Di sisi Mustaqeem dia berasa sangat malu sehingga telinga nya memerah akibat kantoi dengan anak buahnya sendiri.
"Awak demam ke kenapa merah sangat telinga tu?" Tanya Mursyidah.
Disebabkan kes sebelum ini Mustaqeem tahu bahawa anak buah nya tahu yang dia kena reject tapi apabila kantoi berdua-duaan dengan orang yang reject nya haritu membuatkan dia terdiam seribu bahasa.
"Awak?" Sekali lagi Mursyidah memanggil.
"Ye.. saya okay cuma merah telinga mungkin sebab cuaca yang agak panas" ujar Mustaqeem memberi alasan.
Mursyidah mengangguk mereka berdua terus melanjutkan perjalanan mereka dan melupakan perkara yang berlaku sebentar tadi.
Ayu dan Zulaikha pula berjalan keluar dari hospital mereka bercadang untuk mencari makan supaya ada alasan kukuh nanti nya.
Restoran yang berisikan makanan Itali itu dituju mereka katanya sekali-sekala mengubah selera.
Sedangkan Aisar dan anak buah nya yang lain mereka semua bersiap untuk pulang ke Malaysia kerana flight nya malam dan Damia juga akan kembali bersama rakan-rakan nya malam ini.
Manakala Mursyidah dan Mustaqeem mereka memilih untuk tinggal di sini sehari lagi untuk bersantai katanya dan perkara itu telah diluluskan oleh komander.
"Baiklah disebabkan kita perlu dengan segera pulang ke Malaysia kamu semua di harapkan pergi ke lapangan terbang khas untuk anggota tentera yang telah disediakan dan tunggu saya di sana saya akan kembali membawa Damia dan kawan-kawan nya" ujar Aisar memberi arahan kepada mereka semua.
Mereka mengangguk kerana bagi mereka melanggar arahan adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan.
Petang telah berganti malam Aisar menuju ke hospital milik keluarga nya untuk menjemput Damia, Dania, Ayu dan juga Zulaikha.
"Eh.. Aisar kau buat apa dekat sini malam-malam?" Tanya Damia apabila melihat sepupunya itu berada di hospital.
"Aku nak ajak kau balik ke Malaysia dengan kawan-kawan kau sekarang kita perlu cepat cari Farris lagipun majlis kahwin kawan kau kan dah dekat" ucap Aisar dia seakan-akan memujuk Damia untuk kembali ke Malaysia bersamanya.
"Okey tapi barang-barang aku macam mana?" Tanya Damia lagi.
"Anak buah aku dah kemas kan nah baju pergi tukar dan ajak kawan-kawan kau turun sekarang" balas Aisar sambil memberikan sebuah beg kertas yang berisikan baju.
Damai mengangguk dia terus melangkah ke wad nya untuk mengejutkan kawannya lalu pergi untuk menukar baju nya.
Mereka berempat keluar dari situ dengan langkah yang agak cepat kerana tidak mahu membuat Aisar menunggu terlalu lama.
"Kepala kau dah okey ke?" Aisar bertanya. Dia risau jika nanti Damia akan pening sewaktu berada di dalam kapal terbang selama 19 jam dan kali ini mereka tiada persinggahan sementara kerana kapal terbang ini adalah milik keluarga nya.
"Okay je dah sembuh cuma dia tampal takut terbuka je jahitan dia" ucap Damia kepada Aisar sambil tersenyum ramah.
Aisar mengangguk mereka terus menaiki kereta milik Aisar untuk ke lapangan terbang sekarang.
____
Sedangkan di Malaysia sekarang jam menunjukkan pukul 4 pagi semua orang masih lena dengan tidur nya manakala Amni dia mendapat panggilan telefon dari hospital bahawa ada nya berlaku pembedahan kecemasan seawal pagi ini.
"Haih.. malang betul aku dapat call pukul 4 pagi" bebel Amni seorang diri di dalam tandas.
Habis sahaja membersihkan diri dia terus pergi menuju ke hospital dalam masa secepat yang mungkin.
"Doktor shif awal ke?" Tanya pengawal keselamatan yang melihat Amni datang dengan tergesa-gesa.
"Hehehe.. saya oncall cik" balas Amni dia hanya berlalu pergi selepas menjawab.
Aina pula yang sememangnya ada di hospital itu pelik dengan keberadaan Amni.
"Awal datang?" Tanya Aina.
"Oncall wak" balas Amni lagi sambil berlari ke arah bilik kecemasan.
Aina hanya mengangguk walaupun Amni sudah pasti nya tidak melihat.
"Doktor tolong selamatkan anak saya" rayu seorang yang nampak nya boleh dikatakan sebagai kakak.
"Baik saya akan cuba sedaya-upaya saya untuk selamatkan dia" kata-kata Amni membuatkan wanita itu tenang.
Walaupun resah dia cuma untuk percaya Amni disaat genting ini.
Amni melangkah masuk ke dalam bilik pembedahan dengan wajah yang serius ini bukan lagi masa nya untuk tidur menyelamatkan nyawa lebih penting bagi nya.
"Start surgery" ujar Amni dengan serius.
Pembedahan itu berlangsung selama dua a jam lebih.
Amni keluar dengan wajah yang agak kepenatan kerana berdiri disana selama dua jam berturut-turut.
"Doktor macam mana dengan pembedahan anak saya?" Laju sahaja soalan itu keluar dari mulut wanita itu.
"Dia berada dalam keadaan yang baik kerana cepat dibawa ke hospital harap selepas ini dia selalu lah membuat rawatan yang sewajar nya" balas Amni pula sambil memberikan sedikit pesanan disitu.
Dia akhirnya kembali ke bilik kerja nya untuk solat subuh dahulu sebelum memulakan kerja nya pada pagi ini.
Aina pula yang melihat kawan nya itu agak kepenatan memilih pergi ke kantin untuk membelikan sedikit makanan agar Amni tidak kelaparan nanti nya.
"Amni kau dah habis solat ke?" Tanya Aina yang ingin memasuki bilik Amni.
"Dah.. masuk lah aku ingatkan tadi nak tidur sekejap tapi bila kau datang bawak makanan aku simpan lah dulu ngantuk aku ni" ujar Amni sambil tersenyum.
Mereka berdua duduk di sofa untuk makan bersama-sama sebelum memulakan shif mereka pagi ini.
"Kau shif pukul berapa?" Tanya Amni.
"Aku pukul 7.30 tadi aku datang awal pun sebab ada pesakit yang buat hal sikit" kata Aina burger yang dibelinya itu dimakan perlahan-lahan.
"Oo.. aku pun shif pukul 7.30 jugak boleh lah kita tidur dulu ini pun baru pukul 6" ujar. Amni mereka berdua ketawa bersama apabila bersembang tentang perkara yang membuatkan mereka kelakar.
Setelah bersembang selama beberapa minit mereka memutuskan untuk tidur sementara jam juga mereka kunci supaya tidak bangun terlewat waktu.
Mereka berdua berehat untuk mendapatkan tenaga lebih kerana bekerja terlebih waktu.
Danisha pula dia hanya bekerja apabila ada kes yang harus dia lakukan barulah dia akan menyelesaikan nya di mahkamah.
Jam yang dikunci oleh Amni itu berbunyi membuatkan mereka berdua bangun dari tidur Aina dia terus membasuh muka lalu kembali ke bilik nya untuk memulakan kerja pada pukul 7.30 pagi.
Sepanjang perjalanan Aina ke bilik nya itu hanya di temani oleh fikiran dia berfikiran adakah masih lama masa yang di ambil untuk Damia, Ayu, Dania dan Zulaikha ambil untuk pulang ke Malaysia.
Apabila sudah tiba di bilik nya alangkah terkejut dia apabila muncul sosok Zafran alias pemilik
hospital tempat dimana dia bekerja sekarang."Awak buat buat apa dekat sini?" Tanya Aina.
"You still ask me Carino" serak sahaja suara Zafran membalas.
YOU ARE READING
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...