beri kepada Fahim.
Dia terus pergi untuk mengambil aiskrim.
Fahim tersenyum lebar untuk tidak membuatkan sesiapa sahaja curiga dia mengambil semangkuk bubur kacang.
"Kau dah balik baru aku nak suruh ambilkan ayam goreng" kata Aisar kepada nya.
"Tak ada pergi ambik sendiri!" Tegas sahaja Fahim berkata.
Tidak membantah dia berlalu pergi untuk mengambil ayam goreng.
Selesai makan Fahim kembali ke atas pentas untuk berucap kembali.
"Kali ini kita akan adakan sesi bergambar dan juga sesi pemberian hadiah jadi bermula dari keluarga pengantin lelaki sehingga lah keluarga pengantin perempuan dan akhir sekali barulah kawan-kawan mereka" ujar Fahim dia memberikan ruang kepada keluarga pengantin untuk mengambil gambar bersama.
"Dia orang sudah kau bila pula Amni?" Tanya Danisha kepada tuan punya badan.
"Ehm.. aku esok malam karang datang lah rumah aku kita orang buat akad nikah malam" balas Amni pula.
Kami semua hanya mengangguk dan semestinya akan hadir.

ANDA SEDANG MEMBACA
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...