BAB 34

102 6 0
                                        

Dia pergi begitu sahaja selepas meminta untuk mengundurkan diri nya dari situ.

'Aina nasib kau tundukkan pandangan kalau tak memang ghisau aku dengan mamat tu takkan lah dia tak tahu aku ni dah tunang terang lagi bersuluh dah bersarung cincin tangan aku ni!' bisik hati Aina dia agak pelik dengan Ariz itu.

Namun langkah nya tetap dia terus kan sambil memeriksa keadaan para-para pesakitnya.

Periksa punya periksa Jan pun sudah menunjukkan pukul 11.01 minit pagi.

Dia terus kembali ke bilik nya untuk pulang kerana sememangnya minggu ini shif nya adalah pagi dan hari juga hari terakhir dia bekerja sebelum bercuti untuk seminggu Amni juga begitu kerana majlis mereka hanya berbeza satu hari.

Zafran melambai-lambai kan tangan nya ke arah Aina agar Aina dapat melihat dia yang berasa di dekat kereta BMW nya itu.

Aina tersenyum lebar melihat wajah tunang nya yang bakal menjadi suami nya itu sangat bahagia.

"Dah lama tunggu?" Tanya Aina sambil mengerling sekilas ke arah jam tangan nya.

"Tak lama pun baru 5 minit" Zafran tersenyum entah kali berapa sudah dia tersenyum sendiri pada hari ini.

"Ehm.. Damia, Zulaikha, Ayu dan Dania dah sampai?" Tanya Aina lagi.

Mereka berdua memasuki kereta milik Zafran itu.

"Belum... Lagi beberapa jam sampai lah tu dan malam ni pun dia orang kena buat persiapan untuk upacara pedang" balas Zafran memberitahu.

"Dia orang mesti penat" ujar Aina kesian.

"Tak ada lah penat sangat dulu dia orang tu 3 hari tak tidur santai je esok nya" ucap Zafran pula dia membuka cerita tentang mereka bertiga.

Aina tergelak sendiri mendengar cerita dari Zafran dia jadi terbayang situasi kawan-kawan nya.

"Dah jom kita gerak ke rumah saya nanti awak jumpalah mama dengan abah dulu ibu dengan ayah awak dalam perjalanan katanya" ucap Zafran memberitahu.

Perjalanan mereka ke rumah Zafran hanya ditemani dengan muzik radio.

Tiba sahaja di rumah mereka berdua disambut baik oleh sedara-mara dan juga ibubapa mereka.

"Assalamualaikum" ujar Zafran dan Aina serentak.

"Waalaikumussalam ni pun dia bakal pengantin dah sampai" kata mak sedara Zafran.

Aina dan Zafran hanya tersenyum kekok apabila diusik begitu.

"Eh.. Zaf, Aina dah sampai rupanya jom lah masuk" ajak mama menyuruh kami untuk masuk.

Disitu terlihat lah semua keluarga Zafran sudah berkumpul walaupun masih ada yang dalam perjalanan ke sini

Maklum sedara mara pun sampai 4 negara datang semata-mata nak melihat Zafran berkahwin.

"Ini ke calon menantu kamu Zaf?" Tanya jiran sebelah rumah nya.

"Haah" singkat sahaja balasan Zafran sambil tersenyum tipis.

Jiran nya mengangguk.

Perkara yang membuatkan dia agak tidak suka dengan jirannya itu apabila dia ingin menjodohkan dia dengan anak bongsu yang pernah tersuka kepada dia sewaktu sekolah menengah dahulu.

"Dah.. kau orang pergi lah rehat dengan mandi dulu lagi pun acara berinai malam karang" ujar abah yang baru muncul dari arah dapur itu.

Mereka mengangguk Aina pergi ke bilik di sebelah Zafran manakala Zafran juga berada di bilik nya yang berada di sebelah Aina.

Dapat sahaja baju yang diberikan oleh mama Zafran Aina terus mandi dan menukar baju.

"Disebabkan masih belum waktu zohor aku nak tidur dulu lah ini pun baru pukul 12 tengahari" ucap Aina kepada dirinya sendiri.

Mereka berdua memilih tidur sementara menunggu petang lagipun petang ini juga mereka baru keluar kerana ingin mengambil Damia, Dania , Zulaikha dan Ayu.

____

Sedang kan di kapal terbang peribadi milik keluarga Aisar pula terlihat lah pasukan beta yang serius berbincang tentang kehilangan Farris ke Malaysia.

Perkara yang mereka risau akan terjadi di mana risau kalau orang terdekat mereka yang akan menjadi mangsa nanti nya.

"Okay.. aku pesan kepada kau orang semua jangan pernah lalai untuk menjaga orang terdekat ingat! Satu lagi pesan juga kepada Kapten Zafran untuk berjaga-jaga dia nanti akan melangsungkan perkahwinan nya jadi akibat risau akan ada perkara yang buruk berlaku kerah kan tenaga beberapa anggota tentera untuk menjaga" ujar Aisar memeringatkan kami semua.

"Baik tuan!" Balas kami serentak tanpa ada bantahan yang akan dilakukan.

Masing-masing sibuk dengan fikiran masing-masing tapi lain pula dengan Ayu dan Zulaikha mereka berdua sibuk bergaduh kerana berebut bilik tidur untuk berehat.

Damia dan Dania sememangnya sudah putus asa untuk meleraikan mereka berdua.

"Wey Dania kita tinggal je lah budak dua ekor ni kita pergi masuk bilik dulu biar je budak-budak ni bergaduh sampai ke malam" kata Damia sambil mengajak Dania untuk masuk ke dalam bilik dahulu.

Dania mengangguk sedang Ayu dan Zulaikha mereka berdua langsung tidak perasan yang mereka akan ditinggalkan begitu sahaja.

"Ish.. kau ni aku ambik bilik ni dulu lah!" Ujar Zulaikha.

"Aku pun nak bilik ni tepi biar aku masuk!" gaduh mereka.

"Eh.. kejap mana Damia dengan Dania?" Tanya Zulaikha apabila melihat mereka sudah tiada disitu.

"Kau la ni bergaduh dengan aku sampai dia orang bla pun dah tak tahu" balas Ayu.

"Senang hati kau je nak salah kan aku ni pun salah kau sebab tak nak mengalah aku ni muda lagi dari kau tau!" tegas Zulaikha berkata mereka berdua masih sahaja ingin bergaduh.

"Ala.. beza 1 bulan je pun itu pun nak kira ke" kata Ayu pula dia sudah pun penat untuk bergaduh tekak nya sudah meminta air.

"Kena KIRA!" Zulaikha lebih menekankan kata-katanya pada bahagian 'kira'.

Ayu mengangguk.

Dia meninggalkan Zulaikha untuk mengambil air kerana tekak nya memang sudah meminta air.

Tiba sahaja di peti ais yang tersedia dia melihat Damia dan Dania yang sedang makan tanpa memperdulikan apa-apa.

"Kau orang kat sini rupanya!" terjerit Ayu apabila melihat mereka berdua.

Sedangkan orang yang ditegur nya hanya tersenyum.

"Ala.. bawak bertenang duduk dulu nanti kita orang cerita lagi pun kau nak makan tak aku tengok macam kau lapar je" ucap Damia cuba untuk menenangkan Ayu dari meletuskan kemarahan nya itu.

"Betul tu kau nak makan apa biar aku masakkan?" Tanya Dania pula dia juga tidak ingin terkena masalah.

"Bagi lah Maggie goreng" balas Ayu pula dia kelihatan agak mengantuk walaupun sebelum ini mereka sudah pun tidur dengan masa yang agak lama.

Dania pergi memasak Maggie yang diminta Ayu manakala Damia dia hanya meneruskan makan nya.

Zulaikha pula yang baru datang terus memesan Ramen Cheese kepada Dania.

"Tak ada salan tak ada apa kau datang terus duduk eh!" ucap Damia yang terkejut dengan kehadiran Zulaikha.

"Sorry.. Kome yang menghilang aku just cari disebabkan aku penat aku singgah lah sini tengok-tengok terjumpa kau orang" kata Zulaikha membela diri nya sendiri.

Mereka berempat hanya makan disitu habis sahaja makan masing-masing kembali ke bilik untuk berehat seketika sebelum mereka akan tiba di Malaysia nanti nya.



The First Loves Zafran Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang